Sunday, May 29, 2011

Kunci hard disk PC Anda dengan password

Selepas saya masukan entri untuk mengunci Thumb Drive misti anda terfikir adakah perkara yang sama boleh di buat pada Hard Disk  anda. Iaitu anda boleh mengawal HD anda dari di ceroboh oleh oarng lain dan hanya anda seorang sahaja boleh membukanya dengan password tertentu. Ya memang ianya boleh di lakukan dengan cara yang sama namun prosess Encryptingnya sangat lama dan membosankan.


Jjika anda berhajat melakukanya ikuti langkah berikut
(Fungsi ini untuk windows 7 sahaja)

1. Buka windows Explorer anda
2. Klik pada HD yang ingin di letakan password
3. Klik kanan mouse anda agar keluar diolog box Eplorer
4. Pilih arahan Turn On Bitlocker ( lihat gambar)
5. Keluar kotak dialog Bitlocker dan anda kena masukkan pasword pilihan anda
6. Tekan Nex dan komputer anda akan mula Encrypting HD anda dari 1%- 100%
7. Prosess Encrypting sangat lama bergantung pada saiz HD anda
8. Selesai

Restart komputer anda dan selepas ini anda tak boleh lagi masuk ke HD tersebut tanpa mengunakan password.










Thursday, May 26, 2011

Besarkan (View) gambar secara automatik hanya dengan mengerakkan cusor mouse diatas gambar tersebut

Anda nak lihat gambar terus begini tanpa perlu masuk kedalamnya hanya meletak cusor mouse diatasnya sahaja. Ini boleh di lakukan hanya pada Monzila Firefox . Caranya sangat mudah iaitu anda hanya perlu AD ON sahaja fungsi ini.pada browser firefox anda.
Ikuti cara berikut
1. Masuk ke Browser ferefox
2. Pilih tool
3. Pilih add ons
4. Pilih thumnail zoom 1.4.3
5. Selepas selesai restart Firefox anda

6. selesai

Sekarang anda boleh (zom) besarkan  apa apa image tanpa perlu lagi masuk ke fail  image tersebut

Tuesday, May 24, 2011

Letak password pada thumb drive peribadi anda

Ada ketika anda tak mahu ada orang lain menceroboh masuk ke thum drive anda kerana mungkin ada document yang anda nak rahsiakan dari orang lain. Dimasa ini lah anda fikir bukankah lebih baik kalau boleh diletakkan pasword pada thumb drive tersebut ,Lihat ralat yang di berikan pada thum drive saya bila saya nak mengunakannya, anda memerlukan pasword untuk masuk kedalam thum drive saya . Bagaimana nak buatnya

Ikuti cara berikut (untuk penguna windows 7 sahaja)

1. Masukkan Thumb Drive anda ke USB port komputer anda
2. Seterusnya right klik pilih tun on bitlocker
3. Satu tetingkap bitlocker akan keluar
4. Klik use a password to lock drive
5. Isikan pasword kegemran anda
6. Tekan Nex
7. Anda di minta menyimpan pasword anda atau di print sahaja dan tekan Nex
8. Dan akhir sekali tekan start Encrypting
9. Proses Encrypting akan bermula dari 1% hingga akhir
10. Siap
11 . Selepas ini thumb drive anda akan meminta password setiap kali anda ingin mengunakanya

Saya nasihatkan anda mengunakan thum drive 4GB kebawah sahaja kerana kalau besar sangat proses encrypting nya sangat lama
Cubalah
Bagi penguna windows XP dan Vista kebawah nanti saya akan tunjukan caranya itupun jika ada permintaan









Sunday, May 22, 2011

Tumb Drive tak boleh di buka kerana ganguan virus melalui autorun.inf

Pernah alami masalah ini tumb drive anda tak boleh di buka kerana ada ganguan virus melalui autorun.inf. bagaimana nak buang virus tersebut sedangkan anda nak masuk ke tumb drive tu pun tak boleh. Untuk penyelesaianya ikuti langkah berikut


CaraPertama
  1. mula-mula buka My Computer
  2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options...
  3. kemudian klik pada tab View dan
o    Pilih Show hidden files and folders
o    Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
o    Klik Ok
  1. Kemudian, Klik-Kanan pada Pendrive anda dan klik Open
  2. Klik-kanan pada fail autorun.inf dan pilih Delete
  3. dah boleh gunanya  pun

    Cara Kedua

    Kadang-kadang fungsi Open pada langkah ke-4 Cara Pertama juga tidak boleh digunakan, kerana telah diambil alih oleh trojan/virus terbabit. Jadi sila lakukan begini,
  4. Jalankan arahan command line pada Windows anda dengan menaip CMD pada Run...
    1. Klik START , Run...
    2. Isikan CMD dan tekan ENTER
  5. Bila keluar kekotak CMD tersebut, lakukan begini,
    1. Taipkan J: dan ENTER (jika huruf pemacu (drive letter) pendrive adalah J:. Gantikan dengan J dengan huruf pemacu anda.
    2. kemudian taip attrib autorun.inf -h -s -r dan ENTER
    3. kemudian taip del autorun.inf dan ENTER
    4. Taip exit dan ENTER
  6. Tanggalkan pendrive anda seketika kemudian pasangkan kembali.

Kedua-dua cara di atas boleh juga digunakan kepada hard drive anda, cuma anda kena restart komputer anda untuk menghilangkan kesan autorun tersebut, tak sama seperti pendrive kerana pendrive adalah removable storage.

Tetapi kadang-kadang prosedur di atas tidak boleh dilakukan, jika PC tersebut juga telah dijangkiti oleh virus, trojan atau lain-lain yang menyahakses kepada
·         Folder options
·         Task Manager
·         Regedit
·         Command Line (CMD, Command.com)
Anda perlulah menyelesaikan masalah ini dulu.akan datang saya akan bagitahu bagaimana nak baiki semua ini jika ianya turut tak boleh di buka
 

Thursday, May 19, 2011

Beza CD. DVD, DVD-R, DVD+R, Image CD. ISO CD dan data CD

Empat format burn yang perlu difahami

Anda burn CD tapi tak berapa faham masuk cd dan klik perkataan burn. akhirnya tak boleh pula dibaca pada CD ROM kenapa

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda, yang sebenarnya ada 4 kategori utama format ‘burn’, iaitu
Data CD
Audio CD
Videos/Pictures CD
Image CD
Buat pilihan format CD yang sebenarnya semasa proses BURN



Apa itu Data CD?

Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?

Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?

Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.

Apa itu Image CD?

Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.


Apakah itu ISO dan Disk Image?

Jika anda tidak biasa dengan istilah ‘Disk Image’, ia adalah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam bentuk .ISO. Format – format yang lain termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG. Oleh kerana ISO ini hanyalah merupakan satu fail, untuk menggunakannya anda haruslah burn fail ISO tersebut, iaitu memasukkannya ke dalam CD atau DVD. Anda juga boleh menggunakan CD Emulator seperti Alcohol 120% atau Daemon untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu burn ke dalam CD/DVD


Anda boleh menggunakan aplikasi seperti LCISO Creator bagi mengeluarkan fail ISO dari CD/DVD yang asli. Untuk burn fail ISO ke dalam CD/DVD pula, gunakan aplikasi percuma ImgBurn (aplikasi komersial untuk burn CD adalah seperti Nero).

Apakah kelebihan menggunakan CD Emulator? Dengan CD Emulator, anda boleh ‘menipu’ komputer dengan memasang fail ISO anda pada satu drive maya. Dengan cara ini, anda tidak perlu burn fail ISO tersebut dan boleh terus menggunakannya.

Perbezaan Antara DVD-R dengan DVD+R

belilah DVD yang mana-mana pun yang bersesuaian dengan player anda. Ada yang berpendapat DVD-R sesuai untuk rekod movie dan lagu, manakala DVD+R sesuai untuk diburn data-data kerana ia tidak mudah rosak.