Saturday, January 29, 2011

Punca bateri Lap Top cepat kong (habis hayat ,kuasa atau rosak)

Ada beberapa sebab tertentu menjadi punca kepada korosakan bateri lap top anda namun untuk menentukan secara pasti apakah puncanya sangat sukar di pastikan kerana ianya juga bergantung kepada kualiti bateri komputer itu sendiri. maknanya selain faktor luaran jenis bateri itu sendiri memain peranan kepada ketahanannya. Bateri juga mempunyai kuasanya selama 2 jam 6 jam 8 jam malah 12 jam bergantung kepada jenis bateri berapa cell yang anda gunakan. Harganya bergantung kepada berapa cell beteri anda selain bergantung kepada jenama yang di gunakan

Sesebuah bateri sebenarnya mempunyai jangkamasa berkuasa atau hanyatnya tersendiri selain dari berbeza kekuatan kuasa atau prestasi berapa lama ianya boleh menyimpan tenanga pada setiap kali di cas penuh .
Kalau kita rajin meneliti katalog mengenai bateri biasanya ianya akan tertulis berapakah susutan hanyat nya dari bulan kebulan malah apabila ianya mencapai setahun. Saya syorkan anda mengunakan softwarevBatery bar untuk melihat susutnilai kapasiti bateri anda samada melalui kuasa mWh persent atau full lifetime nya .

Mari kita lihat apakah langkah awal yang sepatutnya di lakukan bagi memastikan bateri laptop anda tahan lama

1. Cas pertama .. Sangat mustahak bagi anda memastikan anda mengecas bateri anda pada kali pertama sekurang kurangnya 6 jam dan sebaik baiknya selama 8 jam . Anda kena cas selama itu walaupun indicatornya sudah menunjukkan full cas. Cas kali pertama adalah bagi memastikan bateri anda dapat menyediakan ruang untuk cas yang akan datang.

2. Tidak seperti cas kali pertama untuk cas selanjutnya anda kena tutup selepas ianya penuh jangan di biarkan berlebihan kerana ianya akan merosakan bateri anda. Jangan cas bateri anda kemudian anda tertidur sampai pagi ianya akan melemahkan terus bateri anda

3. Pastikan anda mengecas bateri anda setelah ianya benar benar habis kerana setiap kali anda cas bateri anda jangkahanyatnya akan menyusut beberapa peratus ini bermakna lagi kerap anda mengecas lagi pendeklah jangkahayat bateri anda. Petuanya kurangkan mengecas tanpa sebab

4. Jangan gunakan laptop semasa anda tengah mengecas maksudnya jangan dalam masa yang sama anda guna karen dan bateri. Cas masa anda tak gunakan.

5. Jangan letak bateri komputer anda di tempat yang panas dan juga di tempat yang terlalu lembab

6. Jangan tak gunakan bateri anda melebihi 2 minggu di biarkan terperap sahaja

7. Jika anda nak memasang laptop anda dalam jangkamasa yang lama gunakan karen terus sahaja tanggalkan bateri laptop anda

8. Jangan biarkan bateri anda jatuh terhempas

9.  Jangan beli bateri yang anda tahu murah dan tidak berprestasi tinggi

10. Jika penjual bateri tersebut tidak berani bagi jaminan melebihi 6 bulan ini bermakna bateri tersebut tidak berkualiti

11. Jangan beli bateri second hand yang dah tentu tiada jangkahayat lagi

12. Jangan main games mengunakan bateri jika nak main game gunakan karen turus

13. Jika anda mengunakan maksimum pengunaan eloklah mengunakan karen terus tanggalkan bateri laptop     anda


Terusterang saya katakan saya sudah mengunakan laptop saya setahun dan bateri saya hanya susut 5 % jangkahayatnya sepanjang pengunaan nya, petuanya mudah sahaja saya mengamalkan apa yang saya tulis diatas


Friday, January 28, 2011

Kenapa chager laptop anda rosak

Kebelakangan ini banyak yang jumpa saya minta saya belikan chager laptop mereka kerana tak berfungsi atau dengan kata lain tak boleh nak cas. Kalau ikutkan biasanya sukar untuk berlaku kerosakan pada chager tapi memandangkan dah ada banyak rungutan mengenainya disini saya turunkan beberapa petua pengjagaan chager

1. Selepas habis cas tutup cahger anda pada plug jangan hanya cabut saja dari laptop tetapi pada hakikatnya chager anda sebenarnya terus on kerana anda tidak of pada plugnya  sehingga panas pada kotak penyambung utama chager anda (80 % kerosakan berpunca dari ini)
2. Jangan letak didalam kereta dan biarkan ianya berpanas sehari suntuk didalam kereta anda terutama dekat       dengan dashboard kereta anda untuk kebaikan simpan di boot kereta anda yang lebih terlindung
3. Jika anda bawa lap top anda kemana mana dan hari hujan jangan anda hanya jaga laptop saja dari termpias     hujan , chager anda juga perlu di jaga dari basah
4. Kesalahan yang selalu di buat adalah chager anda terjatuh dan terhantuk pada benda keras semasa anda           bawa atau mengheret lap top anda sewaktu kelam kabut  nak cepat nak kemana tah
5. Chager anda di sambung pada plug yang dah tak stabil atau dah nak rosak masih boleh di guna tapi
     karennya tersekat sekat sampai mengeluarkan bunyi berdecet
6. Masa mencucuk pada sambungan lap top anda terlalu ganas ini mengakibatkan kaki chager anda patah
7. Kaki laptop juga boleh patah atau bengkok jika anda menarik laptop tanpa mencabut chager darinya

Ingat chager anda sama pengting dengan laptop anda jika anda tak menjaganya ianya juga akan rosak dan untuk mengantinya ada perlu ada antara RM130 ke RM 200 hinggit. jika patah kaki dalam laptop anda belanjanya RM 400 keatas 

Tuesday, January 25, 2011

Jenis jenis Operating System komputer

Sesebuah komputer akan hanya berfungsi dengan adanya Operating System , Kita mungkin hanya pernah mendengar  2 atau 3 OS utama yang ada di dunia seperti Windows, Linux dan Mac sebenarnya ada beberapa lagi OS yang kita tidak tahu malah mungkin tidak pernah mencuba nya pun . Kerana selama ini kita hanya mengenali  OS Windows dengan siri siri windows nya  dan ada  juga sedikit yang tahu  dan mengunakan OS Linux. dengan version version tertentu seperti ubuntu dan sebagainya.




Terus terang saya katakan saya hanya mengunakan siri windows sejak dulu sehingga sekarang dari windows 3.0 sehingga  windows 7 dan pernah mencuba siri Linux semasa belajar Tecnitions komputer di EDI dahulu. Ternyata saya lebih selesa mengunakan Windows OS berbanding Linux, Sebelum ujud window 2.0 ,3.0 3.11 saya juga pernah mengunakan DOS ,DOSHELL dan D
di bawah saya senaraikan OS sistem yang ujud di dunia ini mengikut rangking penggunaanya
Jenis jenis OS utama dunia
1. Windows
2. Linux
3. Mac os
4. Unix
5. Dos
6. Solaris
7. Free Bsd
 Semua OS diatas mempunyai logonya tersendiri untuk melihatnya kunjungi facebook Komputer dan anda sales and services

Monday, January 24, 2011

Entri yang paling banyak di lihat di blog saya

Apabila melihat pada stastitik blog saya saya dapati masalah komputer lembab paling banyak di baca dan di cari oleh pembaca blog saya sepanjang tahun lalu ini bermakna banyak orang mengalami masalah komputer lembab dan mencari cara penyelesaianya. Dari perhatian saya ianya banyak di cari mengunakan injin pencari google dan ianya merangkumi para pencari seluruh dunia.

Cuma terus terang saya katakan Enri yang saya masukan adalah hanya sekadar mencari cara penyelesainya mengunakan pembersih internet iaitu CClearner tapi sebenarnya ada banyak lagi sofware yang anda perlu tahu jika anda ingin betul betul komputer anda sentiasa di jaga atau laju seperti sediakala. contohnya anda boleh gunakan penghapus Spyware , adware, malware, worm dan spam sofware penyusun fail komputer anda (Defrag) , sofware penjaga fail regestri komputer anda  malah ada software yang boleh membuat semua perkara tersebut dengan sekali gus sahaja seperti Advance windows Care. Anda carilah di internet dan cubalah mana yang paling seuai dengan anda pasti komputer anda tidak lembab lagi.

InsyaAllah di entri lain kali saya akan terangkan satu persatu fungsi software software tersebut.

Hard Disk ATA atau SATA

Sekarang ni kalau kita nak beli Hard Disk baru atau nak menukar nya kerana rosak kita kekedai dan 2 soalan akan ditanya pada kita samada Hard Disk kita itu jenis ATA atau SATA, Jangan tersalah beli anda tidak boleh memasangnya jika anda tersalah beli.

Selalunya jika komputer anda jenis lama ianya selalu mengunakan HD ATA atau dengan kata lain ianya mengunakan kabel IDE untuk menyambunnya sedangkan jika komputer anda jenis generasi terbaru ianya mengunakan serial kabel yang lebih kecil dan laju. Sila rujuk pada Komputer dan anda Sales and Services untuk mendapat gambaran yang lebih jelas.


Satu lagi membezakan HD ATA dan SATA ialah muatan HD tersebut selalunya HD ATA hanya berkemampuan 160 GB sahaja sedangkan HD SATA boleh melebihi  muatan1 TB (terabyte)

Ada juna sesetengah mother board akan mendukong kedua dua jenis  ATA dan SATA jika ini berlaku tidaklah susah bagi anda untuk membelinya. Satu sahaja masalah HD SATA ialah ianya tidak mendukong OS sistem Windos XP 2 kebawah dan anda tak mungkin boleh meng Install windows tersebut ke komputer anda sekiranya anda tidak memiliki kemahiran berbuat dememikian kerana anda terpaksa mencari software untuk SATA surport terlebih dahulu barulah komputer anda dapat mengenali HD yang anda masukan.


Jika berlaku demikian carilah yang mahir atau hubungi saya di facebook