Wednesday, December 11, 2013

Cap jari sebagai ganti Punc Card...Benarlah ayat ayat Alquran

 Sungguh Al-Quran adalah firman Allah yang Maha Benar.
 

أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَجْمَعَ عِظَامَهُ . بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ

"Apakah manusia mengira bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-belulangnya? Ya, bahkan Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna." (Al-Quran, 75:3-4).


Hari ini 11.12.13 bermula lah era baru kami di Pejabat Lembaga Koko Malaysia Hilir Perak kerana mengunakan cap jari sebagai ganti Punc Card yang telah saya gunakan sejak 30 tahun dulu . Semasa mendaftar cap jari saya teringat lah tentang ayat berkaitan Cap Jari dan kebenaran Al Quran mengenai manusia yang mempunyai Identiti sendiri melalui cap jari masing masing, malah keseluruhan cap jari mereka tidak lah sama sejak nabi Adam tercipta sehingga kini . Bayangkan berapa bilion manusia telah hidup dan Allah ciptakan mereka mempunyai cap jari yang berbeza beza. bukan  satu jari malah kesepuluh sepuluh jari mereka tidak sama antara satu sama lain apa lagi dengan jari jemari manusia lain.

Kalau kita lihat ayat diatas Allah mencabar manusia bahawa dia dapat menghidupkan kembali manusia seperti asal selepas kematian walau selepas jasad telah hancur luluh dan di makan bumi malah sangat mudah baginya  mengembalikan jari jari mereka kepada pemilik asalnya walau setelah bercampur baur atau hancur sepenuhnya.

Saintis menkaji kenapa Allah menekankan hal jari jemari didalam ayat tersebut ;
"Kami mampu menyusun (kembali) hujung jari-jarinya dengan sempurna
dan dari sinilah mereka medapati bukti bahawa cap jari manusia tidak sama sejak dari Nabi Adam sehingga sekarang. Dan Al Quran telah menyebut 1400 tahun dahulu di dalam Al quran yang di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maha suci Allah yang menurunkan AlQuran



Terus terang saya katakan kalau manusia itu cerdik dan mahu berfikir secara waras apa yang di sebut dalam Alquran ternyatalah Al Quran bukanlah ciptaan Muhammad tapi adalah Wahyu dari Allah  kerana banyak perkhabaran gaib yang tak tercapai akal manusia terdapat didalamnya di khabarkan. Dengan sendiri kita boleh tahu bahawa Al Quran itu benar, Muhammad itu benar, Dan tuhan yang benar adalah Allah S.W.T

Semuga tulisan ini memberi cahaya bagi yang mahu berfikir


Untuk melihat lain lain perkhabaran AlQuran sila rujuk blog ini  

No comments:

Post a Comment