Thursday, July 17, 2014

Cara mudah nak baca blog yang berserabut dengan iklan degil

Anda tentu selalu terkena masuk ke blog yang di penuhi iklan dan  like sampaikan anda langsung tidak boleh membaca isi kandungan blog tersebut walaupun setelah anda klik butang close berkali kali iklan yang ada tetap berdegil malah melindungi bahan bacaan yang anda inginkan. Saya sendiri bingung dengan masalah ini kerana penulis blog sepatutnya tidak meletakan iklan degil sebegini di blog mereka jika mereka ikhlas nak ber blog. Memadai lah letakan butang like atau iklan yang mudah di tutup.

Atas sebab inilah saya telah cuba berbagai cara untuk mengambil isi bacaan di blog tersebut dan akhirnya saya temui cara yang paling mudah untuk anda yang ingin sangat membaca isi kandungan blog tersebut tanpa perlu berusaha membuang iklan iklan degil tersebut. Untuk ikuti cara saya atasinya cubalah 5 langkah seperti di bawah

1.Apabila anda buka blog tersebut anda dapati mukadepan berserabut dengan iklan seperti ini kan

2. Anda cubalah  close apa apa iklan yang boleh di close dengan klik pada butang close mengikut arahan . namun anda akan dapati masih ada iklan yang berdegil tidak mahu di tutup seperti gambar di bawah.


3. Langkah seterusnya anda perlu menanda (mark) di celah celah iklan tersebut kawasan yang anda ingin ambil  untuk di baca dengan mengunakan arahan klik mouse dan drag ke seluruh kawasan yang anda ingin liputi samada  text sahaja atau beserta gambar (ianya akan bertanda menjadi biru seperti gambar di atas)

4. Anda perlu klik butang kiri mouse untuk mendapat arahan copy (seperti di gambar) dan anda bolehlah me copy artikel tersebut berserta gambar yang di sertakan. Pastikan anda klik di celah celah iklan tersebut agar tidak tercopy iklannya sekali

5. Langkah terakhir anda perlu membuka Mircrosoft Winword dan menekan control V untuk memindahkan artikel tersebut ke format word .Seperti saya lakukan (lihat gambar di bawah) saya telah berjaya memindahkan semua artikel tersebut beserta gambar tanpa ada iklan yang mengangu lagi dan saya boleh membaca keseluruhan artikel tersebut dengan selesa dan aman di dalam winword
Selamat mencuba


Wednesday, July 9, 2014

Jenis Penyakit dan jenis pantang makanan yang di ambil

Bersama di senaraikan jenis penyakit dan makanan yang pantang anda ambil


1. Amandel:(radang tekak) Cabe, Asam, Makanan Berminyak, Es
2. Anaemia: (kurang darah)Air Kelapa, Minuman Bersoda
3. Ambeien:(Buasir) Cabe, Kopi, Alkoho, Ketan Hitam, Singkong, Buah Nangka
4. Asthma: Singkong, Tape, Air, Es, Makanan Berminyak
5. Alergi Kulit: Terasi, Ikan Asin, Makanan/Minuman Berpengawet, Ayam Potong
6. AIDS/HIV: Alkohol, Udang, Kopi, Kecap Asin/Manis, Buah Durian, Roti Bakar, Daging Kambing, Ikan Bakar, Kerupuk Udang, Ayam Potong
7. Asam Urat: Santan Belinjo, Cumi, Udang, Kepiting, Kerang, Daging Sapi dan Kambing, Kacang Tanah, Bayam (Pantangan Umum)
8. Batu Ginjal, Infeksi Ginjal :Cabe, Alkohol, Kopi, Teh, Makanan/Minuman Berpengawet, Soda
9. Batu Empedu: Minuman Soda, Alkohol, Kopi, Makanan Berlemak, dan Cabe
10.Bronchitis dan Menghilangkan Bau Mulut: Air Es, Kopi, Cabe, Tape, Rokok, Durian, Nangka, Pisang Mauli, Jeruk Nipis
11. Batuk, Flu, Radang Tenggorokan: Air Es, Cokelat, Makanan Berminyak
12. Diabetes: Semangka, Nangka, Kopi, Minuman Soda, Cabe
13. Demam Berdarah, Malaria Tropika, dan Demam: Makanan/Minuman Manis, Sea Food, Duku, Langsat, Semangka 14. Diare, Muntaber: Cabe, Semangka, Santan, Nangka, Air Es
15. TBC Paru-paru/Flek Paru-paru: Jeruk Nipis, Pisang Mauli, Cabe, Durian, Jeruk Purut, Minuman Soda, Air Es, Singkong, Tape, Rokok, dan Pantangan Umum
16. Flek Hitam di Wajah, Jerawat: Cokelat, Terasi, Rokok, Kacang Tanah, Obat-obatan Kimia
17. Hipertensi: Garam, Kopi, Daging, Jeroan, Ayam Potong, Telur Asin, Empin
18. Hernia: Cabe, Kopi, Alkohol, dan Pantangan Umum
19. Infeksi Saluran Kencing, Kelamin: Cabe, Tape, Kopi, Udang, Terasi, Nangka, Sea Food
20. Infeksi, Radang Telinga: Cabe, Tape, Kopi, Udang, Terasi, Nangka, Sea Food
21. Infeksi, Radang Hati (Lever/SGOT): Daging (Sapi & Kambing), Alkohol, Margarin, Makanan Berlemak, Jeroan
22. Infeksi, Radang Pendarahan Seluruh Tubuh: Cabe, Kopi, Anggur, Alkohol Merica, Durian, Semangka
23. Impoten/Lemah Syahwat: Alkohol, Labu Putih
24. Jantung : Jantung Bocor : Rokok, Air Kelapa, Durian, Pisang Mauli, Alkohol, Daging Kambing, Obat Perangsang, Kepiting
25.Jantung Koroner & Penyempitan Pembuluh Darah:Tape, Singkong, Tape Ketan, Durian, Alkohol - Kolesterol, Trygliceride, Kolesterol- Asam Urat: Makanan Berlemak, Daging, Santan, Kacang
26 Kanker Payudara: Daging Sapi & Kambing, Minuman Soda, Kopi, Petai, Terasi, Jengkol, Saos Tomat, Ikan Peda, Makanan/Minuman Berpengawet, Zat Pewarna
27. Kanker Rahim: Terasi, Kopi, Ayam Potong, Petai, Jengkol, Ikan Teri, Makanan/Minuman Berpengawet
28 Kanker Hati (Hepatitis B): Makanan Berlemak, Cabe, Kopi, Alkohol, Margarin Segala Jenis, Kacang Tanah, Daging (Babi, Sapi, Kambing)
29 Kanker Darah (Leukemia): Daging Sapi, Usus, Paru, Jantung Sapi, Kopi, Makanan/Minuman Berpengawet
30 Kanker Prostat (Kantong Kemih): Terasi, Kopi, Ayam Potong, Petai, Jengkol, Ikan Teri, Makanan/Minuman Berpengawet
  31 Lumpu Akibat Gangguan Tulang Belakang – Impoten/Lemah Syahwat, Kaki Mati Rasa: Terasi, Kopi, Ayam Potong, Petai, Jengkol Ikan Teri, Makanan/Minuman Berpengawet
32 Keputihan, Rapat Vagina, Pendarahan: Cabe, Terasi, Nanas Petai, Jengkol, Timun, Semangka
33 Katarak: Cabe, Bawang Putih (Pantangan Umum)
34 Maag, Sakit Perut, Infeksi Lambung: Cabe, Kopi, Santan, Sayur Nangka, Ketan, dan Pantangan Umum
35 Migrain, Pusing, Tengkuk Sakit, Penyempitan Syaraf Kepala: Daging (Sapi & Kambing), Ayam Potong, Minuman Soda, Mie Instan
36 Muntaber: Cabe, Tape, Semangka, Kopi, Santan, Susu, dan Pantangan Umum
37 Penyubur Kandungan: Cabe, Ikan Bakar, Roti Bakar (Semua Makanan yang dibakar), Tape, Nanas, Ayam Potong 
38 Penyempitan Indung Telur: Cabe, Ikan Bakar, Roti Bakar (Semua Makanan yang dibakar), Tape, Nanas, Ayam Potong 39 Penyempitan Syaraf di Seluruh Tubuh, Syaraf Terjepit, Kram, dan Nyeri: Daging (Sapi & Kambing), Ayam Potong, Kopi, Makanan Berlemak, Durian, Minuman Bersoda, & Pantangan Umum
40 Penyempitan Pembuluh Darah di Otak & Pembekuan Darah di Otak: Daging (Sapi & Kambing), Ayam Potong, Kopi, Makanan Berlemak, Durian, Minuman Bersoda, & Pantangan Umum
41 Rheumatik, Radang Tulang, TBC Tulang, Kanker Tulang, Pengapuran Tulang:Makanan/Minuman Berpengawet, Air Kelapa, Ikan Teri, Tempe Gembos, Ikan Peda
42 Sakit Pingggang: Daging Sapi & Kambing, Belinjo, Soda, Air Kelapa
43 Sakit Tulang Belakang: Makanan/Minuman Berpengawet, Ikan Asin, dan Pantangan Umum Lainnya
44 Thypus: Cabe, Kopi, Nanas, Nasi Goreng, Margarin, Nangka, Air Es, Singkong, Ketan
45 Usus Buntu:Cabe, Kopi, Nanas, Nasi Goreng, Margarin, Nangka, Air Es, Pantangan Umum
46 Stroke Kiri: Daging, Mie Instan, Garam, Soda, Terasi, Petis, Siput Udang, Cumi-cumi, Telur Durian
47 Stroke Kanan: Daging, Mie Instan, Garam, Soda, Terasi, Petis, Siput Udang, Cumi-cumi, Telur Durian
48 Tumor: Sawi Manis

Kredit too:

Wednesday, July 2, 2014

Melancung dan Lawati tempat menarik seluruh dunia dengan komputer Anda

Ada orang bernasib baik dapat melancung dan melawat tempat tempat menarik keseluruh dunia dan ada juga yang tidak berpeluang langsung merasainya mungkin atas kekangan keewangan masa atau umur atau lain lain kekangan yang hanya tuan empunya diri sahaja memahami. Tak mengapa jika anda tidak mempunyai peluang tersebut anda boleh jelajah dunia ini hanya dengan mengunakan komputer anda dan ianya tetap menarik dan memberi anda pengetahuan tentang tempat tempat menarik yang anda ingin sangat hendak menjeguknya. Anda hanya perlu mempunyai sebuah komputer bersambungan internet dan sedikit masa untuk menjelajah dan melawati tempat idaman anda.

Bersama ini saya setakan link adress yang sepatutnya anda tujui untuk melawat tempat tempat idaman anda dengan pandagan 360 % dan 3D  yang sangat jelas serta berlatar belakang muzik yang merdu anda perlu pileh dan lawati lah tempat yang anda inginkan. Di sini anda kena ada sedikit kesabaran kerana proses loading yang agak lambat jika kelajuan internet anda berada di tahap siput

Untuk tujuan ini satu laman web khas di sediakan oleh Air Pano anda hanya perlu pilih kawasan yang anda hendak lawati. Untuk lebih menarik gunakan format Full Screen .... Selamat melancung


Tuesday, June 17, 2014

Nak tahu tarikh lahir anda dalam bulan Islam ( Hijrah)

Kita cuma tahu hafal dan sambut tarikh lahir kita dalam tahun masihi sahaja tetapi saya yakin banyak yang tak boleh menjawabnya apabila di tanyakan tarikh tepat kelahiranya dalam tahun Islam atau Hijrah. Kerana kita hanya mengunakan tahun hijrah pada bulan bulan tertentu sahaja seperti semasa bulan Romadhan dan Syawal atau bulan Zulhijjah atau bulan Haji sahaja .

Seperti saya bulan kelahiran mengikut kalendar Islam adalah  pada hari khamis 10 Syawal  tahun 1382 Hijrah. Saya baru tahu dengan pasti kelahiran saya adalah pada bulan Syawal iaitu setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri . Sepatutnya saya menyambut hari jadi saya pada setiap kali hariraya yang ke 10 tentu sahaj meriahkan sebab masih dalam bulan Syawal dan kuih muih banyak lagi pada masa tu. Ini bertepatan lah dari cerita ayah saya bahawa nama saya di ambil dari Johan Qari musabaqah Al quran tahun 1963 iaitu Ismail Hashim . Cuma yang saya pelik kenapa Hashim tidak Ismail . Untuk pengetahuan anda musabaqah Al quran pada masa itu di buat pada malam 10 terakhir Romadhan. Tidak seperti sekarang di buat lebih awal iaitu dalam bulan Syaaban ,



Tapi malang doktorin kita menyambut harijadi pada bulan Masehi telah di ajar dari sejak kecil dengan tiupan lilin kekal hingga sekarang . Cuma kebelakangan ini saya nampak ada perubahan dengan bacaan doa tetapi tarikhnya masih kekal dengan bulan Masehi.

Untuk tujuan semakan kepada yang anda berminat nak tahu harijadi anda dalam bulan islam ( Hijrah) Sila rujuk di Kakulator Falak  yang di sediakan oleh pengedali blog (al-athfar.blogspot.com) anda akan dapat jawapannya  dengan tepat termasuk umur anda dalam hitungan hari tahun dan bulan  lengkap.


Kredit to : http://al-athfar.blogspot.com/

Sunday, June 15, 2014

Salah faham tentang harga laptop yang di iklankan dan yang saya jual

Setiap kali ada orang nak membeli komputer mereka selalu membandingkan harga yang saya berikan dengan harga yang di iklankan di pamplet pamplet yang di selit di surat khabar. Memang jauh lebih murah dari harga yang saya tawarkan tapi tahukah mereka itu hanya tarikan iklan tentu sahaja. Peniaga sengaja meletak harga paling rendah untuk menarik perhatian anda pergi kekedainya. Dan bila anda pergi  kekedainya tenyata anda akan mendapat jawapan ini.

1. Yang murah tu dah kehabisan stok la bang
2..Abg terlambat sedikit sahaja orang lain dah ambik
3. Dan yang paling mengejutkan iklan yang murah tu sebenarnya memang laptop out of date atau memang yang paling minima justifikasinya.

Sebagai panduan disini saya senaraikan bagaimana harga laptop boleh di manipulasikan oleh peniaga
1. Mereka meletakan harga laptop sahaja tanpa OS (Windos) atau Free DOS
2. Mereka meletak kan harga laptop sahaja dengan crack OS
3. Mereka hanya meletakan harga laptop dengan mengurangkan spesfikasi RAM, HD atau fungsi lain
4. Mereka hanya meletakkan laptop yang telah tidak ada lagi di pasaran
5. Laptop cantik pada rupa sahaja tapi banyak yang tidak berfungsi

Jadi AWAS jangan terpedaya dengan harga murah kerana kesilapan anda membeli akan menjadikan komputer anda hanya sebuah mesin taip biasa sahaja dengan pelbagai problem yang bertinmpa timpa .

Saya bagi contoh jika anda boleh dapatkan sebuah laptop dengan harga RM1300  apakah mungkin didalamnya mempunyai OS ori kerana harga OS ori sahaja mencecah 480 ke 580 untuk version tertinggi. Tak mungkin harga laptop anda hanya sekitar  RM720 jika di tolak harga OS orinya. Tentu sahaja dengan harga sebegitu OS nya dari jenis Crack sahaja. Saya gerenti sebulan sahaja anda mengunakanya masalah mula timbul samada ianya menjadi gelap atau menjadi tersangat lembab dan mungkin ada fungsi tertentu akan mengalami kegagalan.

Sebab itulah harga yang saya tawarkan agak mahal kerana saya akan pastikan semua pembeli yang membeli dengan saya mendapat laptop yang berkuasa dan berfungsi sepenuhnya dan yang paling mustahak mempunyai OS (Windows) yang original disamping saya akan menjaga laptop anda selama setahun jika anda mengalami apa apa masalah. Dan yang paling penting anda tidak akan di tipu.

Saya ingatkan di sini membeli sebuah komputer bukan seperti membeli sebuah TV nampak sama dan cantik tapi sebenarnya apa yang ada didalam laptop anda tidak sama seperti yang anda harapkan. Cuba fikirkan sendiri kenapa sesuatu barang itu menjadi murah atau terlalu murah kalau tidak ada penyebab kepada kemurahanya.

Falsafah saya
Kalah membeli menang memakai
(Sebagai bukti semua laptop yang saya belikan untuk anak saya bertahan sehingga mereka tamat belajar di Universiti)