Sunday, December 15, 2013
Wednesday, December 11, 2013
Atasi masalah Windows 7 pada Laptop anda terlalu slow (lembab)
Anda mempuyai laptop yang minima kekuatanya (Spesifikasinya) dan ianya di isi mungkin dengan Windows 7 Ultimate. Profesional atau Home. Lama kelamaan ianya menjadi tersangat lembab . Kenapa ?
1. Mungkin kerana komputer anda di masuki Spyware ,Adware atau Wom atau segalah sampah internet
2. Komputer anda terkena serangan Virus
3. Komputer anda memang dah tua memang lah makin lembab.
4. Dah beli komputer murah tentulah spesifikasi juga rendah
(Jika spesifikasi komputer anda memang tinggi tapi lembab ... format semula untuk kekal kelajuan)
Cara penyelesaian paling mudah adalah anda bertukar ke Windows Starter.
Ya sebenarnya Windows Starter sangat ringan kerana ia di bena untuk komputer yang paling minimal spesifikasinya. sebab itulah kebanyakan Netebook hanya mengunakan Windosw Starter. Ianya lebih kepada hanya untuk menjalankan fungsi windows dengan beberapa kekurangan yang mungkin tidak di perlukan anda pun. Apalagi jika anda hanya perlukan komputer untuk berinternet , menaip mencetak dan sebagainya yang berkaitan kerja anda sahaja.
Apa guna anda mengunakan Windows yang lebih tingi jika komputer anda bergerak macap siput. Tetapi bagi yang memang sudah membeli komputer dengan berspesifikasi yang tinggi pengunaan Windos Ultimate sangat lah memuaskan hati. Apa yang saya ceritakan ini adalah untuk yang memiliki komputer bersifikasi rendah tapi inginkan kelajuan berkomputer. Carannya bertukarlah ke Window 7 Starter... Sangat berbaloi..cubalah
Kita lihat jika anda mengunakan windows 7 Starter apa yang kekurangan cumalah
1. Windows 7 Stater tidak mempunyai fungsi “personalize” untuk tukar visual style dan sound.
2. Tidak boleh tukar wallpaper
3. Tidak mempunyai fungsi Taskbar Thumbnail pada Superbar
4. Tiada versi 64-bit, tiada sokongan kepada XP Mode dll
untuk perbandingan yang lebih detail sila rujuk disini
Windows 7 edition comparison char
Ok sekarang cuba anda fikir nak biarkan komputer anda terus lembab ke nak yang laju. tak le sakit hati

Cap jari sebagai ganti Punc Card...Benarlah ayat ayat Alquran
Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَجْمَعَ عِظَامَهُ . بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ
"Apakah
manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali)
tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung
jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).
Hari ini 11.12.13 bermula lah era baru kami di Pejabat Lembaga Koko Malaysia Hilir Perak kerana mengunakan cap jari sebagai ganti Punc Card yang telah saya gunakan sejak 30 tahun dulu . Semasa mendaftar cap jari saya teringat lah tentang ayat berkaitan Cap Jari dan kebenaran Al Quran mengenai manusia yang mempunyai Identiti sendiri melalui cap jari masing masing, malah keseluruhan cap jari mereka tidak lah sama sejak nabi Adam tercipta sehingga kini . Bayangkan berapa bilion manusia telah hidup dan Allah ciptakan mereka mempunyai cap jari yang berbeza beza. bukan satu jari malah kesepuluh sepuluh jari mereka tidak sama antara satu sama lain apa lagi dengan jari jemari manusia lain.
Kalau kita lihat ayat diatas Allah mencabar manusia bahawa dia dapat menghidupkan kembali manusia seperti asal selepas kematian walau selepas jasad telah hancur luluh dan di makan bumi malah sangat mudah baginya mengembalikan jari jari mereka kepada pemilik asalnya walau setelah bercampur baur atau hancur sepenuhnya.
Saintis menkaji kenapa Allah menekankan hal jari jemari didalam ayat tersebut ;
"Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna"

dan dari sinilah mereka medapati bukti bahawa cap jari manusia tidak sama sejak dari Nabi Adam sehingga sekarang. Dan Al Quran telah menyebut 1400 tahun dahulu di dalam Al quran yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maha suci Allah yang menurunkan AlQuran
Terus terang saya katakan kalau manusia itu cerdik dan mahu berfikir secara waras apa yang di sebut dalam Alquran ternyatalah Al Quran bukanlah ciptaan Muhammad tapi adalah Wahyu dari Allah kerana banyak perkhabaran gaib yang tak tercapai akal manusia terdapat didalamnya di khabarkan. Dengan sendiri kita boleh tahu bahawa Al Quran itu benar, Muhammad itu benar, Dan tuhan yang benar adalah Allah S.W.T
Semuga tulisan ini memberi cahaya bagi yang mahu berfikir
Untuk melihat lain lain perkhabaran AlQuran sila rujuk blog ini
Sunday, December 8, 2013
Tentukan kiblat anda mengunakan Buruj ORION
Masalah menentukan kiblat ada pelbagai cara samada mengunakan kompas dan matahari . tapi bagi saya mengunakan keunikan buruj ORION memudahkan saya menentukan , kerana pengunaan matahari memerlukan cuma bulan bulan tertentu sahaja ketika matahari tepat diatas kaabah sementara pengunaan kompas pula anda perlu tahu titik kordinat yang betul disesuatu kawasan bagi menentukan arah kiblat berpandukan kompas kiblat.
Apakah buruj Orion??
Dikenali sebagai Orion dalam bahasa Inggeris dan Yunani iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba.
Jika dalam bahasa melayu di kenali sebagai Belantik
Belantik adalah nama bagi satu daripada 88 buah buruj di langit. Secara kasarnya, ia terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik iaitu sejenis alat perangkap binatang, misalnya perangkap tikus. Tiga bintang sederet itu dipanggil oleh orang Melayu sebagai Bintang Tiga Beradik.
Oleh sebab Belantik terletak di Khatulistiwa samawi iaitu unjuran Khatulistiwa Bumi di angkasa, buruj ini boleh dilihat dari mana-mana tempat di hemisfera utara dan selatan.
Sebenarnya kalau kita tak kaji sangat kita tak tahu itu merupakan buruj Orion ( pemburu perkasa) setiap malam terang anda boleh mendongak kelangit dan lihat terdapat 3 bintang secara berderet dalam garisan lurus yang bercahaya terang dan jelas. Arah barisan bingtang itu seakan akan menunjuk arah kiblat dan saya sejak kecil mengenalinya sebagai bintang kiblat. cuma anda kena pastikan arah mana kiblatnya dengan mengenali bintang lain di depan atau belakangya. Kegagalan mengenalinya akan membuat arah kiblat anda terbalik 100 peratus. Bersama ini saya sertakan 2 gambar untuk kajian anda sebelum malam nanti anda mendongak kelangit
Ini pandangan yang anda boleh lihat jika anda mendongak kelagit sewaktu malam terang tanpa awan
Ini gambarajah bagi anda menentukan arah kiblat anda (lihat 3 bintang sebaris danlihat kedudukan bintang lain untuk tentukan arah kiblat yang sebenar )
Gambaran Buruj Orion

Wednesday, December 4, 2013
Syarat paling minima untuk Install Windows 8 ke Laptop atau Desktop anda
Banyak orang ingin mencuba Windows 8 dan banyak juga yang bertanya kepada saya apakah syarat paling minima bagi membolehkan window 8 berfungsi setelah di Install ke komputer mereka. Sebagai memenuhi permintaan di sini saya turunkan beberapa syarat paling minima untuk install windows 8
Untuk komputer 32 bit
1. Prosesor bekelajuan sekurang kurannya 1 GHz (gigahertz) atau lebih
2. HARD DISK 16 GB ruang hard disk
3. RAM 1 GB (gigabyte) keatas
4. DirectX 9 grafis perangkat dengan WDDM 1.0 atau lebih tinggi driver.
5. Resolusi monitor setidak tidaknya nya 1024 x 768 pixels.
Untuk komputer 64 bit
1. HARD DISK 20 GBruang hard disk
2. RAM 2 GB RAM keatas
3. DirectX 9 grafis perangkat dengan WDDM 1.0 atau lebih tinggi driver.
4. Resolusi monitor setidak tidaknya nya 1024 x 768 pixels.
5. Kelajuan prosesor komputer 64 bit memang telah tersedia dan memadai
Ingat ini cuma syarat minima untuk dapat kesan yang lebih baik dapatkan komputer yang melebihi syarat minima ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)