Sunday, May 4, 2014

Awas penipuan CINTA INTERNET melalui Facebook

Pernah tak anda secara tiba tiba di sapa oleh sesaorang yang anda tidak di kenali dengan gambar profil lelaki kacak atau pompuan cantik di Facebook anda menyatakan ingin berkenalan dengan anda. Jika anda aprove request tersebut anda sangat hampir dengan gejala penipuan Cinta Internet yang mengakibatkan sudah ramai orang tertipu denganya. Saya sendiri pernah menerima request sebegini beberapa kali untuk berkenalan dari beberapa wanita cantik terutamanya dari Eropah menyatakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Curiga dengan requst yang tiba tiba saya mencari bahan bahan yang berkaitan penipuan mengunakan internet dan FB . Dari rujukan saya di internet saya dapati mereka ini adalah penipu Cinta Internet yang selalunya di dalangi warga asing. Jika ada dapat request seperti itu jangan di layan kerana ianya adalah bala besar bagi anda nanti. Untuk panduan anda di sini saya senaraikan  ciri ciri penipu internet tersebut



Ciri ciri penipu Cinta Internet
1.Ingin berkenalan dengan anda secara tiba tiba
2.Meletakan gambar pompuan cantik dalam profilenya jika mangsanya lelaki dan jika mangsa pompuan pula profile picturenya adalah lelaki kacak
3.Baru sahaja berkenalan mereka akan katakan suka sangat dengan anda malah menyatakan rindu atau jatuh cinta dengan anda malah memuji muji anda secara berlebihan.
4.Selalunya ianya akan mengatakan emak atau bapanya orang Malaysia dan dia ingin kembali ke Malaysia
5.Dalam masa yang singkat beliau ingin menhantar hadiah kepada anda
6.Hadiah akan yang dihantar dinyatakan  tersangkut di Kastam dan anda perlu membayar wang kastam untuk melepaskan barang tersebut
7.Anda boleh mengenali mereka ini kerana jumlah sahabatnya selalunya tidak banyak kerana dia hanya mendaftar dalam FB untuk menipu anda


AWAS!!!!!!!!! 
Jika anda melayan mereka anda akan secara mudah tertipu dengan membayar wang kastam dan selepas itu mereka tiada akan anda boleh hubungi lagi .
Mangsa mangsa mereka selalunya perempuan atau lelaki yang kesunyian mencari cinta jadi saya nasihatkan janganlah anda percaya rakan internet anda kecuali yang sememangnya anda sudah kenali selama iniharap artikel ini dapat membantu anda

No comments:

Post a Comment