Sunday, April 19, 2015

Jadikan IPhone atau SmartPhone ada sebagai WIFI bergerak

Hari ni saya nak cerita bagaimana menjadikan IPhone anda sebagai WIFI bergerak untuk memungkin kan anda acces enternet anda pada Laptop atau IPad walau di mana anda berada dengan bantuan telefon anda. Disini saya hanya tunjukan kepada penguna IPhone dan telefon lain juga boleh melakukanya dengan mencari pesan Personal HotSpot pada menu setting hanphone anda

Untuk mengatikan supaya ianya menjadi WIFI bergerak ikuti langkah berikut

1. Masuk ke menu setting (dapatkan menu seperti gambar di bawah)
2. Pilih personal Hotsport
3. ON kan butang personal hotsport
4. Bena pasword anda sendiri
5. Selesai




Sekarang cuba anda sambungkan wifi laptop anda ke Hotspot Iphone anda.
Setelah laptop anda dapat kesan Hotspot Iphone anda anda bolehlah mula ber WIFI sepuasnya
Cuma pastikan datanya mencukupi
Mungkin ada sedikit perbezaan untuk penguna Smartphone lain tapi asasnya tetap sama

Sunday, February 1, 2015

TAYAR dan Anda

Ini adalah kod  tayar kereta anda






Ini makna yang tersirat di dalamnya

Info @ Maklumat

Bila , kita  tukar tayar kereta,tahukah anda samada  tayar itu tayar baru atau tayar  yang dah (Expired)

Untuk panduan lihat contoh di bawah;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..


Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua..

kredit to ;Artikel asal 

Saturday, December 20, 2014

Kenapa baiki komputer atau lap top lama lebih mahal

Masalah utama saya dalam membaiki komputer adalah bila pelangan saya membawa sebuah komputer lama untuk dibaiki. Bagi yang tak memahami teknologi komputer mereka berangapan semua komputer adalah sama . Tapi sebenarnya dalam teknologi komputer masa 6 bulan sudah memadai untuk komputer itu akan menjadi bahan sejarah . Teknologi komputer amat pantas bergerak dan meningalkan yang lama di muzium.


Ada diantara komputer yang di hantar masih boleh di baiki jika taraf ketingalannya tidak terlalu jauh berbanding versi terbaru yang di keluarkan. Ketingalanya bukan sahaja di ukur dari pembaharuan OS malah lebih ketara pada perangkat hadware yang di milikinya. Contoh paling senang adalah masih ada yang mengunakan Window ME atau XP sedangkan kehendak OS sekarang adalah Windows 8 malah telah di ura urakan akan muncul Windows 10.  Kita baru sahaja nak mula mesra dengan Windows 8 akan muncul pula Windows 10. Lihatlah bagaimana OS bergerak kedepan malah untuk seiring dengan pegerakan ini Hadware komputer juga bergerak pantas agar seiring denganya perekembangan OS.

Disini saya bandingkanVersion Windows XP dengan Windows 8.1 dan hadware yang di bawanya.

Versi Lama                                                      Version   Terbaru
Windos XP                                                     Windows 8,1
RAM 256 MB  - 1G                                       RAM 2 GB -8 GB
HD IDE  80 G -160 G                                     HD SATA  1 TB- 2TB
Prosesor Pentium3 -P4                                     Prosesor I3 ,I5& I7
32 bit                                                               32 & 64 bit


Itu hanya sedikit dari perbandingan OS dan Hadware yang saya tunjukan , sebenarnya ada pelbagai lagi perbezaan teknikal yang boleh anda lihat jika anda memahami komputer. Disini saya hanya membandingkan version lama Windos XP tidak pada window yang lebih lama seperti Windows 3.11 atau lebih rendah dari itu

Berbalik kepada soalan utama kenapa kos untuk membaiki komputer lama lebih mahal dari yang baru?
Jawapannya adalah di sebabkan  oleh amat susah untuk mendapat barang ganti bagi komputer lama tersebut malah mungkin sudah tidak ada lagi di pasaran. Contoh paling mudah adalah amat susah bagi mendapatkan alatganti HD dari jenis IDE berbanding HD SATA begitu juga bagi mendapatkan RAM dari jenis SDRAM berbanding DDR RAM malah dalam version DDR sahaja  pun amat susah bagi mendapat kan RAM generasi DDR1 dan DDR2 berbanding DDR3.Jika ada pun harganya sangat mahal.

Sebab itulah jika ada yang membawa laptop zaman Fiaun saya syorkan di simpan sahaja sebagai perhiasan kerana kos membaikinya membolehkan anda membeli sebuah laptop baru. Tapi jika anda sangup membayarnya saya akan usahakan membaikinya, itupun bergantung kepada jika saya boleh mendapatkan barang gantinyadi pasaran.



Wednesday, December 10, 2014

Apa makna ralat Error Code: 0xC0000005 semasa proses setup Windows



EROOR COD 0xC0000005


Pernah tak anda mengalami masalah ini apabila anda mula nak setup  computer anda.  Komputer  anda akan mengeluakan arahan error  code tertentu dan yang paling kerap atau biasa di dapati adalah arahan Error Code: 0xC0000005




Dengan arahan penuhnya begini:
(Windows installation encountered an unexpected error. Verify that the installation sources are accessible, and restart the installation. Error Code: 0xC0000005.)

Jika anda mengalami arahan code begini  . ini bermakna ia selalunya berkaitan kegagalan Hardware atau  Syarat minimal untuk anda setup Windows 8 atau windows 7  tidak mencukupi  iatu berkaitan RAM atau kelajuan prosesor anda . Jika semua syarat minimal telah di penuhi  ada kemungkinan ianya berkaitan kegagalan hadware pula.

Anda  bolehlah  memeriksa kemungkinan 3 kegagalan hadware di bawah
1. Kerosakan media installer. (DVD palayer atau DVD ROM)
2. Kerosakan  memori RAM.
3. Kerosakan Harddisk drive.

Wednesday, December 3, 2014

Bolehkah anda dapat Komputer murah degan OS Windows original ?????

Saya rasa kagum jika seseorang mengatakan dia boleh mendapatkan sebuah komputer atau laptop dengan harga di bawah RM 1300 dan mendakwa OS nya adalah Original. Saya telah cuba memasang dengan spek paling minima tapi masih gagal mendapat harga tersebut jika berbekalkan OS original. Kecualilah degan OS crack atau cetak rompak. Tapi jika anda mendaptkanya dengan harga semurah ini dan OSnya ori saya tabik spring kepada anda kerana pada saya misti ada tak kena dengan OS atau spek komputer tersebut.




Mari kita buat kiraan mudah..


Harga dan pakej Windows 7

• Windows 7 Ultimate – RM648.00 • Windows 7 Professional – RM478.00
• Windows 7 Home Premium – RM368.00
• Windows 7 Starter – RM148.00
 (Windows 7 boleh didapati dalam versi 32bit (x86) dan 64bit (x64)).  


Harga dan pakej Windows 8
 Windows 8.1  - RM550,
Windows 8 versi PRO - RM880. 

Bayangkan jika anda boleh mendapatkan sesebuah komputer di bawah RM 1300 apakah jenis OS yang dia gunakan. Untuk mendapatkan original windows anda kena mengambil kira harga OS dan haga basic komputer tersebut (Harga Komputer + OS yang di gunakan)

Contoh untuk windows 8.1
Harga OS dia sahaja 550 + harga komputer)
Jika harga komputer tu 1300 adakah mungkin harga laptop anda hanya 750 sedangkan harga prosesornya sahaja adalah RM 480 ke 650
(1300-550= 750)


Contoh untuk windows 7 Ultimate
Harga OS dia sahaja 648 + harga komputer)
Jika harga komputer tu 1300 adakah mungkin harga laptop anda hanya 652 sedangkan harga prosesornya sahaja adalah RM 480 ke 650


(1300-648= 652)

 Cubalah anda kira OS lain pula kecuali untuk nettbook yang mengunakan Windows 7 starter

Jadi saya berpendapat jika inilah harga komputer yang anda dapat OS nya berkemungkinan besar adalah dari OS Crack atau cetak rompak. sudah barang tentu anda akan mengalami masalah apabila mengunakannya dalamn tempoh 30 hari sahaja.

Setakat ini sudah beratus komputer murah yang saya repair semua hanya di bekalkan OS windows Crack atau cetak rompak. Belum jumpa lagi komputer yang murah ni di bekalkan  OS original



BERHATI HATILAH DENGAN TAWARAN MURAH KOMPUTER