Tuesday, December 21, 2010

Opera 11 lebih berkuasa dan mudah

Bagi pengemar Browser opera  kemunculan opera 11 amat di nanti nantikan dengan beberapa ciri baru(sila lihat gambar)

Monday, December 20, 2010

Pindahkan semua fail dari blog ke wordpres

Bagi yang mempunyai blog yang mengunakan blogger.com anda sebenarnya boleh memindahkan kesemua bahan yang ada dalam bloger anda ke wordpres. com kerana beberapa sebab

1. Bloger.com tidak boleh di acces di tempat ada (mungkin di blok)
2. Sebagai backup bloger anda jika sesuatu terjadi pada blogger.com
3. Anda sahaja hendak mempunyai blok pada blogger dan juga wordpress

lihat Komputer dan anda dalam wordprees yang saya pindahkan

Sunday, December 19, 2010

Cara nak hantar fail yang terlalu besar secara online

Pernah tak anda hadapi masalah ini, Fail yang ingin anda hantar tidak boleh di emel kerana saiznya yang terlalu besar, Anda sendiri maklum  penghantaran melalui emel ada limitnya apa lagi kalau emel yang anda gunakan itu emel percuma . Jadi bagaimana cara nak atasi masalah ini.

Ada perbagai cara yang anda boleh buat dan pileh iatu

1. Pecahkan fail ke bahagian yang kecil kecil
2. Guna Dropbox
3. Guna transfer big files

Cara 1 paling leceh dan rumit apalagi bagi fail power point atau fail fail yang bergambar
cara  2 mudah tapi ada yang kata ianya memberatkan proses boot komputer
Saya cadangkan gunakan cara ke 3 pasti anda berpuashati dengan hasilnya

Cubalah

Wednesday, December 15, 2010

RAM baru 10 kali lebih laju

Sebelumnya Anda pasti pernah mendengar istilah RAM (Ramdom Access Memory) untuk menyebut memory komputer. Memory RAM ini memiliki berbagai jenis mulai dari EDO RAM, DDR1, DDR2 dan beberapa jenis lainnya.

Namun ternyata RAM saja elum cukup untuk memuaskan kebutuhan manusia akan tuntutan kecepatan. Oleh karena itu, Fisikawan dan Insinyur Jerman mengembangkan sebuah jenis memory baru.

Memory tersebut diberi nama Magnetoresistive Random Access Memory (MRAM), memory ini bukan hanya lebih cepat daripada RAM tetapi juga Lebih hemat Energi.

http://ceppek.wordpress.com/2010/08/

Saturday, December 11, 2010

Apa guna Bookmarks pada browser internet anda



Sebenarnya saya malas nak masukkan entri ni kerana ianya sangat mudah dan terlalu simple, Tapi memadangkan ramai penguna internet yang tak tahu malah ada yang sangup mengupah saya hanya untuk bookmarks laman laman web tertentu ke browser internet mereka hari ini saya akan tunjukan apa fungsi bookmarks dan bagaimana menyediakanya dan ianya berfungsi

Apa guna bookmark
Bookmarks adalah salah satu cara kita menyimpan laman web yang anda selalu masuk atau lihat pada tool bookmarks agar mudah anda masuk di lain kali tanpa anda perlu menaip adresnya lagi . hanya dengan satu klik anda akan terus masuk  kelaman web tersebut . ianya sangat berguna apa lagi berkemungkinan anda akan lupa adress tertentu ianya akan menjadi pembantu anda

Bagaimana membuatnya
1. Bukan lama web yang anda nak bookmarks itu
2. Klik tool bookmarks
3. Pilih bookmarks this page
4. Pada kotak page bookmarks pilih done
5. Siap dan anda lihat web kegemaran anda ada pada toll bookmarks
6. Bila anda masuk lain kali anda hanya perlu pilih tool bookmarks dan pilih laman web mana yang anda nak masuk (seperti yang tersenarai) lihat gambar

Ianya kekal disitu dan lain kali jika nak masuk laman web mana pun ianya sangat mudah bagi anda,
cubalah bookmarks
bagi yang dah tahu tersenyum tengok entri ni bagi yang memang tak tahu cuba gunakanya

Format USB ThumbDrive yang bacaannya jadi 0 Byte

Pernah tak anda alami masalah ThumbDrive anda tiba tiba  menjadi bacaanya 0 byte sahaja dan biasanya ia gagal berfungsi wahal ada data didalamnya. Biasanya ia tidak boleh di format dengan cara biasa, Jadi ia memerlukan cara format yang tersendiri dan agak spesifik bagi mengatasi masalah ini,

Ikuti langkah berikut1
1 .Download HP USB Disk Storage Format Tool disini (HP USB Disk Storage Format Tool)
2. Ekstrak dan install program HP USB Disk Storage Format Tool tersebut.
3, Masukkan Flashdisk ke port USB komputer
4. Jalankan aplikasi HP USB Disk Storage Format Tool
5. Tentukan drive tempat Flashdisk yang terbaca 0 byte tersebut terpasang,
6. Pilih File System yang diinginkan, Flashdisk umumnya diformat dengan File system FAT32.
7. Klik Start untuk mulai memformat Flashdisk tersebut.
8. Apabila muncul jendela peringatan, klik saja Yes.

Flashdisk yang asalnya terbaca 0 byte akan berfungsi kembali. Selamat mencuba..

Wednesday, December 8, 2010

6 sebab utama kenapa komputer anda Restart sendiri

Pernah tak anda alami komputer anda akan restart sendiri setiap kali anda ON komputer anda. Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu ianya terjadi begitu, anda kenalah periksa satu persatu untuk mengatasinya.
6 sebab utama komputer selalu restart ialah

1.  Prosesor nya kepanasan kerana kipasnya berabuk atau sudah tidak berkeupayaan seperti asal
2.  Power Supply nya tiada berkuasa
3.  VGA Card nya rosak
4.  Hardisk bad sector
5.  RAM rosak
6.  OS sistemya telah corupted

Tuesday, December 7, 2010

Kelajuan cahaya mengikut hitungan Al Quran tepat dengan bukti sains fizik sekarang

 Untuk bandingan
Jarak dari bumi ke matahari 150 juta kilometer
Untuk cahaya matahari sampai kebumi ialah 8.33 minit

Bintang paling dekat dengan bumi adalah kelompok Centauri
dengan roket berkelajuan cahaya untuk kita sampai kesana adalah selama 4.3 tahun kelajuan cahaya
kiralah berapa jauh bintang tu
kelajuan cahaya adalah angaran 300,000 km  sesaat
 
Bukti dari Alquran tentang kelajuan cahaya

Mengetahui besar kelajuan cahaya adalah sesuatu yang sangat menarik bagi manusia. Sifat unik cahaya menurut Einstein adalah satu-satunya komponen alam yang tidak pernah berubah, membuat sebahagian ilmuwan terobsesi untuk menghitung sendiri besarnya kelajuan cahaya dari berbagai informasi .

Seorang ilmuwan matematik dan fizik dari Mesir, Dr. Mansour Hassab Elnaby merasa adanya bukti-bukti dari Alquran yang membuat ia tertarik untuk menghitung kelajuan cahaya, terutama berdasarkan data-data yang disajikan Alquran. Dalam bukunya yang berjudul A New Astronomical Quranic Method for The Determination of the Speed C , Mansour Hassab Elnaby menghuraikan secara jelas dan sistematik tentang cara menghitung kelajuan cahaya berdasarkan redaksi ayat-ayat Alquran. Dalam menghitung kelajuan cahaya ini, Mansour menggunakan sistem yang lazim dipakai oleh ahli astronomi iaitu sistem Siderial.

Ada beberapa ayat Alquran yang menjadi rujukan Dr. Mansour Hassab Elnaby. Pertama, “Dialah (Allah) yang menciptakan Matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkannya tempat bagi perjalanan Bulan itu, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan ” (Q.S. Yunus ayat 5).

Kedua, ” Dialah (Allah) yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing beredar dalam garis edarnya” (Q.S. Anbia ayat 33).

Ketiga, “Dia mengatur urusan dari langit ke Bumi, kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu” (Q.S. Sajdah ayat 5).

Dari ayat-ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa jarak yang dicapai “sang urusan” selama satu hari adalah sama dengan jarak yang ditempuh Bulan selama 1.000 tahun atau 12.000 bulan. Dalam bukunya, Dr. Mansour menyatakan bahawa “sang urusan” inilah yang diduga sebagai sesuatu “yang berkelajuan cahaya “.

Hitungan Alquran

Dari ayat di atas dan menggunakan rumus sederhana tentang kelajuan, kita mendapatkan persamaan sebagai berikut:

C x t = 12.000 x L ……………(1)

C = kelajuan “sang urusan” atau kelajuan cahaya

t = kala rotasi Bumi = 24 x 3600 saat = 86164,0906 saat

L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan = V x T

Untuk menghitung L, kita perlu menghitung kelajuan Bulan. Jika kelajuan Bulan kita notasikan dengan V, maka kita perolehi persamaan:

V = (2 x phi x R) / T

R = jari-jari lintasan Bulan terhadap Bumi = 324264 km

T = kala Revolusi Bulan = 655,71986 jam, sehingga diperolehi

V = 3682,07 km / jam (sama dengan hasil yang diperoleh NASA)

Meskipun demikian, Einstein mengusulkan agar faktor graviti Matahari dieliminir terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

Menurut Einstein, graviti matahari membuat Bumi berputar sebesar :

a = Tm / Te x 360 phi

Tm = Kala edar Bulan = 27,321661 hari

Te = Kala edar Bumi = 365,25636 hari, didapat a= 26,92848?

Besarnya putaran ini harus dieliminasi sehingga didapati kelajuan tepat Bulan adalah

Ve= V cos a.

Jadi, L = ve x T, di mana T kala edar Bulan = 27,321661 hari = 655,71986 jam

Sehingga L = 3682,07 x cos 26,92848? x 655,71986 = 2152612,336257 km

Dari persamaan (1) kita mendapatkan bahawa C x t = 12.000 x L

Jadi, diperolehi C = 12.000 x 2152612,336257 km / 86164,0906 saat

C = 299.792,4998 km /saat

Hasil hitungan yang diperolehi oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby ternyata sangat mirip dengan hasil hitungan lembaga lain yang menggunakan peralatan sangat canggih. Berikut hasilnya :

Hasil hitung Dr. Mansour Hassab Elnaby C = 299.792,4998 km/saat

Hasil hitung US National Bureau of Standard C = 299.792,4601 km/ saat

Hasil hitung British National Physical Labs C = 299.792,4598 km/saat

Hasil hitung General Conf on Measures C = 299.792,458 km/saat

Penutup

Lepas dari benar tidaknya interpretasi yang dilakukan oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby, usaha demikian menunjukkan betapa kitab suci Alquran memiliki tantangan bagi para ilmuwan untuk lebih kreatif dan tajam dalam mengungkap fenomena-fenomena alam.

Apa yang disajikan Dr. Mansour Hassab Elnaby merupakan bukti tambahan bahawa Alquran benar-benar datang dari Maha Pencipta, Ingat Alquran di turunkan sejak 1400 tahun lebih dahulu lagi

kredit for
http://smktj.com/