Thursday, November 18, 2010

Jaga komputer dan jaga kesihatan

Selalu Entri pasal penjagaan komputer boring juga kan apakata hari ini saya masukan cara penjagaan kesihatan kita pula dengan kesah khasiat memakan buah buahan

Kasiat Memakan Buah buahan

Banyak hasil penyelidikan menarik mengenai manfaat dan khasiat buah-buahan kepada kesihatan telah dibentangkan sempena kempen tersebut.

“Epal misalnya, boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida.

“Pektin yang terkandung di dalam epal membantu mencegah peningkatan kolesterol di dinding salur darah. Makanlah epal bersama kulitnya kerana 50 peratus vitamin C terkandung di bawah kulitnya,” jelas Yen Sing.

Bagi mereka yang mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur pula, Yen Sing menyarankan pengambilan pisang kerana ia kaya dengan potasium yang boleh membantu membaiki mood.

Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenal pasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.


Anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan itu sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori.

Ramai yang saling menasihati, baik kepada rakan-rakan mahupun anak-anak yang sedang belajar, bahawa pengambilan kismis amat bagus untuk menguatkan daya ingatan.

Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi.


Bekal tenaga

“Kismis mengandungi 35 peratus fruktosa dan 35 peratus glukosa yang merupakan gula semula jadi yang mudah dihadam untuk membekalkan tenaga dengan lebih cepat.

“Oleh yang demikian, pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran penting tetapi ramai yang tidak menyedarinya lantaran tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,” katanya.

Seseorang itu memerlukan 20 gram hingga 35 gram serat setiap hari. Namun, bagaimanakah caranya untuk menentukan keperluan serat yang perlu diambil?

Bagi yang berumur dua tahun ke atas iaitu tiga hingga 18 tahun, pakar mencadangkan pengambilan serat sebanyak 5 gram sehari dicampur dengan usia. Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun memerlukan jumlah serat sebanyak 10 gram sehari.

“Ambillah lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Mulakan dengan mengambil pisang bersama oat untuk sarapan pagi, dua biji kiwi pada waktu tengah hari, yogurt rendah lemak bersama kismis waktu minum teh, sebiji epal pada waktu makan malam dan mangga untuk hidangan pencuci mulu

No comments:

Post a Comment