Teknologi sekarang telah menjadikan DVD dan CD tidak di perlukan lagi untuk anda menonton Movie malah filemnya dalan difinasi tinggi lagi. Anda hanya perlukan sebuah Multi Player, thumdrive atau External HD bagi tujuan tersebut . Semua jenis format video dapat di baca oleh alat kecil ini. Menarik bukan?
Aku menemui alat ini ketika meninjau ninjau pusat IT terbesar di lembah Klang . Mula mula aku agak heran dari mana sumber filem yang aku lihat gambarnya amat jelas sekali di pamerkan di kedai tersebut. Setelah aku bertanya jurujual kedai tersebut dan dia menunjukan aku sumber filem tersebut hanyalah dari satu alat kotak kecil terletak di hujung rak kedai tersebut dan ianya di namakan sebagai Multi Player. aku tak pasti jenamanya tapi ternyata sumber filemnya hanyalah dari kotak kecil itu ,Thum Drive atau External HD malah aku di fahamkan ada beratus ratus koleksi filem dalam external HD teresebut yang kebanyakan bernifinasi tinggi dengan sound system yang menngagumkan sekali.
Dengan mengambil kira muatan External HD sekarang dari 1 terabait 2 terabait dan keatas mungkin beribu filem boleh di masukan kedalamnya apa lagi kalau sekadar himpunan lagu lagu karoke. Dari risikan yang aku buat harganya sekitar RM200 ke 400 sahaja bergantung kepada jumlah format input atau aoutput yang disediakan malah kita boleh menyambung rangkaian internet didalamnya. Cuma anda hanya perlu membeli monitor komputer atau TV sahaja bagi memainkanya.atau menayangkanya untuk menikmati gambar dalam HD pastikan filem dan Monitor tanyangan juga surport HD. Saya syorkan belilah TV atau monitor LCD atau LED bagi kepuasan menonton. Walaubagaimanapun tanyangan ke monitor atau skrin CRT masih boleh di lakukan.
No comments:
Post a Comment