Wednesday, December 8, 2010

6 sebab utama kenapa komputer anda Restart sendiri

Pernah tak anda alami komputer anda akan restart sendiri setiap kali anda ON komputer anda. Sebenarnya ada beberapa sebab tertentu ianya terjadi begitu, anda kenalah periksa satu persatu untuk mengatasinya.
6 sebab utama komputer selalu restart ialah

1.  Prosesor nya kepanasan kerana kipasnya berabuk atau sudah tidak berkeupayaan seperti asal
2.  Power Supply nya tiada berkuasa
3.  VGA Card nya rosak
4.  Hardisk bad sector
5.  RAM rosak
6.  OS sistemya telah corupted

Tuesday, December 7, 2010

Kelajuan cahaya mengikut hitungan Al Quran tepat dengan bukti sains fizik sekarang

 Untuk bandingan
Jarak dari bumi ke matahari 150 juta kilometer
Untuk cahaya matahari sampai kebumi ialah 8.33 minit

Bintang paling dekat dengan bumi adalah kelompok Centauri
dengan roket berkelajuan cahaya untuk kita sampai kesana adalah selama 4.3 tahun kelajuan cahaya
kiralah berapa jauh bintang tu
kelajuan cahaya adalah angaran 300,000 km  sesaat
 
Bukti dari Alquran tentang kelajuan cahaya

Mengetahui besar kelajuan cahaya adalah sesuatu yang sangat menarik bagi manusia. Sifat unik cahaya menurut Einstein adalah satu-satunya komponen alam yang tidak pernah berubah, membuat sebahagian ilmuwan terobsesi untuk menghitung sendiri besarnya kelajuan cahaya dari berbagai informasi .

Seorang ilmuwan matematik dan fizik dari Mesir, Dr. Mansour Hassab Elnaby merasa adanya bukti-bukti dari Alquran yang membuat ia tertarik untuk menghitung kelajuan cahaya, terutama berdasarkan data-data yang disajikan Alquran. Dalam bukunya yang berjudul A New Astronomical Quranic Method for The Determination of the Speed C , Mansour Hassab Elnaby menghuraikan secara jelas dan sistematik tentang cara menghitung kelajuan cahaya berdasarkan redaksi ayat-ayat Alquran. Dalam menghitung kelajuan cahaya ini, Mansour menggunakan sistem yang lazim dipakai oleh ahli astronomi iaitu sistem Siderial.

Ada beberapa ayat Alquran yang menjadi rujukan Dr. Mansour Hassab Elnaby. Pertama, “Dialah (Allah) yang menciptakan Matahari bersinar dan Bulan bercahaya dan ditetapkannya tempat bagi perjalanan Bulan itu, agar kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan ” (Q.S. Yunus ayat 5).

Kedua, ” Dialah (Allah) yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan masing-masing beredar dalam garis edarnya” (Q.S. Anbia ayat 33).

Ketiga, “Dia mengatur urusan dari langit ke Bumi, kemudian (urusan) itu kembali kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun menurut perhitunganmu” (Q.S. Sajdah ayat 5).

Dari ayat-ayat di atas dapat diambil kesimpulan bahawa jarak yang dicapai “sang urusan” selama satu hari adalah sama dengan jarak yang ditempuh Bulan selama 1.000 tahun atau 12.000 bulan. Dalam bukunya, Dr. Mansour menyatakan bahawa “sang urusan” inilah yang diduga sebagai sesuatu “yang berkelajuan cahaya “.

Hitungan Alquran

Dari ayat di atas dan menggunakan rumus sederhana tentang kelajuan, kita mendapatkan persamaan sebagai berikut:

C x t = 12.000 x L ……………(1)

C = kelajuan “sang urusan” atau kelajuan cahaya

t = kala rotasi Bumi = 24 x 3600 saat = 86164,0906 saat

L = jarak yang ditempuh Bulan dalam satu pusingan = V x T

Untuk menghitung L, kita perlu menghitung kelajuan Bulan. Jika kelajuan Bulan kita notasikan dengan V, maka kita perolehi persamaan:

V = (2 x phi x R) / T

R = jari-jari lintasan Bulan terhadap Bumi = 324264 km

T = kala Revolusi Bulan = 655,71986 jam, sehingga diperolehi

V = 3682,07 km / jam (sama dengan hasil yang diperoleh NASA)

Meskipun demikian, Einstein mengusulkan agar faktor graviti Matahari dieliminir terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.

Menurut Einstein, graviti matahari membuat Bumi berputar sebesar :

a = Tm / Te x 360 phi

Tm = Kala edar Bulan = 27,321661 hari

Te = Kala edar Bumi = 365,25636 hari, didapat a= 26,92848?

Besarnya putaran ini harus dieliminasi sehingga didapati kelajuan tepat Bulan adalah

Ve= V cos a.

Jadi, L = ve x T, di mana T kala edar Bulan = 27,321661 hari = 655,71986 jam

Sehingga L = 3682,07 x cos 26,92848? x 655,71986 = 2152612,336257 km

Dari persamaan (1) kita mendapatkan bahawa C x t = 12.000 x L

Jadi, diperolehi C = 12.000 x 2152612,336257 km / 86164,0906 saat

C = 299.792,4998 km /saat

Hasil hitungan yang diperolehi oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby ternyata sangat mirip dengan hasil hitungan lembaga lain yang menggunakan peralatan sangat canggih. Berikut hasilnya :

Hasil hitung Dr. Mansour Hassab Elnaby C = 299.792,4998 km/saat

Hasil hitung US National Bureau of Standard C = 299.792,4601 km/ saat

Hasil hitung British National Physical Labs C = 299.792,4598 km/saat

Hasil hitung General Conf on Measures C = 299.792,458 km/saat

Penutup

Lepas dari benar tidaknya interpretasi yang dilakukan oleh Dr. Mansour Hassab Elnaby, usaha demikian menunjukkan betapa kitab suci Alquran memiliki tantangan bagi para ilmuwan untuk lebih kreatif dan tajam dalam mengungkap fenomena-fenomena alam.

Apa yang disajikan Dr. Mansour Hassab Elnaby merupakan bukti tambahan bahawa Alquran benar-benar datang dari Maha Pencipta, Ingat Alquran di turunkan sejak 1400 tahun lebih dahulu lagi

kredit for
http://smktj.com/ 

Sunday, November 28, 2010

Bukti ayat Alquran Kalam Allah

Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali

MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali

HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali

FAEDAH – 50kali
KERUGIAN – 50 kali

UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali

BALA/MUSIBAH – 75kali
BERSYUKUR – 75 kali

BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali

ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali

MUSLIMIN – 41kali
JIHAD – 41 kali

EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali

KEAJAIBAN – 60kali
FITNAH – 60 kali

ZAKAT – 32kali
BERKAT – 32 kali

MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali

LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali

NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali

KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali

MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali

LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali

BULAN – 12 kali

HARI – 365 kali

LAUTAN – 32 kali

DARATAN – 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45 Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus Peratusan daratan = 13/45 x 100 =

28.88888889 peratus JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus. Masih ragu-ragu? Masuk sini untuk kajian saintis mengenai peratus laut dan darat dari kajian manusia. Sesungguhnya Al-Quran itu benar dan diwahyukan oleh Allah kepada Rasullulah untuk menjadi pedoman umat Islam.

Begitulah kebesaran dan keagungan Allah SWT!!

Kredit for 
http://sabahdaily.blogspot.com

Friday, November 19, 2010

Punca Broadband semakin lama guna semakin lembab

Ada orang sangat gembira apabila ia mula mula menerima dan mengunakan broadband, laju dan cepat sahaja untuk berinternet. lama lama ianya menjadi perlahan dan semakin perlahan sehingga  lembab tahap cipan, kenapa ya padahal bayaran bulanan tetap sama. malah di war warkan sebagai unlimited user.
Perkara ni dah kerap terjadi dan banyak yang merujuk kepada saya tanpa saya pun boleh memberi jawapanya. Selalunya kes kes begini saya sor kan mereka hubungi empunya syarikat broadband tersebut.

Tapi mengikut adik sayalah  (Aker Derashid) yang kaki ber beroadband sakan jawapanya sangat mudah, puncanya ialah kerana anda terlalu banyak mendownload movie, lagu lagu dan apa apa kebenda mengunakan broadband anda, Katanya memang macam ada had sahaja untuk mendownload benda ni. Kerana dari pengalaman dia dah bertukar macam macam broadband semua akan jadi macam ini bila terlalu banyak kerja kerja mendownload di lakukan.

Jadi cara nak atasinya adalah jangan mendownload melalui broadband , gunakan untuk berinternet biasa sahaja dan jika nak mendowload juga gunakanlah streamyx atau pergi ke CC sahaja.

Sumber ... Mat Aker Derashid

Thursday, November 18, 2010

Jaga komputer dan jaga kesihatan

Selalu Entri pasal penjagaan komputer boring juga kan apakata hari ini saya masukan cara penjagaan kesihatan kita pula dengan kesah khasiat memakan buah buahan

Kasiat Memakan Buah buahan

Banyak hasil penyelidikan menarik mengenai manfaat dan khasiat buah-buahan kepada kesihatan telah dibentangkan sempena kempen tersebut.

“Epal misalnya, boleh mencegah dementia (penyakit penyusutan memori) dan percaya atau tidak, ia boleh mencegah kenaikan berat badan. Khasiatnya mampu untuk menurunkan paras kolesterol, menentang kanser dan bertindak sebagai agen antioksida.

“Pektin yang terkandung di dalam epal membantu mencegah peningkatan kolesterol di dinding salur darah. Makanlah epal bersama kulitnya kerana 50 peratus vitamin C terkandung di bawah kulitnya,” jelas Yen Sing.

Bagi mereka yang mengalami kemurungan dan sukar untuk tidur pula, Yen Sing menyarankan pengambilan pisang kerana ia kaya dengan potasium yang boleh membantu membaiki mood.

Pisang turut bertindak sebagai agen antioksida, mengawal tekanan darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan. Buah tropika kegemaran masyarakat Malaysia itu juga dikenal pasti mampu meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, menentang ulser peptik selain melegakan cirit-birit dan juga sembelit.


Anggur yang diproses mengikut teknik pengeringan itu sebenarnya mempunyai khasiat yang lebih daripada sekadar penguat memori.

Ramai yang saling menasihati, baik kepada rakan-rakan mahupun anak-anak yang sedang belajar, bahawa pengambilan kismis amat bagus untuk menguatkan daya ingatan.

Kismis mampu membantu mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung, antipenuaan, antioksida dan antiradang. Si ‘manis yang berkedut’ itu juga menjaga kesihatan kulit, mata dan sistem kardiovaskular. Lebih istimewa, ia juga baik untuk merawat gastrik, saluran kencing dan menentang penyakit gusi.


Bekal tenaga

“Kismis mengandungi 35 peratus fruktosa dan 35 peratus glukosa yang merupakan gula semula jadi yang mudah dihadam untuk membekalkan tenaga dengan lebih cepat.

“Oleh yang demikian, pengambilan serat melalui buah-buahan dan sayur-sayuran penting tetapi ramai yang tidak menyedarinya lantaran tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,” katanya.

Seseorang itu memerlukan 20 gram hingga 35 gram serat setiap hari. Namun, bagaimanakah caranya untuk menentukan keperluan serat yang perlu diambil?

Bagi yang berumur dua tahun ke atas iaitu tiga hingga 18 tahun, pakar mencadangkan pengambilan serat sebanyak 5 gram sehari dicampur dengan usia. Sebagai contoh, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun memerlukan jumlah serat sebanyak 10 gram sehari.

“Ambillah lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Mulakan dengan mengambil pisang bersama oat untuk sarapan pagi, dua biji kiwi pada waktu tengah hari, yogurt rendah lemak bersama kismis waktu minum teh, sebiji epal pada waktu makan malam dan mangga untuk hidangan pencuci mulu