Negara Israel MusnahTahun 2022 M
>
>Oleh : Lokman Aidi Othman
>
> Negara Israel Baru diasaskan pada tahun 1948 Masehi hinggalah sekarang ini
>.
>
> Persoalannya sekarang, adakah negara ini akan berkekalan hingga hari
>akhirat atau sebaliknya. Masalah ini adalah kuasa penuh lagi mutlak yang
>Maha Mengetahui akan perkara-perkara ghaib , Allah S.W.T. Tetapi jika kita
>perhatikan , semua yang bermula pasti akan berakhir. Russia yang sewaktu
>dahulu megah dan masyhur dengan kuasa dan empayar besar akhirnya runtuh dan
>pecah serta negeri-negeri jajahannya sebuk menuntut kemerdekaan.
>
> Firman Allah Taala di dalam surah al-A’raaf ayat 34 :
>
>“ Bagi tiap-tiap umat ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu , tiada
>dapat mereka minta mengundurkannya dan tiada pula minta mendahulukannya
>sesaat jua pun.”
>
>
> Umumnya telah kita ketahui bahawa perjuangan umat Yahudi sekarang ini
>adalah untuk menuntut dan mencari gali semula binaan ‘Haikal Sulaiman bin
>Daud’. Haikal (rumah ibadat kepada Allah ) binaan Nabi Sulaiman bin Daud
>a.s
>ini telah dibina sejak tiga ratus ribu tahun yang lalu di Palestine di
>Bandar Jerusalem (al-Quds) iaitu di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini.
>
> Mereka beriktiqad bahawa akan datang seorang lelaki yang turun dari langit
>dan akan menghukumi setiap manusia di dunia ini . Lelaki ini akan muncul
>pada akhir zaman, lebih dikenali sebagai Al-Masih Ad—Dajjal , di mana
>Al-Masih akan turun di Haikal Sulaiman ini.
>
> Basam Jarrar di dalam bukunya ‘Zawal Israeli 2022 M , Nubuwah Qura’niah am
>Sodaf Roqomiyah :
>
> “ Setiap agama samawi (Yahudi, Nasrani, Islam) membahaskan tentang zaman
>akan datang. Pembahasan perkara-perkara ghaib ini disampaikan oleh para
>Rasul. Setiap pembahasan itu ada caranya yang tersendiri , di antaranya :-
>
>- Nabi & Rasul mengkhabarkan secara terang
>- Merumuzkan setiap nombor di dalam ayat-ayat Quran tertentu
>- Melalui wahyu
>- Mimpi yang benar dari kalangan Rasul atau selain Rasul
>
>Kejadian –kejadian tentang perkara-perkara ghaib ini ada yang sudah terjadi
>seperti peristiwa Pembukaan Rum dan ada juga yang terjadi selepas dua tahun
>atau selepas beberapa abad / kurun.”
>
> Kita , orang-orang Mukmin wajib mempercayai kitab-kitab terdahulu seperti
>kitab Taurat, Injil dan Zabur tetapi tidak boleh mengambil pengajaran dan
>hukum darinya kerana telah dinasakhkan oleh Allah Taala dengan diturunkan
>Al-Quran .
>
> Berbalik kepada tajuk di atas , cuba kita tafsir dan takwilkan firman
>Allah
>dalam surah al-Isra’ ayat 4 hingga 7 ini yang bermaksud :
>
> “ Telah Kami wahyukan kepada Bani Israel dalam kitab : Sungguh kamu
>berbuat
>bencana dua kali di muka bumi dan berlaku sombong dengan kesombongan yang
>besar(4). Apabila datang janji (seksaan) untuk yang pertama daripada
>keduanya, Kami bangkitkan kepadamu beberapa orang hamba Kami yang gagah
>perkasa, lalu mereka itu mundar-mandir (mencarimu) dalam negeri. Itulah
>janji yang mesti diperbuat (dilakukan)(5). Kemudian Kami kembalikan
>kekuasaan kepadamu dan Kami anugerahi kamu harta benda dan anak-anak dan
>Kami jadikan kamu mempunyai kaum yang banyak(6). Jika kamu berbuat baik;
>nescaya kamu berbuat baik untuk dirimu. Jika kamu berbuat jahat,
>(balasannya) untuk dirimu pula. Maka apabila datang janji (seksaan) yang
>kemudian, (Kami bangkitkan musuhmu) sehingga mereka menghinakan mukamu dan
>memasuki masjid (Baitul Muqaddis), sebagaimana mereka itu telah memasukinya
>pertama kali, lalu mereka membinasakan apa yang mereka kuasai dengan
>kebinasaan (yang hebat)(7).”
>
> Kemudian, kita perhatikan kod 19 yang terkenal sebagai nombor suci dari
>kalangan penganut agama Baha’iyah. Mengenai kod ini, terdapat perselisihan
>pendapat . Antaranya nombor 19 ini adalah asas permulaan tarikh sejarah
>bangsa Yahudi. Ada juga berpendapat bilangan dari ayat suci al-Quran,
>undang-undang Ilmu Falaq dan sebagainya mengikut pandangan mereka
>tersendiri.
>
> Seorang penulis dari Iraq , Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam kertas kerja
>beliau bertajuk ‘Undang-undang Dunia Baru’ :
>
> “ Apabila tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 Masehi , datanglah
>seorang perempuan tua berbangsa Yahudi kepada ibuku ( ibu Muhammad Ahmad
>Ar-Rasyid ) . Beliau menangis di sisi ibuku , lalu ibuku bertanya : Kenapa
>engkau menangis ? Bukankah sekarang ini masa untuk bersuka ria kerana telah
>tertubuhnya negara mu itu ? . Kata perempuan Yahudi itu : Sesungguhnya
>terbinanya , terbentuknya negara ini adalah sebab utama umat Yahudi akan di
>sembelih ( hancur ).”
>
> Kemudian berkata Ar-Rasyid lagi : “ Sesungguhnya aku telah mendengar
>perempuan tua itu mengatakan bahawa negara Israel bertahan selama 76 tahun.
>Pandangan ini merupakan satu ‘ramalan Halli’ di mana ramalan ini sebahagian
>daripada aqidah umat Yahudi.”
>
>
>
>
>
> Sekarang kita cuba buktikan rahsia kod 19 ini dan hubungannya dengan umur
>negara Israel .
>
>1. Umur negara Israel seperti yang kita telah maklum melalui percakapan
>perempuan Yahudi itu selama 76 tahun , iaitu 19 x 14 . Hasilnya kita dapati
>76 tahun mengikut tahun qamariah (tahun bulan) , kerana umat Yahudi
>mengikut
>perkiraan system qamariah yang mana setiap tiga tahun sekali satu bulan
>sebagai tambahan. Jadi kalau pada tahun 1948 Masehi bersamaan 1367 Hijrah ,
>maka kalau ditambah 76 + 1376 bersamaan 1443 Hijrah, berakhirnya umur
>negara
>Israel.
>
>19 x 14 = 76 ( umur negara Israel)
>1948 M ( tahun penubuhan Israel ) = 1367 H
>1367 H + 76 = 1443 H ( akhirnya umur negara Israel )
>
>
>2. Surah al-Isra’ di kenali juga dengan Surah Bani Israel iaitu surah yang
>memperbincangkan tentang akan berlakunya dua bencana atau kemusnahan Bani
>Israel di atas bumi barakah iaitu Baitul Muqaddis.
>
>Firman Allah Taala yang bermaksud :
>
>“ Kami berikan kepada Musa Kitab dan Kami jadikan ia petunjuk bagi Bani
>Israel, supaya janganlah kamu angkat wakil selain dari padaKu(2). Hai
>anak-anak orang yang Kami tumpangkan serta Nuh ! Sesungguhnya dia (Nuh)
>seorang hamba yang berterima kasih(3). Telah Kami wahyukan kepada Bani
>Israel … ” hingga “ …. Maka apabila datang janji (seksaan) yang kemudian
>…”
>(surah al-Isra’ : 3 – 7 ) .
>
>Kesimpulannya , Bangsa Yahudi ini akan melakukan dua kerosakan iaitu:
>
>1. Bencana Pertama : sebelum zaman Islam
>2. Bencana Kedua dan Terakhir : iaitu Negara Israel yang ditubuh
> Pada 1948 M di Palestine.
>
>Di sini cuba kita perhatikan ayat 2 : “ Kami berikan kepada Musa Kitab …”
>hingga ayat 104 : “ … Maka apabila datang janji akhirat, Kami kumpulkan
>kamu
>sekalian.” , kita akan mendapati bilangan kalimat ialah 1443 kalimat iaitu
>angka yang telah kita kira di atas tadi ( no. 1 ) iaitu :
>
> 1376 + 76 = 1443
>
>
>
>
>3. Rasulullah s.a.w berhijrah pada tarikh 20/9/622 M mengikut pendapat Ibn
>Az-Zohiri. Sesungguhnya ulama’ bersepakat bahawa peristiwa Isra’ berlaku
>setahun sebelum hijrah Baginda s.a.w iaitu tahun 621 M.
>
>
>
>4. 935 SM -------------------- 1 M -------------------- 621 M
>-------------------- 2022 M
> { permulaan { Awal { Tahun
>{ 1443 H }
> bencana taqwim Peristiwa
> { Bencana
> pertama } Masehi } Isra’ }
>kedua }
>
>
>935 SM (sebelum masehi) adalah tarikh kewafatan Nabi Sulaiman a.s dan
>kerajaan umat Yahudi berpecah kepada 2 kerajaan dan bermulanya bencana
>pertama bagi umat Yahudi seperti yang terkandung di permulaan surah
>al-Isra’ (ayat 2) pada tahun 935 SM ini juga.
>
>Bencana kali kedua dan terakhir yang menimpa umat Yahudi adalah pada tahun
>2022 M bersamaan 1443 H.
>
>Bilangan tahun dari mulanya bencana pertama hingga peristiwa Isra’ adalah
>1556 tahun shamsiah (tahun matahari – Masehi).
>
>Bilangan tahun dari mulanya peristiwa Isra’ hingga akhir bencana kedua
>adalah 1444 tahun qamariah (tahun bulan –Hijrah).
>
>Kesimpulannya : 1556 adalah bilangan kalimat surah al-Isra’.
>
>Di sini kita akan buktikan dari ayat Al-Quran bahwa tarikh wafat Nabi
>Sulaiman bin Daud pada tahun 935 SM :-
>
># Tiada satu ayat pun di dalam Al-Quran ini membincangkan kewafatan Nabi
>Sulaiman kecuali pada surah as-Saba’ , ayat 14 bermaksud :
>
>“ Setelah Sulaiman Kami wafatkan, maka tiadalah yang menunjukkan atas
>kematiannya, melainkan binatang bumi (anai-anai) yang memakan tongkatnya.
>Setelah ia terlengkup, barulah terang bagi jin-jin, bahawa kalau mereka
>mengetahui barang yang ghaib, tentu mereka tiada tinggal dalm siksaan yang
>menghinakan itu.”
>
>Huruf ‘Fa’ ( sila rujuk Al-Quran untuk keterangan lanjut ) adalah huruf
>‘tertib dan ta’qib’ (tertib dan turutan) iaitu yang mempunyai episod cerita
>tentang Nabi Sulaiman di antara ayat 13 dan ayat 14.
>
>Bilangan huruf dari mula surah as-Saba’ hingga akhir ayat 13 dan sebelum
>ayat membahaskan kewafatan Nabi Sulaiman adalah 934 huruf. Apabila masuk
>huruf ‘Fa’ iaitu huruf tertib dan ta’qib , bilangan bertambah kepada 935
>huruf.
>
>Kesimpulannya : Kewafatan Nabi Sulaiman a.s pada tahun 935 SM sepertimana
>para ahli sejarah merajihkan angka 935 ini di dalam kitab-kitab sejarah
>mereka sendiri . ( Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ) .
>
>
>5. Yahudi mengisytiharkan negara mereka di Palestine pada tarikh 15/5/1948
>M, tetapi kita tidak boleh katakan tarikh 15/5 ini tarikh tertubuhnya
>Israel
>kerana tidak ada majlis perisytiharan sebagaimana majlis isytihar mana-mana
>negara.
>
>Selepas tarikh pengisytiharan itu, tentera Arab telah mengisytiharkan
>peperangan dengan Yahudi kemudian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
>membuat perdamaian genjatan senjata. Maka seluruh negara-negara Arab
>mengikut arahan gencatan senjata pada tarikh 10/6/1948 dikenali ‘Al-Hudnah
>Al-Ula ( Gencatan Senjata 1 ).
>
>Selepas 4 minggu gencatan senjata, berlaku pertempuran lain. Maka sekali
>lagi PBB mendamaikan negara Arab dan tentera Yahudi dengan gencatan senjata
>sekali lagi. Persetujuan dicapai di antara negara Arab pada tarikh
>18/7/1948
>dikenali ‘Al-Hudnah As-Thaniyah” ( Gencatan Senjata 2 ) , demikian itu
>sempurnalah Negara Israel ditubuhkan.
>
>Jadi bilangan hari dari permulaan tubuhnya Israel hingga sempurna
>sepenuhnya
>menjadi Negara selama 38 hari iaitu 19 x 2 .
>
>Kesimpulannya : Jumlah angka tarikh ‘Gencatan Senjata 2’ ialah : 18/7/1948
>iaitu 38 ( 19 x 2 ) .
>
># Permulaan tubuh Negara Israel iaitu pada ‘Gencatan Senjata 1’ pada tarikh
>10/6/1948 . Tarikh 10/6 adalah tarikh akhir ‘Peperangan 6 Hari’ pada tahun
>1967.
>
># Jadi bilangan tahun dari ‘Gencatan Senjata 1’ tahun 1948 hingga Gencatan
>tahun 1967 adalah 19 tahun shamsiah ( Masehi ) dan jika kita tambah 67
>tahun
>qamariah ( Hijrah ) adalah : 67 x 354,376 = 26931,892 hari bersamaan tarikh
>6/3/2022 Masehi .
>
>
>
>
>
>
>
>Surah al-Isra’ dan Berakhirnya Israel kali ke dua .
>
> Bilangan ayat dari surah al-Isra’ ( surah Bani Israel ) adalah 111 ayat .
>Seperti juga surah Yusuf yang mengandungi 111 ayat. Tidak terdapat
>mana-mana
>surah di dalam al-Quran bilangan seperti ini.
>
> Umum kita mengetahui surah Yusuf mengisahkan tentang kehidupan Bani Israel
>, manakala surah al-Isra’ ( surah Bani Israel ) menceritakan tentang
>kehidupan akhir Bani Israel di bumi suci iaitu Baitul Muqaddis.
>
> Kesimpulannya : setelah kita buang beberapa kalimat yang berulang-ulang di
>dalam surah al-Isra’ ini yang menceritakan tentang berakhirnya negara
>Israel
>, kita dapati hanya 67 kalimat sahaja . Setiap ayat di dalam surah al-Isra’
>mewakili satu tahun seperti perkiraan angka 19 ini iaitu 19 x 4 = 67 tahun
>.
>
>
> Demikianlah serba sedikit perbahasan tentang Negara Israel yang mana jika
>kita teliti dan tengok pada hari ini banyak kepincangan ,perbalahan sesama
>mereka baik di kalangan para menteri, ulama’ dan rakyat jelata sendiri.
>Firman Allah Taala dalam surah al-Isra’ ayat 104 , bermaksud :
>
> “ Dan apabila telah datang janji hari akhirat, nescaya Kami datangkan kamu
>dalam keadaan bercampur-baur.”
>
>Segala perbahasan ini adalah merangkumi rumuz nombor atau sistem perkiraan
>nombor . Perkara-perkara ghaib ini hanya pada Allah Taala sahaja kita
>serahkan , cuma sebagai hambaNya kita mampu merencanakan sahaja .
>
> Firman Allah Taala yang bermaksud :
>
>“ Dan bertaqwalah kamu kepada Allah , Allah akan mengajarmu dan Allah Maha
>Mengetahui segala sesuatu.” ( al-Baqarah : 282 )
>
>
>
>sumber rujukan :
>
>1. Al-Quran dan terjemahannya
>2. Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal – Amin
>Muhammad
>Jamaluddin
>3. Nihayah Daulah Israeli 2022 M Hakikah am Sodofah Roqomiyah – Mansur
>Abdul
>Hakim
>4. Zawal Israel 2022 M Nubuwah Qura’niyah am Sodaf Roqomiyah – Basam Nahar
>Jarrar
>5. Qamus Al-Mawrid – Dr. Ruhi Al-Ba’labaki
>
No comments:
Post a Comment