Sunday, March 6, 2022

Tuesday, October 6, 2020

Ukuran tahun cahaya

 Seperti yang kita tahu jarak antara Bumi dan Matahari adalah 150 juta KM dan dengan kelajuan cahaya jarak dari Bumi kematahari hanya memerlukan 8 minit untuk sampai. Tapi manusia masih belum dapat mencipta roket yang mempunyai kelajuan cahaya.

Untuk menyukat sesuatu yang terlalu jauh saintis biasanya mengunakan sifir kelajuan cahaya atau lightyear

Kelajuan cahaya adalah  299.792.448 kilometer sesaat (300 ribu km/sesaat ) cuba kira berapa KM jarak yang di tempuh cahaya jika ianya selama  seminit sejam sehari sebulan dan setahun. Kerana itulah saintis mengunakan  tahun cahaya untuk mengukur jarak bintang dan galaksi yang berada sangat  jauh dari bumi

Bintang yang terdekat dengan bumi, Proxima Centauri, cahayanya mengambil masa kira- kira 4 tahun cahaya untuk sampai ke bumi. bayangkan berapa trilion KM jaraknya

SIFIR MUDAH

Cahaya bergerak pada kelajuan C= 299 792 458 m/s

Ini bermakna;

1 tahun cahaya = ≈ 9.461 Trillion kilometer

Jika 4 tahun cahaya kalilah dengan 4  

Itu bintang terdekat yang kita lihat cahayanya itu yang sebenarnya cahaya 4 tahun dahulu,

NASA mengumumkan mereka menemui tujuh eksoplanet seumpama bumi di sistem Trappist-1. Ketujuh-tujuh planet ini dipercayai mempunyai cecair yang membolehkannya menampung kehidupan. Menurut NASA lagi Trappist-1 terletak 39 tahun cahaya dari bumi. Jika kita dapat mencipta roket yang berkelajuan cahaya pun kita memerlukan 39 tahun untuk sampai kesana.

Jarak antara Matahari dan bumi adalah 8 minit 12 saat cahaya.
Jarak galaksi yang paling hampir dengan bumi Alpha Centauri ialah 4 tahun cahaya.
Manakala jarak bumi dengan planet atau galaksi yang paling jauh yang boleh kesan dengan peralatan paling canggih masa kini adalah kira-kira 91 bilion tahun cahaya!!! Tu yang kita boleh nampak sebab ada bertrilion galaksi dalam alam ini. Allah sahaja maha mengetahui.

 "Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al-Quran, 51:47)


Kita pergi kepada Logik Agama Islam

Malaikat diciptakan Allah SWT daripada cahaya. Rasulullah SAW menjelaskan perkara itu menerusi hadis Baginda yang bermaksud: “Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyalaan api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah disifatkan kepada kalian.” (Hadis riwayat Muslim)

Jadi dengan kelajuan cahaya malaikat dapat turun dan naik ke bumi dengan begitu pantas 

 Peristiwa Israq dan Mikraj
Jadi bukan masalah besarlah jika dalam peristiwa Israq dan Mikraj Nabi ke Baitul Maqadis dan naik kelangit dan balik semuala ke bumi hanya dalam satu malam dengan menaiki kenderaan yang berkelajuan cahaya (buraq) Malah Allah boleh buat lebih dari itu jika Allah mahu. 

Jarak Bima Sakti ke galaksi terdekat kita Andromeda 2,5 juta tahun cahaya. Keluasan galaksi bima sakti pula adalah 100.000 tahun cahaya. Jumlah galaksi yang telah di temui 2 trilion, yang kita belum nampak tidak di ketahui banyaknya.Menurut iluwan, diperkirakan ada 200 sampai 400 miliar bintang yang ada di galaksi Bima Sakti sahaja , Belum lagi di kira bintang pada galaksi lainya



Untuk melihat berapa luasnya Alam ini kita ikuti kesah malaikat Jibril terbang untuk melihat surga Ma’waa

Telah bersabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibril dengan bentuk yang sangat elok. Jibril mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibril menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibril pun berkata kepada Allah;

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku ?”

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibril; “Tidak”.

Mendengar jawaban Allah, maka malaikat Jibril pun berdiri dan melakukan shalat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah.

Pada setiap rakaat shalat yang dikerjakan oleh malaikat Jibril, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibril selesai melaksanakan shalatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya:

“Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah-Ku seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Seandainya mereka mengerjakan shalat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya shalat mereka itu lebih Aku sukai daripada shalatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan shalat itu atas perintah-Ku sedangkan shalat kamu bukan atas perintah-Ku”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibril pun kembali bertanya kepada Allah: “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepada-Mu ?”

Maka Allah berfirman yang artinya: “Ya Jibril, akan Aku berikan surga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat surga Ma’waa tersebut. Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibril pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju surga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibril adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun.

Maka terbanglah malaikat Jibril selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibril akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata: “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke surga Ma’waa ?”

Maka Allah pun berfirman: “Wahai Jibril, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, niscaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan shalat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Jadi cuba bayangkan berapa luas alam semesta ni

 



 

Monday, November 4, 2019

Siaran RADIO  seluruh dunia klik sini (pileh titik hijau siaran radio di seluruh dunia  yang anda ingin dengar)
.

Tuesday, January 1, 2019

Guna QR Reader untuk masuk ke Blog Komputer dan anda

Sekarang anda tidak lagi perlu menaip adress alamat blog komputer dan anda jika anda ingin masuk melalui Handset kepunyaan anda . Anda hanya perlu ada QR reader dalam handset anda yang boleh di download di Google Play (untuk Adroid)  atau Apple  Store bagi penguna IPhone. Dengan sekali scan mengunakan QR reader anda boleh terus melayari blog komputer dan anda tampa anda perlu risau dengan masalah kesalahan menaip alamatnya lagi. Selamat mencuba


Thursday, October 18, 2018

Ukur apa sahaja dengan Measure pada IOS 12.01

Sudahkah anda update IPhone anda  ke IOS 12.01 anda pasti gembira kerana Apple menyediakan alat pengukur yang membolehkan anda mengukur apa sahaja dengan mengunakan IPhone anda, Cuma saya tak pasti untuk penguna IPhone 6 ke bawah boleh ke tak


Caranya
Buka Measure
Fokos pada point pertama yang hendak di ukur  (sehinga keluar point kuning dan bulatan)
Klik pada tanda + untuk dapat point permulaan ukuran
Gerakan IPhone anda sehinga penhujung sukatan yang di perlukan
dan ada boleh dapatkan sukatan yang tepat dalam CM
Selamat mencuba



Wednesday, April 11, 2018

DEMAM PILIHANRAYA

Demam pilihan raya memang hebat tiba tiba sahaja posting saya mengenai Sejarah Pilihanraya menjadi Top Hits kegemaran pembaca selepas sahaja parlimen di bubarkan. Selalunya pos yang sebegini jarang di sukai ramai tapi kali ini dia menduduki rangking pertama dalam blog saya

Thursday, March 29, 2018

WINDOWS 10 SELALU UPDATE

Sesiapa yang mengunakan Window 10 tentu mengalami masalah komputer update dengan sendiri dan kemudia anda perlu tungu beberapa lama untuk selesaikanya. Jika amda tiada keperluan mustahak di sat itu tidak menjadi masalah tetapi jika memang itulah waktu yang paling kritikan adan nak mengunakanya yang komputer pula suruh anda tungu untuk selesaikan update . Tentu anda bebfgang kan

Hari ini merupakan pos pertama saya untuk tahun 2018 saya akan tunjukan bagaimanakah mematikan windows 10 update.
ada beberapa cara tapi tidak lah semudah windows 7 yang tersedia menu mematikan windows update.
Tapi saya akan tunjukan satu cara yang paling mudah yang lain tu rumit tunjuk pun sukar di fahami



Mula mula
Bukalah Control Panel dengan cara klik kanan Start Menu 
pilih Control Panel.
pilih System and Security, 
pilih Administrative Tools

Setelah klik Administrator Tools,  akan muncul halaman baru yang berisi tool.
 Pilihl tool Service.

Dalam tool Service  pilih Windows Update. 
Klik 2 x untuk membuka Windows Update Properties.

Apabila telah terbuka ubah pilihan Startup type dari Enable menjadi Disabled, 
kemudian klik Stop pada Service status. 
Jika sudah tekan OK.
Selesai

Wednesday, April 19, 2017

Tugas pembersih alam semulajadi

Semalam saya terserempak dengan biawak di perjalanan dan saya terus teringat kata kata orang dulu biawak pembawa sial , Tapi pada saya tiada ada apa apa kesialan pada binatang tersebut malah dia di cipta Allah adalah  untuk kegunaan tertentu . Karana Allah telah berfirman tidaklah aku cipta sesuatu itu sia sia melainkan ada sebab sebab tertentu.















Dari itu terbitlah ilham saya untuk menulis artikel ini tentang ciptaan biawak yang ternyata adalah haiwan  pemakan bangkai dan secara tak lansung berfungsi sebagai pembersih bumi kita dari bau bangkai.
Sepatutnya kita berterimakasih pada biawak kerana membersih bumi agar tidak di cemari bau bangkai yang mungkin bertaburan di merata tempat dan mendatangkan bau yang tidak selesa.

di bawah ini saya senaraikan beberapa jenis pembersih semulajadi yang Allah sediakan


1. Biawak  membersih bangkai













2. Ikan Paus biru membersih lautan




3. Ikan  pembersih lumut kolam dan  aquirium (nama tak tau)
















4. Ikan Kakatua Pembersih Karang dan Pengusir Nyamuk Laut
 


 










5. Bintang Black hole pembersih bintang mati di jagat raya














6. Zikir pembersih hati manusia
















Itu antara pembersih semulajadi yang dapat saya senaraikan jika ada sesiapa ada maklumat  tentang pembersih lain sila emel saya atau letakan di ruang komen di bawah supaya nanti saya boleh senaraikan di blog saya

Sunday, March 12, 2017

Aplikasi untuk Windows anda

Selalunya bila anda membeli komputer di kedai software komputer anda hanya di bekalkan OS system dan beberapa aplikasi asas sahaja dan anda terpaksa mencari altenetif lain untuk menambah aplikasi yang di perlukan untuk komputer anda . Anda boleh mencari di google search untuk setiap suatu aplikasi berkenaan satu persatu dan sudah tentu membosankan dan amat rumit untuk anda lakukan ,namun di sini saya linkkan satu laman web yang mengumpul semua aplikasi yang mungkin anda perlukan. Untuk memuat  turun beberapa aplikasi berguna untuk Windows tersebut  anda perlu klik di sini http://www.fileeagle.com/


Thursday, January 19, 2017

BLACK HOLE tu sejenis bintang bukan BERLUBANG



Selama ini aku berangapan black hole tu berlubang dan akan menyedut semua benda di jagatraya kelubangnya tetapi bila aku baca maksud ayat quran dari surah At-Takwir ayat 15-16. Ternyata ianya bukan seperti di gambarkan oleh saintis sekarang. Jika saintis barat mengkaji ayat quran ini ternyata Black hole adalah sejenis bintang yang tersembunyi.yang telah lama di ceritakan didalam Al Quran.

Mari kita kaji surah At-Takwir ayat 15-16.


 “Aku bersumpah demi ( khunnas) bintang tersembunyi. Yang bergerak cepat (aljawaar) yang menyapu.”(al kunnas)







Khunnas dalam ayat tersebut merujuk kepada bintang tersembunyi
Dalam ayat ini Allah bersumpah dengan salah satu makhluk-Nya yakni bintang yang bernama atau memiliki tiga karakter.
 Pertama, khunnas (الْØ®ُÙ†َّسِ); yang tersembunyi dan tidak terlihat.
 Kedua, aljawaar (الْجَÙˆَارِ) bergerak cepat dan sangat cepat.
 Ketiga, al kunnas (الْÙƒُÙ†َّسِ) yang menyapu dan menelan setiap yang ditemuinya

Tiga keretor ini ada pada bintang Black Hole mengikut kajian saintis astronomi sekarang

Invisible: Tersembunyi
Moves:  Bergerak cepat dan sangat cepat
Vacuum cleaner: menyapu dan menelan setiap yang ditemuinya

Rumusanya
1. Black Hole adalah bintang yang berat massanya dan tersembunyi sehingga tidak dapat dilihat.
2. Makhluk ini berjalan dengan kecepatan mencapai puluhan ribu kilometer per saat.
3. Black Hole menarik, menekan, dan membersihkan setiap sesuatu yang ditemuinya dalam perjalanannya.

Al quran telah menceritakan ini sejak 1400 tahun dahulu mendahului sains moden
Jadi masih sangsikah kita Al quran itu sebenarnya dari ALLAH

Wednesday, January 11, 2017

Apa itu SSD (Solid-state drive) dalam komputer anda

Pernah dengar HD dari jenis SSD  Solid-state drive. Hari ini saya nak bagitau secara ringkas tentang komputer yang telah mengunakan SDD berbanding HDD yang biasa kita guna

SSD adalah salah satu media penyimpanan utama selain hard disk. Di dalam sebuah komputer, SSD dan hard disk berfungsi sebagai media untuk simpana data. Booting  komputer seperti pengunaan HD biasa.(HDD)


Apa itu SSD?
SSD singkatan dari Solid State Drive atau Solid State Disk, adalah perangkat penyimpan data yang menggunakan serangkaian IC sebagai memori yang digunakan untuk menyimpan data atau informasi.
dia bertindak seperti USB Flash disk yang kita selalu gunakan cuma dia agak besar dan boleh menjadi penganti HDD yang biasa kita gunakan 

Hardisk (HDD) bergerak secara mekanik untuk mangambil dan menyimpan data atau Informasi, sedangkan SSD bergerak secara elektrik untuk menyimpan dan mengambil data atau informasi. Tentu SSD bekerja lebih cepat dan senyap dibandingkan dengan HDD.yang kita gunakan kerana HDD melibatkan pegerakan mekanikal,

Cuma untuk sekarang harga komputer berdasarkan SDD agak mahal di bandingan pengunaan komputer HDD yang biasa kita gunakan. Namun saya yakin teknologi ini akan menjadi murah bila semua berali ke pengunaan SDD suatu hari nanti.

Gambar HDD dan SDD

HDD (Hard Disk Drive)








SDD (Solid-state drive)



Wednesday, October 12, 2016

Bagaimana menjaga Bateri Smartphone anda agar tahan lama

Seperti komputer smartphone juga mempunyai bateri yang perlu di cas apabila habis . Jika bateri hanphone anda jenis boleh di buka rasanya anda hanya perlu ganti baru jika rosak tetapi bagi bateri pasang dalam kos mengantinya terlalu mahal adalah lebih baik anda menjaganya dari rosak dengan beberapa petua yang saya amalkan dan ambil dari pengalaman orang lain . Saya telah mengamalkan ini untuk bateri laptop saya ternyata walau sudah 9 tahun bateri laptop saya masih 90% baik. Begitu juga dengan bateri smartphone saya tiada masalah bateri cepat kong atau cepat kehabisan power.


Untuk memastikan bateri Smartphone anda tahan lama JANGAN buat perkara ini

1. Jangan Over cas . Selalunya terjadi apabila anda cas di waktu malam dan anda tertidur dan di biarkan phone anda di cas sehingga pagi esoknya.
2. Cas setelah bateri tinggal 20 % ( jangan asyik nak cas sahaja supaya bateri sentiasa penuh)
3. Jangan cas ketika sedang mengunakanya ( Jika nak gunakan juga cas mengunakan powerbank)
4. Guna original charger ( jangan beli yang banyak di jual di pasar malam yg berharga RM 5- RM10)
5. Jangan letak HP anda di tempat panas seperti di dashboard kereta dan di biarkan kepanasan seharian
6. Jangan cas mengunakan cas dalam kereta kerana Voltage dalam kereta selanya tidak stabil
7. Cas selama 8 jam semasa mula mula ada membeli smartphone anda
8. Jika anda perihatin OF smartphone anda ketika mengecas ( Yg ni saya pun tak buat takut ada pangilan penting kan)
9. Jangan letak Smartphone anda berdekatan peralatan letrik yang mengeluarkan haba seperti TV, periuk nasi dan sebagainya
10. Jangan biarkan bateri dalam keaadan kosong terlalu lama
11. Guna Bateri indicator untuk selalu memeriksa kesihatan bateri anda

Semuga bermanafaat Terimakasih



Sunday, September 18, 2016

Windows 10 lebih mudah di kendali dari Windows 8

Ternyata Windows 10 lebih  mudah di kendali dari Windows 8 kerana beberapa sebab


1. Start Menu kembali ada jauh lebih mudah di kendali
2. Aplikasi pencarian (search) yang lebih baik
3. Lebih mudah terintegrasi dengan program  lain
4. Masa boot yang lebih pantas dan ringan
5.Windows 10 dilengkapi dengan antivirus Microsoft Live Essentials dengan grade enterprise
6. Windows 10 menggabungkan semua kelebihan dari Windows 7 dan windows 8  menjadi satu. mudah dipakai, familiar, friendly desktop , modern dan mobile , up-to-date,
7. Windows 10 memanfaatkan semua  teknologi terbaru seperti cloud sync, mobile friendly,
     universal apps, 
8  Untuk kaki GAMES Windows 10  dilengkapi dengan DirectX 12 yang memiliki performace jauh lebih baik

Saya telah mencubanya dan teryanta ianya menjadi lebih sempurna dari Windows 8 hasil dari gabungan kebaikan dari windows 7 dan 8 yang di gabungkan dan apa apa kelemahan dalam window 8 di singkirkan

Friday, August 12, 2016

Beza kota internet Mb/GB dan kelajuan internet Mbps/MBps


Saya sunguh terkejut kerana ada yang masih belum boleh membezakan kota internet dengan kelajuan internet. Kota internet adalah jumlah kota yang di benarkan di gunakan sementara kelajuan internet adalah kelajuan yang provider internet sediakan atau  devices modem yang anda gunakan.

kota internet di sukat mengunakan Mb atau GB sementara kelajuan internet di sukat mengunakan Mbps atau MBps.

 MB/GB  merujuk kepada muatan atau kota internet sedangkan Mbps/MBps merujuk kepada kelajuan internet

Lihat jadual pengunaan data dan kelajuan internet 2  provider internet yang ada di Malaysia


Koata Internet (Mb/GB)
Ini adalah pembatasan yang dibenarkan oleh penggunaan penyedia internet dan telepon untuk paket internet . untuk kerja  (upload) dan (download)selalu di bagi pilihan 500 mb 1GB .2GB 3GB .4GB 10 GB  dan seterusnya.Volume. Biasanya, diukur (gigabyte) atau ukuran GB (megabyte) MB. 1 gigabyte = 1000 megabyte. namun begitu kebanyakan kota internet sekarang sudah di besarkan sekurang kurangnya 1GB
tidak terdapat lagi muatan 500 mb kecuali untuk Top up tambahan harian.

Kelajuan internet (Mbps/MBps)
 MBps adalah kepanjangan dari Mega(M) Byte(B) Per(p) Second(s), adalah satuan untuk mengukur kecepatan internet per detik dengan menggunakan satuan byte.

Harap selepas ini tiada yang terkeliru lagi dengan kota dan kelajuan

Friday, August 5, 2016

SEGALANYA ONLINE

Anda boleh layan drama secara online di komputer atau Hanset anda bila bila masa sahaja walau di mana anda berada sekiranya anda dalam liputan talian. Untuk pergi ke link tersebut  sila scroll di bawah sekali blog saya ini dan anda akan dapat an linknya di sana yang saya titip khas untuk kemudahan anda semua.




1.KEPALA BERGETAR (HD)
2.LAYAN ONLINE
3.LAYAN DRAMA


TONTON ONLINE KEPALA BERGETAR LAYAN ONLINE LAYAN DRAMA

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, April 19, 2016

Cara periksa kelajuan Internet di rumah

Ada orang masih tidak tahu cara  untuk memeriksa kelajuan Internet di rumah mereka . Hari ini saya akan menunjukan cara memeriksa kelajuan stremyx di rumah anda adakah bertepatan dengan kelajuan yang anda pilih . Anda hanya memerlukan TM Speedometer untuk memeriksa kelajuan internet di rumah anda.

Selepas masuk ke TM speedometer anda perlu tekan start speed tests dan bacaan pada download dan upload akan mula bergerak. Jika kelajuan internet anda 1mbps bacaan sepatutnya di sekitar 1.0 Mb dan begitulah pula jika kelajuanya 2Mb, 4Mb, 10Mb atau 20Mb.
Jika anda tidak mendapat kelajuan yang sepatutnya hubungilah TM untuk mendapat penjelasan.



Wednesday, October 14, 2015

Posting paling banyak di baca...Tips mengingat password

Setelah begitu lama posting mengenai lupa password Stremyx dan cara atasinya mengunguli carta sejak mula di masukan pada 12/7/2012 dengan hit sebanyak 40931  akhirnya entri saya berkaitan Nak tahu Tarikh lahir anda dalam  bulan Hijrah menjadi topik yang paling di minati bersempena hari Maal Hijrah semalam 14/10/15 menjadi hit pula dengan menduduki rangking teratas harian di blog komputer dan anda. Dari pemerhatian saya di sini sunguh banyak orang kita menghadapi masalah lupa password stremyx di rumah kerana setiap hari ada sahaja carian berkenaan pasword stremyx mengunjungi blog saya. Ini bermakna kebanyakan kita selalu terlupa pasword yang kita gunakan.
password streamyx

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Lupa password streamyx dan cara nak atasinya

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Lupa password streamyx dan cara nak atasinya

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Lupa password streamyx dan cara nak atasinya

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Lupa password streamyx dan cara nak atasinya

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Lupa password streamyx dan cara nak atasinya

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Lupa password streamyx dan cara nak atasinya

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Nak tahu tarikh lahir anda dalam bulan Islam ( Hijrah)

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Di sini saya perturukan beberapa tips bagi memastikan anda tidak terlupa password stremyx anda

1. Gunakan pasword yang ringkas dan berkaitan benda yang paling anda ingati dan sukai
2. Tulis pasword anda di dalam diari atau apa apa document dan simpan dengan baik
3. Jika anda mempunyai terlalu banyak benda yang pelukan password gunakan lah pasword yang
   sama atau hampir sama pada setiap keperluan password 
4. Jangan guna password yang anda sendiri tak pernah ingat benda tersebut gunakan password dengan perkara yang  berkaitan dan berlegar di depan anda sahaja
5. Susah sangat gunakan pasword asas sahaja iaitu abcdefgh atau 12345678 kerana anda memang kaki pelupa tegar ha ha ha


Terimakasih


password streamyx

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Monday, October 5, 2015

Jadikan Kompas pada Smartphone petunjuk arah kiblat anda

Masalah utama jika anda berada di dalam bagunan tingi hotel hotel atau di kawasan hutan adalah untuk menentukan arah kiblat yang tepat bagi anda menunaikan sholat. Walaupun anda boleh mengunakan kedudukan bayang matahari namun ianya kurang tepat kerana kedudukan matahari bergerak mengikut bulan bulan tertentu dan hanya tepat pada waktu peristiwa matahai tepat di atas kaabah pada waktu ISTIWA pada bulai mei dan julai  sahaja (lihat sini Istiwa matahari atas kaabah)

Pengunaan buruj Orion di malam hari juga mungkin tidak dapat membantu pada waktu hujan dan jika anda di dalam bagunan atau kawasan lapang yang gelap atau dalam hutan rimba yang padat (rujuk pengunaan buruj Orion disini)
Jadi cara yang paling tepat  anda hendaklah mengunakan kelebihan kompas .Anda misti berkata  "takan nak bawa kompas kemana mana  pula kan" Namun tahukah anda kebanyakan orang sekarang pasti mempunyai Smartphone sendiri dan di dalamnya selalu tersedia kompas digital .Jika tidak ada download dan simpan kompas di gital dalam smartphomne anda. Seperti anda sedia maklum kompas akan sentiasa menunjuk arah keutara (N) dengan tepat sekali walau di mana sahaja kedudukan anda . cuma anda kena tahu  arah kiblat berada diarah mana di dalam kompas anda.

Saya telah mencuba beberapa kali dan menguji kedudukan kiblat setelah mengetahui di mana utaranya (N) dengan mengunakan kompas dari smartphone saya dan saya dapati kiblat selalunya berada 300 darjah  dari barat (W) dan kurang 60 darjah dari utara(N) ( Lihat rajah) artinya angka 300

Sekarang letakan diatas meja atau lantai tentukan arah utranya (N) dahulu kerana jarum kompah akan sentiasa menunjukan arah utara (N) dan kiblat akan sentiasa berada pada  300 darjah dari barat (W).Disini saya tandakan garis merah pada angka 300 pada kompas saya. Anda cuma perlu mengingat angka 300 ini setiap kali cuba mencari arah kiblat anda. ( ini bukan ukuran tepat cuma untuk tidak pastikan kiblat anda tidak terbalik 100%)

Angka 300 Ini adalah penelitian saya sendiri setelah saya uji di beberapa tempat yang saya amat pasti arah kiblatnya jika anda rasa ada kordinat yang lebih tepat sila maklumkan kepada saya untuk saya betulkan dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih tepat jika anda mengetahui Qibla bearing di setiap tempat yang anda tinggal atau semasa anda ingin melihat arah kiblat tersebut namun agak mustahil bagi anda menghafal bearing di setiap tempat yang anda singah kan kecuali anda membawa buku panduan bearing qibla.

Sebagai contoh bearing qiblat di Sg Empat Hutan Melintang adalah 292 darjah dari barat (W) bila di lihat tidaklah lari jauh dari 300 darjah yang saya tetapkan itu kerana bagi saya mengetahui arah kiblat secara betul sudah memadai daripada kita langsung tidak mendapat sebarang panduan atau anda mengagak kiblat yang seratus peratus tidak betul  atau terbalik 360 darjah. Dari penelitian saya kebanyakan bearing di Semenanjung antara 291 dan 292 darjah.




Semoga ini dapat membantu anda