Wednesday, June 2, 2010

Komputer anda tiada CODEC

Sesetengah format Video tak boleh di mainkan oleh komputer anda kerana tiada CODEC
Satu arahan Ralat akan di keluarkan supaya anda meng Install CODEC. Masalahnya untuk Instal CODEC ini amat menyusahkan bagi anda yang tak mahir

Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.


Bagaimana untuk atsi masalah ini

Caranya amat mudah cari software yang tidak memelukan CODEC untuk jalankan Videos anda
ini adalah contoh media player yang tidak memerlukan anda memasang CODEC

1.GomPlayer
2.KMplayer
3.VLC Media Player
4.MPlayer

Jangan takut semua sofwawe diatas adalah percuma

4 jenis format Burn CD

Tahukah Anda ?

ada 4 jenis format Burn CD untuk anda ketahui
1. Data CD
2. Audio CD
3. Videos/Pictures CD
4. Image CD
Dalam 4 pecahan format ini pula ada pecahan kecil jenis format file mereka tersendiri.
Untuk merakam atau salin fail ini mesti mengikut format yang dia sediakan
kalau tak ianya takan menjadi

Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.


Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.

Kenapa rakaman ke CD ROM tak menjadi

Kenapa CD yang di write tak menjadi atau tidak terakam dan ujud data nya pada CD ROM anda

bagi memastikan ianya menjadi ikuti langkah ini

1. Buka windows Explorer
2. Drag atau copy data yang anda perlu dari fail ke CD\DVD drive
3. proses copy berjalan (tapi belum disahkan)
4. Klik pada drive CD\DVD RW
5. Klik pada comand Burn to disc (untuk pengesahan)
4. Selesai dan fail akan tertulis secara kekal

Tuesday, June 1, 2010

Copy fail dari CD/DVD rosak

Pernah tak anda kena macam ni nak copy satu data mustahak dalam CD tetapi tak boleh sebab CD tu tercalar atau corrupetd, baru copy separuh je terhenti. Sebenarnya ada satu sofware untuk selesaikan masalah ni bukan saja untuk CD data malah Audio vedio atau gambar masih boleh di copy . Cuma prosessnya agak lambat dan kejayaanya tidaklah 100 peratus,

Download sofware Unstoppable Copier

Apa yang windows tak boleh buat

Tahukah anda ,anda tak boleh buat folder benama CON
malah anda juga tak bleh buat folder mengunakan nama
PRN, AUX, NUL, COM1, COM2, COM3, COM4, COM5, COM6, COM7, COM8, COM9, LPT1, LPT2, LPT3, LPT4, LPT5, LPT6, LPT7, LPT8, dan LPT9.

tak percaya cubalah