Tuesday, May 13, 2014

Flashdisk (ThumbDrive) palsu takan boleh menyimpan fail gambar atau Video

Saya pernah menulis berkaitan Flash Disk (ThumbDrive ) palsu yang berlambak di jual di pasar malam dan menerangkan ciri ciri untuk mengenalinya. tetapi saya tidak menulis mengenai apa apa muatan yang boleh atau tidak boleh di simpan di dalamnya sehingga saya pasti perkara ini terjadi. Setelah beberapa orang membawa kepada saya bagi membaiki kehilangan data yang di alami kebanyakannya ialah berkaitan data dari format Video atau gambar sahaja tetapi tidak pada data text atau document . Jadi saya rumuskan barang siapa yang sering kehilangan data yang berkaitan Gambar atau Video sebenarnya ianya adalah pemilik Flash Disk(ThumbDrive ) palsu.
Saya telah cuba mengisi kedua dua fail tersebut didalan Flasdisk palsu ternyata samada dia tidak menyimpannya langsung atau hanya menyimpan sebahagian daripadanya sahaja. kalau kita lihatnya mengunakan Explorer fail nya akan jadi begini (lihat gambar )hanya nama fail ujud tapi anda tidak boleh membukanya kecuali yang masih menunjukan ada kesan gambar atau video.  Kalau ikut di sini cuma 9 gambar dan 4 Video sahaja boleh di buka dari kesemua 48 fail yang ada.

KESIMPULANYA

Jika fail dalam Flash Disk anda terjadi begini ini bermakna Flash Disk yang anda miliki dan gunakan adalah Flash Disk(ThumbDrive ) palsu. Anda hanya boleh gunakanny untuk menyimpan fail dari jenis Text atau Document sahaja itupun saya tidak pasti adakah cara simpananya  sempurna dan lengkap sebagai sebuah fail.

Sunday, May 11, 2014

Pernah tak anda semak status pinjaman perumahan anda





Pernah tak anda mendapat penyata mengenai status pinjaman perumahan anda . saya sendiri rasa tidak pernah menerimanya sehinggalah sekarang . jadi bagaimana cara untuk anda tahu status pinjaman anda dan berapa baki yang tinggal dan bilakah ianya akan berakhir. Bagi anda yang baru sahaja meminjam mungkin tak kesah sangat tentang hal ini tetapi bagi mereka yang sudah sampai ke penghujung kerjaya tentu sekali ingin mengetahui bilakah potongan keewangan untuk pinjamanya akan tamat. di sini saya berikan alamat untuk anda merujuk status pinjaman anda, jika anda belum mendaftar daftarlah dahulu bagi membolehkan anda masuk kelaman web tersebut dan mengetahui semua maklumat yang anda perlukan. klik di sini : SPPB pinjaman perumahan kerajaan




Monday, May 5, 2014

Undi popular dan jumlah kerusi PRU 13


Parti pembangkang menang secara undi popular namun tewas kerana kekurangan jumlah kerusi yang di perlukan bagi membentuk kerajaan . Mengapa terjadi demikian. Sekali imbas memang kita rasa pembangkang patut memerintah kerana lebih ramai orang mengundi pembangkang dari mengundi BN tetapi kerana kehendak demokrasi di Malaysia adalah pada kiraan jumlah kerusi bukan berapa ramai yang mengundi pembangkang. Kenapa terjadi sebegini adalah di sebabkan kebanyakan kawasan yang di kuasai pembangkang mempunyai ramai pengundi dan BN pula banyak menguasai kerusi di kawasan yang tidak ramai pengundi terutama di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak. Jadi di Malaysia jika anda ingin menguasai kerajaan anda terpaksalah memenangi banyak kerusi bukan memenangi undi popular .  Lihat carta di bawah menunjukkan porla pengundian popular dan jumlah kerusi yang di menangi . Walaupun peratusan pengundi mengundi pembangkang sebanyak 50% tetapi merekal gagal mendapat jumlah kerusi yang banyak iaitu BN sebanyak 133 kerusi dan PR hanya mendapat 89 kerusi. Jadi kerajaan kekal di tangan BN untuk 5 tahun lagi.



Ringkasan keputusan pilihan raya umum 2013 bagi Dewan Rakyat Malaysia
Undian% undianKerusi% kerusi+/–
Barisan Nasional (BN)5,237,69947.3813359.91–7
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)3,241,28629.328839.64+9
Persatuan Cina Malaysia (MCA)899,4208.1473.15–8
Kongres India Malaysia (MIC)291,8142.6441.80+1
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)153,0811.3810.45–1
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)232,3902.10146.310
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)133,6031.2110.45–5
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)55,5050.5041.800
Parti Rakyat Sarawak (PRS)59,5400.5462.700
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)65,9660.6031.35–1
Parti Bersatu Sabah (PBS)88,0970.8041.80+1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)9,4670.0810.450
Parti Liberal Demokratik (LDP)00.0000.00–1
Parti Progresif Penduduk (PPP)7,5300.0700.000
Pakatan Rakyat (PR):5,623,98450.878940.09+7
Parti Keadilan Rakyat (PKR)2,254,32820.393013.51–1
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)1,633,38914.77219.46–2
Parti Tindakan Demokratik (DAP)1,736,26715.713817.12+10
Parti bebas (dan lain-lain)192,8941.7500.000
Jumlah keseluruhan11,054,577100.00222100.00–




kredit to http://ms.wikipedia.org/

Sunday, May 4, 2014

Awas penipuan CINTA INTERNET melalui Facebook

Pernah tak anda secara tiba tiba di sapa oleh sesaorang yang anda tidak di kenali dengan gambar profil lelaki kacak atau pompuan cantik di Facebook anda menyatakan ingin berkenalan dengan anda. Jika anda aprove request tersebut anda sangat hampir dengan gejala penipuan Cinta Internet yang mengakibatkan sudah ramai orang tertipu denganya. Saya sendiri pernah menerima request sebegini beberapa kali untuk berkenalan dari beberapa wanita cantik terutamanya dari Eropah menyatakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Curiga dengan requst yang tiba tiba saya mencari bahan bahan yang berkaitan penipuan mengunakan internet dan FB . Dari rujukan saya di internet saya dapati mereka ini adalah penipu Cinta Internet yang selalunya di dalangi warga asing. Jika ada dapat request seperti itu jangan di layan kerana ianya adalah bala besar bagi anda nanti. Untuk panduan anda di sini saya senaraikan  ciri ciri penipu internet tersebut



Ciri ciri penipu Cinta Internet
1.Ingin berkenalan dengan anda secara tiba tiba
2.Meletakan gambar pompuan cantik dalam profilenya jika mangsanya lelaki dan jika mangsa pompuan pula profile picturenya adalah lelaki kacak
3.Baru sahaja berkenalan mereka akan katakan suka sangat dengan anda malah menyatakan rindu atau jatuh cinta dengan anda malah memuji muji anda secara berlebihan.
4.Selalunya ianya akan mengatakan emak atau bapanya orang Malaysia dan dia ingin kembali ke Malaysia
5.Dalam masa yang singkat beliau ingin menhantar hadiah kepada anda
6.Hadiah akan yang dihantar dinyatakan  tersangkut di Kastam dan anda perlu membayar wang kastam untuk melepaskan barang tersebut
7.Anda boleh mengenali mereka ini kerana jumlah sahabatnya selalunya tidak banyak kerana dia hanya mendaftar dalam FB untuk menipu anda


AWAS!!!!!!!!! 
Jika anda melayan mereka anda akan secara mudah tertipu dengan membayar wang kastam dan selepas itu mereka tiada akan anda boleh hubungi lagi .
Mangsa mangsa mereka selalunya perempuan atau lelaki yang kesunyian mencari cinta jadi saya nasihatkan janganlah anda percaya rakan internet anda kecuali yang sememangnya anda sudah kenali selama iniharap artikel ini dapat membantu anda

Sunday, April 27, 2014

Jika anda terkena virus Short Cut cepat cepat lah rawat komputer Anda

Setakat ini dalam banyak banyak virus, Virus Short Cut lah boleh menembusi sistem kawanlan komputer saya. Malah virus ini jugalah telah berjaya menipu saya kerana telah berjaya mengjangkiti kesemua komputer yang saya ada di Opis termasuk External HD saya dan kesemua Thumb drive saya. Puncanya saya hanya ingin membantu sesaorang menyelamatkan datanya dari musnah . akhirnya data saya juga turut musnah.

Sebenarnya saya tak pernah mengalami jangkitan virus jenis ini sebab itulah saya telah mengambil ringan acamannya dan secara tak sengaja telah merebakkannya keseluruh komputer saya. Ternyata Virus jenis ini tidak mudah terhapus dengan hanya membuat Scan mengunakan antivirus pada kawasan di jangkiti malah walau di format sekalipun thumb drive anda ianya akan kembali ujud seperti sediakala. Dari musibah ini saya mempelajari cara mengatasinya dengan mengambil kira asal usul program tersebut dan method yang di gunakanya dan saya berjaya mengatasinya Setelah saya tahu rahsia cara mengatasi dan mengawalnya saya rasa tertipu dengan kebijakan virus ini mempermainkan saya. Saya akui selepas saya mengalami masalah ini saya dah jadi pakar menghapus virus jenis ini. Sekarang setiap orang yang datang dengan masalah ini. saya hanya mengambil masa beberapa minit bagi menghapus atau mematikan virus tersebut..

Kita lihat apakah ciri ciri Virus Short Cut

1. Dia menjadikan semua fail atau foldle anda sebagai Shot Cut
2. Tidak boleh di hapus dengan cara scan atau memformat sahaja
3. Jika dia masuk kedalam sistem komputer anda akan menjadi sangat lembab
4. Setiap kali anda membersihkan nya ia akan ujud kembali selepas anda mengunakan semula peralatan yang
    di jangkiti walaupun setelah anda memformatnya berkali kali
5. Kebolehanya merebak melalui Thumb Drive amat pantas dan efisyen sekali
6. Sebenarnya semua fail atau foldle anda masih ujud cuma di kawal oleh virus ini
7 .Semua cara remove yang anda cuba tak akan menjadi atau berkesan  tanpa anda terlebih dahulu tahu
     mengkaji atau tahu rahsia programnya ciptaannya

Jadi jika anda terkena virus jenis ini cepat cepat lah anda menemui orang yang tahu cara menghapuskanya kerana membiarkanya akan menyebabkan semua komputer dan peralatan anda akan di jangkiti

Langkah awal untuk atasi masalah ini
1. Jangan mengunaklan thumb drive anda di sebarang komputer teruama di Cyber Cafe
2. Jangan mengunakan lagi Thumb drive tersebut jika telah di jangkiti  virus itu sehingga setelah inya
    berjaya di buang atau di bersihkan
3. Jangan anda mengunakan thumb drive anda pada komputer yang telah di jangkiti virus ini
4. Rujuk kepada yang mahir bagi menghapuskan virus tersebut
5. Jangan terlalu cepat mebuat keputusan untuk memformat kerana sebenarnya data anda masih ujud

Kadang kadang saya senyum sendiri kerana perkara semudah ini pernah membuat saya panik dahulu