Wednesday, January 15, 2014

Cara download Vedio dari Facebook

Anda berminat untuk download dan menyimpan sesuatu vedio dalam facebook yang tiada link ke youtube bagaimana caranya. Mudah sangat

Klik dan masuk pada Vedio kegemaran anda dalam facebook kemudian copy adrees yang terdapat di ruangan adress di bahagian atas facebook anda dan paste kan adres tu ke ruangan dowload adress di  Facebookdowload  


atau ke...
DownVids
FacebookVideoz
SaveVideo.Me

FBDOWN

Saturday, January 11, 2014

Lebih mudah cari posting lama dengan kotak CARI

Oleh kerana posting saya sudah menjangkau ratusan adalah amat sukar bagi sesaorang untuk mecari terus kepada posting yang di perlukan. Untuk tujuan tersebut saya telah meletakan kotak dialog CARI di hujung atas sebelah kanan blog saya untuk memudahkan anda mencari sesuatu mengikut kata kunci yang anda fikirkan. Contoh di gambar screen shoot 1 dibawah hanya saya masukan kata kekunci CARA. blog ini akan mencari dan memilih semua posting saya terdahulu yang mempunyai kata kunci cara sahaja untuk anda pilih dan begitu juga jika anda menaip kata kunci Islam segala posting berkaitan Islam akan tersenarai. Ini akan memudahkan ada mencari posting yang anda inginkan tanpa perlu klik satu persatu atau menekan older posts beratus kali yang sudah tentu membuang masa dan menyukarkan  anda.untuk mencari hanya bahan yang anda perlukan sahaja.

Screen Shoot 1
Untuk lebih detail anda perlu menaip terus posting yang anda perlukan seperti scren shot 2 di bawah. Saya cuba mencari posting yang pa;img lama iaitu "cara buat recover consol " ya blog ini akan terus mencari dan menyiarkan terus posting tersebut. Wahal posting tersebut adalah posting pertama saya yang berda jauh di akhir blok saya yang memungkinkan anda kena menekan older posts beratus kali bagi menemuinya. Tapi ingat jika sesuatu posting itu tak ujud di blog saya anda tidak akan menemuinya..tapi anda boleh menemuinya di lain tempat dengan menekan pada pilehan butang The Web. atau Linked From Here kerana pada pilihan pertama ianya hanya mencari posting dalam pilihan butang This Blog. selamat mencuba


Scren shoot 2


Semoga ini membantu anda

Tuesday, January 7, 2014

Beza filesize (KB) dan file transfer (kb)

Sudah lama anda berkomputer tapi boleh tak anda membezakan ukuran filesize dan filetranfer
Filesize selalu di sukat dalam KB sementara file transfer di sukat dalam kb. Nampak macam sama kan tetapi ianya berbeza kerana satu mengunakan huruf besar dan satu lagi mengunakan huruf kecil
KB untuk KiliByte sementara kb untuk kilobit/sec. Sifir inilah akan menentukan keberkuasan komputer dan berinternet anda


Contoh sifir KB untuk filesize :

  • 1 KB (one KiloByte) = 1024 Bytes
  • 1 MB (one MegaByte) = 1024 KiloBytes
  • 1 GB (one GigaByte) = 1024MegaBytes

    Selalunya ini di guanakan untuk menyukat filesize volume broadband WIFI anda dan nilai muatan cereka keras atau thumbdrive anda
Untuk data transfer pula biasanya diistilahkan dengan bits/sec.

Contoh sifirnya kb seperti berikut
  • 1 kbps = 1.000 bits per second
  • 1 Mbps = 1.000.000 bits per second
  • 1 Gbps = 1.000.000.000 bist per second
kbps (kilobits/sec)  seribu bit per second
Mbps (megabits/sec)  sejuta bit per second
Gbps (gigabits/sec)  semilion bit per second
tbps (terabits/sec)  trillions bit per second
bit di gunakan bagi mengukur kelajuan internet anda

Lihat contoh pakej Broadband ini












Keratan ini saya ambil dari apa yang di tawarkan oleh PortaWIFI Celkom cuba lihat pada ruangan volume iaitu ada 4GB, 6GB dan 10GB  dan pada ruangan speed 21Mbps. Apa yang membezakan harga pakej ini adalah volume GB yang anda miliki sementara speed kekal pada paras yang sama. Sebab itulah jika anda hanya mengambil pakej 4GB sahaja anda akan cepat kehabisan kota sekiranya anda banyak membuat download atau melayan youtube. Selalunya jika anda menghabiskan kota pehak provider akan meminta anda top up atau sekatan akan di buat. Sesetengah provider akan mencantu kelajuanya agar anda tidak menghabiskan kota sebelum bil bulan berikutnya. sebab itulah ada ketikanya anda akan dapati internet anda menjadi tersangat lembab.

Nasihat saya jika anda seorang yang peng download tegar atau suka melayani youtube anda perlulah memilh pakej KB yang paling besar atau Unlimited dan jika anda hanya mengunakan internet untuk melayari laman sosial atau blog blog pakej yang minima sudah memadai.

Sunday, December 22, 2013

Awas THUMBDRIVE tiruan berlambak sekarang

Semalam aku pi lah ronda ronda kat Pasar antik Ipoh di Memory lane atau dikenali sebagai pasar karat dulu. Segala macam benda antik ada di jual di situ dari moto zamam Lambreta , basikal besar tua , vespa , streka arang. peti suara zaman P, Ramlee dan segala macam barang lama boleh di dapati di situ. Harganya boleh tahan dan kalau anda nak memiliki sesuatu barang antik pandai pandailah tawar menawar. Macam contohnya hari tu ada moto besar jenis lama yang tentera jepun pakai tu di jual dengan harga 3 ribu lebih walau pun dah buruk dan berkarat tapi hakikanya antik dan injinnya masih berfungsi. Kalau yang berminat bukan harga jadi penghalangnya. Boleh di katakan jika anda peminat barang lama berkunjunglah kesini..Macam macam ada

Dalam banyak banyak barang antik tu ada juga yang jual benda benda terkini dan paling baru dengan harga yang saya rasa tak logik sekali. sedangkan saya tahu benar harga di pasaran biasa. apa  yang saya maksudkan disini adalah thumbdrive. Jenama Kingston. serta SD memory cadrs jenis Samsung. Bayangkan dengan muatan 64GB atau 128 GB hanya berharga sekitar RM30 ke RM 40 sahaja sedangkan kita tahu harga pasaran sebenaynya lebih mahal dari itu.  Kenapa ianya terjadi  begitu murah..tentu ada sesuatu yang tersembunyikan.. mari kita lihat siapa yang kena.......



Sebenarnya itu adalah Thumbdrive palsu .Walaupun palsu ianya masih boleh digunakan tetapi tidak berfungsi  seperti thumdrive Original. Anda akan dapati beberapa perbezaan kualiti yang ketara jika anda perhatikan betul betul dengan thumdrive ori yang harganya lebih mahal sedikit. itupun jika anda kesah..

Disini saya senaraikan beberapa perbezaanya untuk penelitian anda.

1. Pembungkusanya kurang menarik dari segi kualiti pembalut dan warnanya agak pudar.
2. Bahagian hujung besi yang di cucuk agak pudar warnanya dari thumbdrive ori
3. Ketahananya tidak di jamin seperti thumdrive ori yang di jamin 5 tahun
4. Ada fail fail tertentu tidak akan boleh dan berjaya di simpan didalamnya
5. Terdapat kerosakan fail fail tertentu jika anda cuba menyimpan secara banyak
6. Jika anda mahir anda boleh lihat muatan yang di bawa tidak sama seperti yang di tuliskan
7. Tidak tahan lasak dan mudah rosak dan akhirnya langsung tidak berfungsi

Jika anda sudah terbeli anda masih boleh gunakanya tetapi awas data data anda mungkin akan hilang secara tiba tiba atau thumdrive anda mungkin akan mengalami kegagalan secara total tanpa amaran

Wednesday, December 18, 2013

Tanda tanda Awal Hard Disk Laptop anda mula rosak dan perlu diganti

Tulisan saya sekali ini betul betul berdasarkan pengalaman saya membaiki komputer samada laptop atau desktop. Kerana setiap kali saya membaiki komputer saya akan catatkan simpton , penyakit dan cara penyelesaian yang saya ambil. Dari beratus ratus laptop yang saya telah baiki kebanyakan mempunyai simptom yang hampir sama bagi setiap jenis masalah. cuma sesekali sahaja saya akan hadapi masalah baru yang jarang saya temui. tetapi pada dasarnya dengar sahaja cerita dari mulut  pemguna komputer tersebut saya sudah tahu apakah sakitnya dan cara untuk mengatasinya malah saya juga sudah  boleh memberitahu terus kos yang di perlukan untuk setiap pembaikan tersebut. Jarang sekali telahan saya tidak tepat.

Hari ini saya akan kongsikan  apakah tanda tanda  awal yang menunjukan Hard Disk Komputer anda bermasalah dan patut di ganti. Simpton ini tak pernah lari dari tekaan tepat saya mengatakan Hard disk komputer itu perlu di ganti walaupun saya hanya sekadar  mendegar cerita kerosakan dari penguna saya.

Antara simpton simpton kegagalan Hard Disk:
1. Komputer anda mengambil masa terlalu lama untuk proses booting atau ketika shutdown.
2. Semasa prosess boot ianya tersangkut di sesuatu prasa dengan kadar yang sangat lama
3. Jika anda melalukan proses Copy & Paste ianya mengambil masa yang lama untuk di siapkan
4. Mengeluarkan bunyi bising semasa proses boot (bunyi berdetik detik seperti benda tersangkut)
5. Amat sukar untuk di buat partition dan format jikapun saya ingin memformatnya kembali
6. Hard Disk  anda menjadi lebih panas dari biasa (jika anda menyentuhnya)
7. Terdapat banyak Bad sector di dalam HD anda jika di lihat mengunakan sofware penjagaan HD
8. Jangka hayat HD anda berada dibawah 50% jika di lihat mengunakan sofware HDLife
9. Terima arahan HD Fail pada black Screen
10. HD tidak kelihatan (terdetected) walau dilihat di dalam BIOS  (Blue Screen)
11. Komputer terus gelap walau butang power dan monitor masih menyala (HD fail)

 Akhir sekali jika dibiarkan HD anda langsung tak boleh di masuki apa lagi untuk boot ke Windows. Saya sarankan  jika anda nampak simpton  dari 1 hingga 8  diatas cepat cepatlah backup apa apa data mustahak anda sebelum HD anda mengalami kegagalan terus seperti di 9 hingga 11