Tuesday, March 25, 2014

Makan ini untuk turunkan kolestrol




1. SOYA
 Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL – Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA
 Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
 Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8. KISMIS 
 Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
9. OAT 
 Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.
10. JAMBU BATU 
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Tuesday, March 11, 2014

Cara tutup komputer apabila komputer atau laptop anda tiba tiba jem, sangkut (hang)

Kesalahan atau kekerapan menutup komputer anda tanpa mengikut peraturan akan mengakibatkan Hard Disk anda Crash atau tercalar . Kesalahan menutup komputer tanpa peraturan ini secara berterusan  akan mengakibatkan terjadinya Bad Sector pada Hard Disk anda dan akhir sekali Hard Disk anda mengalami kegagalan secara total. atau orang pangil HD "Kong"

Selalunya anda tidak menghadapi masalah untuk menutup komputer mengikut apa yang di syorkan iaitu hanya menekan pada butang taskbar Shut down dan komputer anda akan tutup sendiri selepas beberapa saat. Tapi yang menjadi masalah besar ialah apabila komputer anda jem atau "Hang" tentu sahaja anda tak boleh menutupnya secara biasa lalu anda mengambil keputusan memutuskan power terus pada suis plug atau mencabut baterinya laptop anda  kan. Inilah puncanya Hard Disk komputer anda mudah "Kong" atau rosak. 

Sebenarnya ada satu cara lagi untuk anda menutup komputer anda secara biasa apabila komputer anda jem iaitu dengan cara menekan pada butang power atau ON/OF komputer anda tanpa lepas selama 10 saat atau sehingga komputer anda OF sendiri. Cara menutup begini akan menyelamatkan Hard Disk anda dari acaman tercalar atau crash. Bagi desktop yang mempunyai butang reset anda di galakan menekan butang reset sahaja bila komputer anda jem. Jika dia masih berdegil juga barulah anda mengunakan kaedah menekan butang power selama 10 saat tadi.... Cubalah


Lihat gambar butang ON/OF atau power yang perlu anda tekan apabila komputer anda jem

Tuesday, March 4, 2014

Kencing dan Anda

Orang selalu ambil ringan tentang perubahan pada air kencing mereka. sebenarnya dari air kencing kita dapat mengesan lebih awal apa apa masalah kesihatan yang kita sedang hadapi. Sebab itu lah kalau kita pergi ke  hospital selain dari ujian darah ujian air kencing selalunya di buat untuk mengesan penyakit.

Sebenarnya anda pun boleh mengesan beberapa penyakit dari ujian air kencing yang ada boleh lakukan sendiri dirumah dengan melihat pada perbuhan warna air kencing anda . walaubagaimanapun untuk medapatkan keputusan yang lebih detail ujian di hospital di perlukan . apa yang saya tulis ini sekadar untuk rujukan awal apakah kesihatan anda mempunyai masalah




Anda perlu kencing di dalam bekas yang jenih dan periksa warna urin anda

    JERNIH     terlebih air ini tidak mengapa ianya menunjukan anda sehat



    KUNING PUCAT -  normal /sehat

    KUNING CERAH  pengambilan vitamin B complex

    KUNING GELAP  dehidrasi atau pengammbilan vitamin B complex

    KECOKLATAN    Mempunyai masalah dengan organ hati

    WARNA OREN     dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

    KENCING KERUH   Kencing/kencing kotor (UTI)

    KEMERAH-MERAHAN   jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

    KEBIRU-BIRUAN –  Penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
 

    GELAP  atau PERANG    mungkin merupakan simptom demam kuning,