Friday, July 23, 2010

Atasi masalah komputer lembab




Banyak yang datang betulkan komputer pada saya kebanyakanya kerana komputernya Hang atau terlalu lembab. Selain dari masalah virus dan cuma sedikit masalah berkaitan hardware. Kenapa komputer menjadi lembab dan hang, Jawapannya mudah sekali komputer anda di penuhi Spyware adware worm spum tmp fail dan pelbagai sampah sarap berkaitan internet , malah memory chache di penuhi internet tmp fail. Bagaimana nak atasi masalah ini. Sebenarnya mudah sangat untuk atasi masalah ini cuma anda perlu ambil sedikit masa dan buat selalu sekurang kurangnya sebulan sekali dan sebaik baiknya hari hari.

Apa yang saya maksudkan adalah anda perlu membersih semua sampah sarap ini mengunakan software khas. ada yang percuma malah ada yang berbayar, Jika yang percuma ianya agak basic tapi memadai untuk memastikan komputer anda tidak lembab. Freeware yang saya maksudkan adalah CClearner ianya percuma dan amat berkesan menjadikan komputer anda beroperasi seperti mula mula baru di beli

Cubalah CClearner

Buat Icon Tutup dan Backup sendiri

Seronok kan kalau anda boleh buat Icon shut down sendiri apa lagi jika icon yang anda buat itu bukan sahaja boleh metutup komputer anda ikut masa yang anda mahu malah boleh pula sambil sambil tu backup fail mustahak anda. Cara nak buatnya tak lah susah sangat cuma anda perlu tulis sedikit program mengunakan notepad

1. Buka note pad
2. Tulis arahan ini

xcopy c:\HashimDerashid /y/s/r/h/c D:\Backup
shutdown -s -f -t 60 -c "Komputer akan shutdown dalam 60 saat"

yang saya bold tu pandai pandailah tulis nama fail sendiri
c:\hashimDerashid = Contoh fail dalam C yang nak di backup
d:\Backup = Fail yang nak diarahkah kemana tempat anda backup
60 detik adalah masa menunggu untuk shut down

3. safe fail tersebut atas nama apapun tapi misti mengunakan format bat dan allfile

siap dan cuba tutup
fail anda akan di backup secara automatik

Thursday, July 22, 2010

Warnakan file folder anda








Anda suka folder anda di warnakan ikut kegemaran anda , atau ikut kepentingan fail itu samada warna merah ke biru ke atau sebagainya, macamana nak buat ini
Sebenarnya ada satu software yang free untuk tujuan tersebut
anda kena download Folderico 4.0.0.6 RC4

Selepas download anda kena setup freeware tersebut ke komputer anda, selepas selesai setup masuk ke windows Explorer dapatkan folder yang nak diwarnakan dan klik kanan untuk dapatkan taskbar folderico .pileh warna kegemaran anda, dengan satu klik folder anda akan berubah warna. Ulangi langkah ini untuk folder folder yang lain

cubalah meriahhh

Wednesday, July 21, 2010

3 jenis facebook ringan untuk line internet yang slow (lembab)

Anda tak boleh tak lihat facebook walau pun sehari (kira macam ketagihan facebook)
dan anda ada broadband tapi ada sesetengah tempat linenya terlalu lembab dan menjadikan anda perlu menunggu lama bagi facebook biasa masuk dan beroperasi.

Dari pemerhatian saya ada 3 jenis facebook yang ringan untuk di gunakan ketika line Internet atau broadband anda terlalu slow

1. Lite facebook Facebook agak ringan dari facebook utama
2. m.facebook selalu di guna untuk mobile telefon tapi
boleh digunakan juga di komputer, sangat ringan tapi paparan terlalu basic.
3.x.facebook mengunakan alamat ini lebih ringan dari
litefacebook dan lebih baik dari mengunakan m.facebook kerana ianya
agak sederhana dari segi penampilan, antaramuka dan kelajuan.

Anda boleh cuba ketiga tiga ini terutama bila line internet terlalu slow.
atau line anda ada satu atau 2 bar sahaja

sekurang kurannya anda tak terputus hubungan dengan facebook

Opera 10.60 dan Mozilla Firefox 4.0 dah realase

Opera - salah satu browser yang lebih cepat dan lebih fleksibel

Opera version 10.60 dah keluar cubalah laju sangat

dapatkan di sini

Opera 10.60 beta

sementara
Mozila pula banyak fungsi Ad On yang pasti anda suka dan memudahkan
Mozilla Firefox 4.0 beta dah realase banyak kelebihanya
cubalah downlod disini

Mozilla Firefox 4.0 beta