Wednesday, June 15, 2011

Perkara paling asas perlu di tengok sebelum membeli sebuah komputer laptop atau netbook

 Kalau nak beli sesebuah komputer perkara paling asas anda kena tengok seperti di bawah

1. Jenis prosesor
2. Speed prosesor
3. RAM
4. Hard Disk
5. Brand

(untuk kaki main games tambah 1 lagi)
6. Jenis Graphic Card 



Tuesday, June 14, 2011

Apa kelebihan Samsung Galaxy tab berbanding Ipad Apple

Kebelakangan ni, banyak  orang bertanya tentang perbezaan  Ipad Apple dan  Samsung Galaxy Tab.
Samsung Galaxy Tab  telah menjadi pesaing utama Apple , kedua dua ini di katagori sebagai komputer tablet.
komputer Tablet mempunyai saiz dan memori yang lebih kecil berbanding desktop, notebook atau netbook, namun ia diminati kerana lebih besar berbanding telefon pintar.


Kita lihat perbandingan kedua dua komputer tablet ini di bawah

Galaxy Tab mempunyai skrin sesentuh berkeluasan tujuh inci, saiz yang lebih kecil, 9.7 inci berbanding iPad dan menggunakan sistem operasi Android 2.2 Google.( lihat gambar) Sementara iPad merngunakan os iOS

Komputer tablet Samsung Galaxy tab  ini mempunyai berat 380 gram iaitu hampir separuh lebih ringan berbanding iPad

harganya yang  ditawarkan  lebih rendah berbanding iPad. 

Dari segi specs, Samsung Galaxy Tab lagi baik dari Ipad ,. kerana Samsung Galaxy Tab  boleh berfungsi seperti tel . boleh buat calls  biasa dan  3G calls. setakat ini IPad tiada fungsi ini. Ertinya jika anda membeli Samsung galaxy tab anda tidak perlu lagi membeli telefon.

Hard Disk Samsung  Galaxy Tab lebih  besar berbanding IPad.

Samsung Galaxy Tab  siri 10.1 mempunyai kelebihan dari segi kamera sehingga  8.0MP.

Dan kelebihan paling ketara Galaxy Tab? adalah  mengunakan  OS  ANDROID  dari Google yang sangat berkuasa. untuk bandingan produk yang menggunakan Android lebih murah daripada iOS Apple

Walaubagaimana pun terpulang kepada anda untuk memilih Samsung galaxy tab atau iPad kerana kedua duanya ada kelebihan dan kekurangan masing masing yang saya yakini akan di baiki dari masa kesemasa

ps. Saya telah pun  mengunakan kedua dua  komputer tablet ini. (Samsung galaxy tab  dan iPAD) kedua duanya ada kelebihan masing masing , buat lah pilehan yang tepat mana satu yang anda suka mengikut selera anda  semasa membelinya 

 

Monday, June 6, 2011

Hadis Akhir Zaman





Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai habis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Baca dan telitilah

Hadis ini dipetik dari sahabat Rasulullah SAW yang mulia iaitu Abu Hurairah R.A:

"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}


Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon.

Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}


Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.{3}

Jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda dan keluarga anda, sebarkanlah..

Wallahualam...


Sumber:

1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik (...) adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51

Saturday, June 4, 2011

Tepatnya sabda Nabi Muhammad S.A.W dan di buktikan sain moden

Kali ini saya poskan sesuatu yang tak berkaitan komputer tapi berkaitan tentang ketepatan sabda Nabi Muhammad S.A.W dan di buktikan dengan sain moden sekarang. lihat ini

Manusia mempunyai  360 tulang sendi! 


‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu, atau duri, atau tulang dari laluan orang ramai, dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.” [HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “ [HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]



Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:

147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
2 sendi antara skapula dan dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang scapular
6 sambungan antara siku.
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia.
Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu, kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi , dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.



Allah SWT berfirman:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?” ( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

Wednesday, June 1, 2011

Log masuk Facebook anda hanya dengan satu klik tanpa perlu masukan username dan password

Anda sorang yang sangat sibuk dan malas pada setiap kali nak masuk facebook anda kena isi user name dan password . Anda hanya mahu terus masuk ke facebook anda hanya dengan satu klik sahaja. Trick ini hanya boleh di pakai jika anda ada PC peribadi sendiri  tanpa berkongsi dengan orang lain, jika anda buat di PC yang ramai orang mengunakannya ianya sangat bahaya kerana ada kemungkinan Facebook anda akan di masuki oleh orang yang tak bertangung jawab, AWAS, Jika komputer tersebut hanya di gunakan oleh anda sahaja sila ikut langkah berikut untuk memudahkan anda masuk ke Facebook anda hanya dengan satu klik.

1. Masuk ke browser  monzila Firefox
2. Log in masuk ke facebook anda
3. Log In seperti biasa dengan memasukan user name nan pasword
4. Tekan log In masa ini satu kekotak ralat akan keluar dengan 3 pilihan menu
    a. Remember pasword
    b. Never remember pasword for this site
    c. Not Now
5. Pilih remember password
6. Selesai


Selepas ini setiap kali anda nak masuk ke facebook anda, anda tak perlu lagi isi apa apa hanya klik dan anda terus masuk. Tapi awas jangan terlepas komputer tu kat org lain. Nanti profile anda di tukar gambar beruk mok ye ha ha ha