Saturday, January 29, 2011

Punca bateri Lap Top cepat kong (habis hayat ,kuasa atau rosak)

Ada beberapa sebab tertentu menjadi punca kepada korosakan bateri lap top anda namun untuk menentukan secara pasti apakah puncanya sangat sukar di pastikan kerana ianya juga bergantung kepada kualiti bateri komputer itu sendiri. maknanya selain faktor luaran jenis bateri itu sendiri memain peranan kepada ketahanannya. Bateri juga mempunyai kuasanya selama 2 jam 6 jam 8 jam malah 12 jam bergantung kepada jenis bateri berapa cell yang anda gunakan. Harganya bergantung kepada berapa cell beteri anda selain bergantung kepada jenama yang di gunakan

Sesebuah bateri sebenarnya mempunyai jangkamasa berkuasa atau hanyatnya tersendiri selain dari berbeza kekuatan kuasa atau prestasi berapa lama ianya boleh menyimpan tenanga pada setiap kali di cas penuh .
Kalau kita rajin meneliti katalog mengenai bateri biasanya ianya akan tertulis berapakah susutan hanyat nya dari bulan kebulan malah apabila ianya mencapai setahun. Saya syorkan anda mengunakan softwarevBatery bar untuk melihat susutnilai kapasiti bateri anda samada melalui kuasa mWh persent atau full lifetime nya .

Mari kita lihat apakah langkah awal yang sepatutnya di lakukan bagi memastikan bateri laptop anda tahan lama

1. Cas pertama .. Sangat mustahak bagi anda memastikan anda mengecas bateri anda pada kali pertama sekurang kurangnya 6 jam dan sebaik baiknya selama 8 jam . Anda kena cas selama itu walaupun indicatornya sudah menunjukkan full cas. Cas kali pertama adalah bagi memastikan bateri anda dapat menyediakan ruang untuk cas yang akan datang.

2. Tidak seperti cas kali pertama untuk cas selanjutnya anda kena tutup selepas ianya penuh jangan di biarkan berlebihan kerana ianya akan merosakan bateri anda. Jangan cas bateri anda kemudian anda tertidur sampai pagi ianya akan melemahkan terus bateri anda

3. Pastikan anda mengecas bateri anda setelah ianya benar benar habis kerana setiap kali anda cas bateri anda jangkahanyatnya akan menyusut beberapa peratus ini bermakna lagi kerap anda mengecas lagi pendeklah jangkahayat bateri anda. Petuanya kurangkan mengecas tanpa sebab

4. Jangan gunakan laptop semasa anda tengah mengecas maksudnya jangan dalam masa yang sama anda guna karen dan bateri. Cas masa anda tak gunakan.

5. Jangan letak bateri komputer anda di tempat yang panas dan juga di tempat yang terlalu lembab

6. Jangan tak gunakan bateri anda melebihi 2 minggu di biarkan terperap sahaja

7. Jika anda nak memasang laptop anda dalam jangkamasa yang lama gunakan karen terus sahaja tanggalkan bateri laptop anda

8. Jangan biarkan bateri anda jatuh terhempas

9.  Jangan beli bateri yang anda tahu murah dan tidak berprestasi tinggi

10. Jika penjual bateri tersebut tidak berani bagi jaminan melebihi 6 bulan ini bermakna bateri tersebut tidak berkualiti

11. Jangan beli bateri second hand yang dah tentu tiada jangkahayat lagi

12. Jangan main games mengunakan bateri jika nak main game gunakan karen turus

13. Jika anda mengunakan maksimum pengunaan eloklah mengunakan karen terus tanggalkan bateri laptop     anda


Terusterang saya katakan saya sudah mengunakan laptop saya setahun dan bateri saya hanya susut 5 % jangkahayatnya sepanjang pengunaan nya, petuanya mudah sahaja saya mengamalkan apa yang saya tulis diatas


2 comments:

  1. bagimana nk tahu jangka hayatnya seperti yang encik tulis "susut 5% jangkahayatnya"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunakan softwarevBatery anda akan tahu nilai susutnya

      Delete