Wednesday, January 10, 2024
Sunday, March 6, 2022
Informasi terbaru dan terkini dalam akaun TikTok Hashim Therashid
Sesiapa yang masuk ke blog saya ini bolehlah dapatkan informasi terkini dunia melalui akaun TikTok saya di Hashim Therashid TikTok
Tuesday, October 6, 2020
Ukuran tahun cahaya
Seperti yang kita tahu jarak antara Bumi dan Matahari adalah 150 juta KM dan dengan kelajuan cahaya jarak dari Bumi kematahari hanya memerlukan 8 minit untuk sampai. Tapi manusia masih belum dapat mencipta roket yang mempunyai kelajuan cahaya.
Untuk menyukat sesuatu yang terlalu jauh saintis biasanya mengunakan sifir kelajuan cahaya atau lightyear
Kelajuan cahaya adalah 299.792.448 kilometer sesaat (300 ribu km/sesaat ) cuba kira berapa KM jarak yang di tempuh cahaya jika ianya selama seminit sejam sehari sebulan dan setahun. Kerana itulah saintis mengunakan tahun cahaya untuk mengukur jarak bintang dan galaksi yang berada sangat jauh dari bumi
Bintang yang terdekat dengan bumi, Proxima Centauri, cahayanya mengambil masa kira- kira 4 tahun cahaya untuk sampai ke bumi. bayangkan berapa trilion KM jaraknya
SIFIR MUDAH
Cahaya bergerak pada kelajuan C= 299 792 458 m/s
Ini bermakna;
1 tahun cahaya = ≈ 9.461 Trillion kilometer
Jika 4 tahun cahaya kalilah dengan 4
Itu bintang terdekat yang kita lihat cahayanya itu yang sebenarnya cahaya 4 tahun dahulu,
NASA mengumumkan mereka menemui tujuh eksoplanet seumpama bumi di sistem Trappist-1. Ketujuh-tujuh planet ini dipercayai mempunyai cecair yang membolehkannya menampung kehidupan. Menurut NASA lagi Trappist-1 terletak 39 tahun cahaya dari bumi. Jika kita dapat mencipta roket yang berkelajuan cahaya pun kita memerlukan 39 tahun untuk sampai kesana.
Jarak antara Matahari dan bumi adalah 8 minit 12 saat cahaya.
Jarak galaksi yang paling hampir dengan bumi Alpha Centauri ialah 4 tahun cahaya.
Manakala jarak bumi dengan planet atau galaksi yang paling jauh yang
boleh kesan dengan peralatan paling canggih masa kini adalah kira-kira
91 bilion tahun cahaya!!! Tu yang kita boleh nampak sebab ada bertrilion galaksi dalam alam ini. Allah sahaja maha mengetahui.
"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al-Quran, 51:47)
Kita pergi kepada Logik Agama Islam
Malaikat diciptakan Allah SWT daripada cahaya. Rasulullah SAW menjelaskan perkara itu menerusi hadis Baginda yang bermaksud: “Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyalaan api dan Adam diciptakan daripada apa yang telah disifatkan kepada kalian.” (Hadis riwayat Muslim)
Jadi dengan kelajuan cahaya malaikat dapat turun dan naik ke bumi dengan begitu pantas
Peristiwa Israq dan Mikraj
Jadi bukan masalah besarlah jika dalam peristiwa Israq dan Mikraj Nabi ke Baitul Maqadis dan naik kelangit dan balik semuala ke bumi hanya dalam satu malam dengan menaiki kenderaan yang berkelajuan cahaya (buraq) Malah Allah boleh buat lebih dari itu jika Allah mahu.
Jarak Bima Sakti ke galaksi terdekat kita Andromeda 2,5 juta tahun cahaya. Keluasan galaksi bima sakti pula adalah 100.000 tahun cahaya. Jumlah galaksi yang telah di temui 2 trilion, yang kita belum nampak tidak di ketahui banyaknya.Menurut iluwan, diperkirakan ada 200 sampai 400 miliar bintang yang ada di galaksi Bima Sakti sahaja , Belum lagi di kira bintang pada galaksi lainya
Untuk melihat berapa luasnya Alam ini kita ikuti kesah malaikat Jibril terbang untuk melihat surga Ma’waa
Telah bersabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibril dengan bentuk yang sangat elok. Jibril mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibril menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.
Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibril pun berkata kepada Allah;
“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku ?”
Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibril; “Tidak”.
Mendengar jawaban Allah, maka malaikat Jibril pun berdiri dan melakukan shalat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah.
Pada setiap rakaat shalat yang dikerjakan oleh malaikat Jibril, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.
Setelah malaikat Jibril selesai melaksanakan shalatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya:
“Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembah-Ku seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Seandainya mereka mengerjakan shalat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaan-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya shalat mereka itu lebih Aku sukai daripada shalatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan shalat itu atas perintah-Ku sedangkan shalat kamu bukan atas perintah-Ku”.
Setelah mendengar hal tersebut, Jibril pun kembali bertanya kepada Allah: “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepada-Mu ?”
Maka Allah berfirman yang artinya: “Ya Jibril, akan Aku berikan surga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.
Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat surga Ma’waa tersebut. Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibril pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju surga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibril adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun.
Maka terbanglah malaikat Jibril selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibril akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata: “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke surga Ma’waa ?”
Maka Allah pun berfirman: “Wahai Jibril, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, niscaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan shalat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
Jadi cuba bayangkan berapa luas alam semesta ni