Sunday, December 22, 2013

Awas THUMBDRIVE tiruan berlambak sekarang

Semalam aku pi lah ronda ronda kat Pasar antik Ipoh di Memory lane atau dikenali sebagai pasar karat dulu. Segala macam benda antik ada di jual di situ dari moto zamam Lambreta , basikal besar tua , vespa , streka arang. peti suara zaman P, Ramlee dan segala macam barang lama boleh di dapati di situ. Harganya boleh tahan dan kalau anda nak memiliki sesuatu barang antik pandai pandailah tawar menawar. Macam contohnya hari tu ada moto besar jenis lama yang tentera jepun pakai tu di jual dengan harga 3 ribu lebih walau pun dah buruk dan berkarat tapi hakikanya antik dan injinnya masih berfungsi. Kalau yang berminat bukan harga jadi penghalangnya. Boleh di katakan jika anda peminat barang lama berkunjunglah kesini..Macam macam ada

Dalam banyak banyak barang antik tu ada juga yang jual benda benda terkini dan paling baru dengan harga yang saya rasa tak logik sekali. sedangkan saya tahu benar harga di pasaran biasa. apa  yang saya maksudkan disini adalah thumbdrive. Jenama Kingston. serta SD memory cadrs jenis Samsung. Bayangkan dengan muatan 64GB atau 128 GB hanya berharga sekitar RM30 ke RM 40 sahaja sedangkan kita tahu harga pasaran sebenaynya lebih mahal dari itu.  Kenapa ianya terjadi  begitu murah..tentu ada sesuatu yang tersembunyikan.. mari kita lihat siapa yang kena.......



Sebenarnya itu adalah Thumbdrive palsu .Walaupun palsu ianya masih boleh digunakan tetapi tidak berfungsi  seperti thumdrive Original. Anda akan dapati beberapa perbezaan kualiti yang ketara jika anda perhatikan betul betul dengan thumdrive ori yang harganya lebih mahal sedikit. itupun jika anda kesah..

Disini saya senaraikan beberapa perbezaanya untuk penelitian anda.

1. Pembungkusanya kurang menarik dari segi kualiti pembalut dan warnanya agak pudar.
2. Bahagian hujung besi yang di cucuk agak pudar warnanya dari thumbdrive ori
3. Ketahananya tidak di jamin seperti thumdrive ori yang di jamin 5 tahun
4. Ada fail fail tertentu tidak akan boleh dan berjaya di simpan didalamnya
5. Terdapat kerosakan fail fail tertentu jika anda cuba menyimpan secara banyak
6. Jika anda mahir anda boleh lihat muatan yang di bawa tidak sama seperti yang di tuliskan
7. Tidak tahan lasak dan mudah rosak dan akhirnya langsung tidak berfungsi

Jika anda sudah terbeli anda masih boleh gunakanya tetapi awas data data anda mungkin akan hilang secara tiba tiba atau thumdrive anda mungkin akan mengalami kegagalan secara total tanpa amaran

No comments:

Post a Comment