Monday, September 26, 2011

Kenapa Nabi suruh tengelamkan terus lalat jika jatuh kedalam air minuman



Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.





Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik

Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas 'sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit'. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?

Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik

Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.


sitoplasma dapat membunuh kuman dari lalat


Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali. Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya. Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW.


Di petik dari Lalat dan Penyakit, Rasulullah dan Saintis

Saturday, September 24, 2011

Buat gambar profile Facebook anda guna lukisan tanah liat



Jemu juga asyik gambar sendiri jadi profile Facebook anda apakata anda tukar pada lukisan tanah liat comel juga kalau anda pandai mengayakanya. Tentu menarik minat orang yang melihatnya. Jika anda berminat nak buat gambar profile facebook anda guna lukisan tanah liat.  Anda hanya perlukan sedikit masa dan kreativiti untuk melaksanakanya kerana semua dah tersedia .anda hanya perli memilih gaya yang anda minati.



Untuk tujuan tersebut sika masuk ke alamat ini untuk memilih dan membuatnya sendiri. Gunakan online freeware clayyourself, Sebagai contoh sila lihat  gambar tanah liat yang saya buat sendiri  tak sampai 30 saat pun dah siap.

Sambung antara Twiter dan Facebook


Anda ada 2 akaun laman sosial iaitu  twiter dan facebook anda ingin kedua dua nya bersambung ini bermakna jika anda tulis di twiter  meseg tersebut juga akan muncul juga di wall facebook anda . Bagaimana nak pastikan kedua dua laman sosial  ini bersambung. Anda hanya perlu menulis di twiter dan apa yang anda tulis akan juga di pamerkan di facebook anda



Kalau nak linkkan  akaun twiter ke facebook anda ikuti cara di bawah

1, Masuk ke akaun twiter anda
2. Pilih setting yang ada di bawah nama anda
3  Dalam setting sila pileh profile
4.  Roll kebawah sekali dan sila klik untuk link anatara twiter anda dan facebook
5. Selepas ini apa yang anda tulis di twiter akan turut di pamer wall di facebook anda


Cubalah

Thursday, September 22, 2011

Dengar radio atau TV sambil melayari Blog Komputer dan Anda












Sekarang anda boleh mendengar radio atau tengok TV sambil belajar tip tip komputer dari saya. Saya telah meletakan link tersebut di sebelah kanan blog saya anda hanya perlu memilih apakah stesen radio kegemaran anda atau stesen TV kesukaan anda . Hanya klik link di sebelah kanan blog saya ini. bahagian Radio dan TV online windows akan membuka antaramuka terbaru bagi membolehkan anda mendegar radio tanpa ganguan sekiranya anda ingin membaca tip tip saya dalam helaian lain. Jika anda tidak boleh mendengar atau melihat TV ini bermakna komputer anda kekurangan Plug In . jadi klik saja ikut arahan komputer anda untuk menambah plugin tersebut.

Windows 8 percubaan sudah muncul

Microsoft telah memperkenal kan versi windows terbarunya iaitu windows 8. Peringkat awalnya versi percubaan Windows 8 telah di lancarkan untuk percubaan . Ianya boleh di Download di Internet secara percuma













Ada beberapa fungsi terbaru dalam Windows 8

1. Tidak perlu menunggu starting windows terlalu lama. startup yg lebih cpt
2. Windows Task Manager nampak lebih mudah.
3. Paparan menu Start yang baru
4. Internet Explorer pada Start menu windows  kelihatan lebih menarik simple dan lancar
5. Fungsi Reset windows anda seperti mana mula2 install windows

Nak cuba klik disini Windows 8 Beta . Proses download nya agak lambat kena banyak bersabar terutama jika internet di tempat anda macam siput sedut