Tuesday, June 28, 2011

Bagaimana anda memantau apa yang anak anda lihat dalam youtube

Setiap keluarga boleh di katakan mempunyai komputer ataupun komputer riba , Selalunya ibubapa membeli komputer untuk anak anak mereka kerana memang ianya sekarang sudah menjadi barang keperluan di universiti malah seawal di sekolah lagi. Pastikah anda anak anak anda tidak menyalahgunakan komputer tersebut. Tentu anda kurang memperdulikanya selagi anda tak terserempk atau menemui sendiri apa yang mereka buat dan lihat,

Amat susah bagi anda memantau perkara ini kecuali anda meletakkan filter untuk bahan bahan tersebut. Namun meletakkan semua filter ini akan melembabkan lagi internet anda yang dah sedia lembab. Jadi bagaimana anda nak memantau kegiatan anak anda. apalagi jika dia melihat apa apa yang tidak baik melalui youtube.

Sebenarnya ada satu cara untuk anda mengetahui apa yang mereka layari melalui youtube malah anda boleh menyimpanya sebagai bukti untuk anda memerangkap mereka sekiranya mereka melayari laman youtube yang bukan bukan.

Untuk keselamatan saya tidak boleh menerangkan disini bagaimana untuk mengambil melihat dan menyimpan semua apa yang mereka lihat di dalam youtube dan jika anda berminat boleh hubungi saya melalui facebook . Saya akan terangkan bagaimana melakukan pemantauan terhadap pengunaan youtube komputer anda dan anak anak anda jika anda  berminat



Sunday, June 26, 2011

Apa kelebihan menyimpan fail dalam format PDF

Ada orang bertanya saya apakah  kelebihan menyimpan fail dalam format PDF. Sebelum saya menjawap soalan ini kita lihat dulu apa dia fail PDF berbanding format format lain

PDF adalah singkatan dari  (Portable Document Format) merupakan  satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar sama seperti fail yang di simpan mengunakan MS Offices . namun ianya mempunyai beberapa kelebihan ketara berbanding fail yang di simpan mengunakan winword


1. Failnya lebih kecil dari fail word yang asal walaupun ianya sangat besar pada asalnya
2. Lebih mudah untuk di muatnaik dan muat turun di internet
3. Tidak boleh di edit atau di ubah suai sewenang wenangnya ianya sangat sesuai untuk menyimpan
     document seperti resit atau document mustahak  yang adan mahu kekal dalam bentuk asal

4. Boleh mengecilkan fail yang bergambar yang sangat besar kepada yang lebih kecil bagi memungkinkan
      ianya sesuai untuk di hantar  melalui  emel  ataupun di simpan pada CD ROM

5. Menjimatkan ruang penyimpanan dalam HD anda


Ingat !!!!! Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas dan ringan di gunakan.

Untuk membina fail PDF pula gunakan  CutePDF Writer. atau gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.

Tulis diary dengan NOTEPAD


Cara mudah untuk menulis diari, dengan menggunakan NotePad, anda boleh menulis diari secara automatik tanpa menggunakan apa-apa perisian!

Caranya :
1)- Buka NotePad
2)- Taip : .LOG
3)- Save fail NotePad anda seperti “My Diary”
4)- Buka fail yang telah anda save “my diary.txt”

Kini anda sudah boleh menulis diari. Masa dan tarikh akan tertulis secara automatik setiap kali anda membuka fail “my diary.txt”, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencatat masa dan tarikh,apa yang perlu adalah buka fail diari anda dan taip catatan diari anda, semudah A.B.C ..:-)

Saturday, June 18, 2011

Komputer tablet 2 layar akan mendominasi pasaran

Kegilaan kepada komputer tablet mengakibatkan kebanyakan pengeluar komputer tablet berebut rebut berionovasi untuk menguasai pasaran. Hasilnya keluarlah komputer tablet generasi terbaru mempunyai 2 layar sesentuh malah ianya boleh di pisahkan untuk memungkinkan kita boleh membawa hanya salah satu sahaja darinya, menarik bukan . Buat masa sekarang harganya agak mahal dipasaran


Cuba tengok contoh tablet 2 layar ini

 Toshiba Libretto W100, Tablet PC 2 Layar

Prosesor  W100 adalah Intel Pentium U5400 1.2GHz dan dilengkapi kapasitas memori 2 GB. Konsumen memiliki opsi untuk menggunakan hardisk berkapasitas 320GB atau solid state disk sebesar 62 GB.

Spesifikasi lain termasuk webcam 1MP, bluetooth, MicroSD, Wi-Fi, satu port USB, baterai 8-sel dan sistem operasi Windows 7. Tidak hanya ini, perangkat ini sangat portable dengan ukuran sekitar 4,84 inci dan 7,95 inci saat ditutup serta berat 1,8 pound.

Komputer ini memiliki dua buah layar yang salah satu layarnya berfungsi sebagai keyboard virtual. Setiap layar memiliki resolusi 1,024 x 600.



  
Acer Iconia Touchbook 
Tablet dengan dua layar ini memiliki prosesor Core i5, Windows 7, dan dua layar 14-inci yang terbuat dari Gorilla Glass untuk memudahkan pengetikan, multi-touch, dan reflek gerakan.

Acer Iconia Touchbook juga memiliki antarmuka yang baru, termasuk yang berbentuk "ring" (cincin) yang memungkinkan pengguna memilih item pada layar dengan satu jarinya dan memutar gambar-gambar pada-layar.

Bahkan Perangkat itu memiliki keyboard pada layar, mengubahnya menjadi laptop biasa. Iconia Touchbook dibandrol 1.199.99 dolar AS, setara harga dua tablet, demikian dilaporkan gadget.com.

 Sony S2 
 Sony S2  mempunyai rekabentuk  flip (lipat) dan dilengkapi dua buah layar berukuran 5.5 inci yang memiliki resolusi 1024 x 480 pixel. S2 juga ideal untuk digunakan membaca buku karena dapat menampilkan dua halaman sekaligus. Kedua komputer tablet Sony ini dibekali dengan prosesor Nvidia Tegra 2 dual-core, sistem operasi Android HoneyComb 3.0 serta mengemas kamera, koneksi Wi-Fi, serta akses data dengan kecepatan 3G/4G.



dan banyak lagi syarikat yang lain sudah mula mengeluarkan komputer tablet jenis ini

Friday, June 17, 2011

Kegilaan Komputer tablet bermula

Dari komputer Desktop , laptop , netbook , Handheld komputer (PDA) ke komputer tablet. Dari sebesar besar komputer ke sekecil kecil komputer, Walaupun komputer dulu besar besar tapi sebenarnya berkuasa kecil dan teknologi terkini komputer semakin kecil tapi kuasanya semakin besar. Teknologi akan terus bergerak kita tidak tahu apa lagi yang akan terjadi kepada komputer di masa depan. Lihat perbezaan mereka secara ringkas


Komputer desktop
Komputer desktop direka untuk kegunaan di meja atau meja. biasanya lebih besar dan lebih kuat daripada jenis yang lain daripada komputer peribadi. Desktop komputer terdiri daripada bahagian-bahagian berasingan. Komponen utama, disebut unit sistem, biasanya berbentuk persegi panjang yang duduk di atas atau di bawah meja (CPU). Komponen yang lain, seperti monitor, mouse, dan keyboard, disambungkan ke unit sistem.


 Laptop komputer
komputer mobile PC Laptop ringan dengan skrin nipis. sering disebut komputer notebook kerana saiznya yang kecil. Laptop dapat beroperasi pada bateri, sehingga anda dapat membawa mereka di mana sahaja. Tidak seperti desktop, laptop menggabungkan CPU, paparan, dan keyboard menjadi satu. Laptop pada masa sekarang dikategorikan kepada 2 iaitu laptop dan notebook.. beza diantara dua ini ialah skrin laptop bersaiz 14” dan lebih manakala notebook bersaiz 10 inci ..notebook biasanya digunakan untuk tujuan ringan seperti melakukan tugas pejabat seperti kerja menaip.



Handheld komputer
Handheld komputer, juga disebut personal digital assistant (PDA), adalah komputer bertenaga bateri, cukup kecil untuk dibawa hampir di mana sahaja. Walaupun tidak sehebat desktop atau laptop, handheld berguna untuk penjadualan janji, menyimpan alamat dan nombor telefon, dan bermain game.dan ada sesetengah memiliki kemampuan yang lebih maju, seperti membuat panggilan telefon atau mengakses Internet. mempunyai skrin sentuh yang boleh digunakan dengan jari atau stylus (alat menunjuk pena berbentuk).


Tablet PC
Tablet PC adalah PC mobile yang menggabungkan ciri-ciri dari laptop dan handheld. Seperti laptop, ia kuat dan mempunyai built-in paparan. Seperti handheld, mereka membolehkan anda untuk menulis nota atau menggambar gambar pada skrin, biasanya dengan butan keyboard bukan stylus. ia juga boleh menukar tulisan tangan anda menjadi teks yang ditaip. Beberapa PC Tablet adalah "convertible" dengan layar yang memainkan dan terbentang untuk mendedahkan keyboard di bawahnya.

Jenis komputer tablet yang popolor di pasaran malaysia sekarang adalah Ipad  dan samsung galaxy tab