Thursday, May 15, 2014

Bateri Laptop cepat "Kong" salah siapa?

Banyak sungguh orang bertanya saya tentang cara penjagaan bateri laptop "bagaimana caranya bagi menjaga bateri laptop agar tahan lama dan tidak mudah rosak
Saya tidak pasti sangat bagaimana sebaiknya menjaga bateri laptop anda , tetapi  pernah saya menulis mengenai masalah ini dengan tajuk;(Punca bateri Lap Top cepat kong (habis hayat ,kuasa atau rosak) 

Memang agak sukar untuk mengikuti semua langkah yang saya senaraikan dala tulisan itu tanpa ada sebarang bantuan atau petunjuk bagi memastikanya benar benar berkesan. Namun dari pengamatan saya cara pengunaannya lah yang akan menentukan hayat bateri tersebut.

Mengecas bateri secara berterusan adalah pemusnah no 1 bagi hayat bateri anda, sebaiknya pastikan anda menghentikan pengecasan bateri anda sebaik sahaja ianya penuh dan mulakan pula kerja cas selepas ianya betul betul habis. Ada orang salah angap dengan mencabut bateri dan tidak mengunakanya langsung juga akan mengakibatkan bateri anda kong, jadi sebaik baiknya biarkan dia didalam laptop anda dan selepas penuh kerja cas tutup suis plug dan gunakan kuasa bateri sahaja dan ulanginya lah begitu seterusnya.

Amalan yang begini akan mengekalkan kuasa bateri anda sampai bertahun tahun seperti bateri netbook saya telah melebihi 5 tahun tapi masih mengekalkan kuasanya hampir 80% dari kuasa asal semasa mula mula di beli. Membiarkan bateri anda di sambung dan di cas secara berterusan akan memngakibatkan bateri anda mati. Jika ini terjadi anda kena cabut bateri anda dan hanya mengunakan chager kerana di kuatiri kesan bateri mati merebak kepada chager anda

Jadi berbalik kepada soalan "Bateri Laptop cepat "Kong" salah siapa?" anda boleh fikirkan sendiri selepas membaca artikel ini

Tuesday, May 13, 2014

Flashdisk (ThumbDrive) palsu takan boleh menyimpan fail gambar atau Video

Saya pernah menulis berkaitan Flash Disk (ThumbDrive ) palsu yang berlambak di jual di pasar malam dan menerangkan ciri ciri untuk mengenalinya. tetapi saya tidak menulis mengenai apa apa muatan yang boleh atau tidak boleh di simpan di dalamnya sehingga saya pasti perkara ini terjadi. Setelah beberapa orang membawa kepada saya bagi membaiki kehilangan data yang di alami kebanyakannya ialah berkaitan data dari format Video atau gambar sahaja tetapi tidak pada data text atau document . Jadi saya rumuskan barang siapa yang sering kehilangan data yang berkaitan Gambar atau Video sebenarnya ianya adalah pemilik Flash Disk(ThumbDrive ) palsu.
Saya telah cuba mengisi kedua dua fail tersebut didalan Flasdisk palsu ternyata samada dia tidak menyimpannya langsung atau hanya menyimpan sebahagian daripadanya sahaja. kalau kita lihatnya mengunakan Explorer fail nya akan jadi begini (lihat gambar )hanya nama fail ujud tapi anda tidak boleh membukanya kecuali yang masih menunjukan ada kesan gambar atau video.  Kalau ikut di sini cuma 9 gambar dan 4 Video sahaja boleh di buka dari kesemua 48 fail yang ada.

KESIMPULANYA

Jika fail dalam Flash Disk anda terjadi begini ini bermakna Flash Disk yang anda miliki dan gunakan adalah Flash Disk(ThumbDrive ) palsu. Anda hanya boleh gunakanny untuk menyimpan fail dari jenis Text atau Document sahaja itupun saya tidak pasti adakah cara simpananya  sempurna dan lengkap sebagai sebuah fail.

Sunday, May 11, 2014

Pernah tak anda semak status pinjaman perumahan anda





Pernah tak anda mendapat penyata mengenai status pinjaman perumahan anda . saya sendiri rasa tidak pernah menerimanya sehinggalah sekarang . jadi bagaimana cara untuk anda tahu status pinjaman anda dan berapa baki yang tinggal dan bilakah ianya akan berakhir. Bagi anda yang baru sahaja meminjam mungkin tak kesah sangat tentang hal ini tetapi bagi mereka yang sudah sampai ke penghujung kerjaya tentu sekali ingin mengetahui bilakah potongan keewangan untuk pinjamanya akan tamat. di sini saya berikan alamat untuk anda merujuk status pinjaman anda, jika anda belum mendaftar daftarlah dahulu bagi membolehkan anda masuk kelaman web tersebut dan mengetahui semua maklumat yang anda perlukan. klik di sini : SPPB pinjaman perumahan kerajaan




Monday, May 5, 2014

Undi popular dan jumlah kerusi PRU 13


Parti pembangkang menang secara undi popular namun tewas kerana kekurangan jumlah kerusi yang di perlukan bagi membentuk kerajaan . Mengapa terjadi demikian. Sekali imbas memang kita rasa pembangkang patut memerintah kerana lebih ramai orang mengundi pembangkang dari mengundi BN tetapi kerana kehendak demokrasi di Malaysia adalah pada kiraan jumlah kerusi bukan berapa ramai yang mengundi pembangkang. Kenapa terjadi sebegini adalah di sebabkan kebanyakan kawasan yang di kuasai pembangkang mempunyai ramai pengundi dan BN pula banyak menguasai kerusi di kawasan yang tidak ramai pengundi terutama di kawasan pendalaman Sabah dan Serawak. Jadi di Malaysia jika anda ingin menguasai kerajaan anda terpaksalah memenangi banyak kerusi bukan memenangi undi popular .  Lihat carta di bawah menunjukkan porla pengundian popular dan jumlah kerusi yang di menangi . Walaupun peratusan pengundi mengundi pembangkang sebanyak 50% tetapi merekal gagal mendapat jumlah kerusi yang banyak iaitu BN sebanyak 133 kerusi dan PR hanya mendapat 89 kerusi. Jadi kerajaan kekal di tangan BN untuk 5 tahun lagi.



Ringkasan keputusan pilihan raya umum 2013 bagi Dewan Rakyat Malaysia
Undian% undianKerusi% kerusi+/–
Barisan Nasional (BN)5,237,69947.3813359.91–7
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)3,241,28629.328839.64+9
Persatuan Cina Malaysia (MCA)899,4208.1473.15–8
Kongres India Malaysia (MIC)291,8142.6441.80+1
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)153,0811.3810.45–1
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)232,3902.10146.310
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)133,6031.2110.45–5
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)55,5050.5041.800
Parti Rakyat Sarawak (PRS)59,5400.5462.700
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)65,9660.6031.35–1
Parti Bersatu Sabah (PBS)88,0970.8041.80+1
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)9,4670.0810.450
Parti Liberal Demokratik (LDP)00.0000.00–1
Parti Progresif Penduduk (PPP)7,5300.0700.000
Pakatan Rakyat (PR):5,623,98450.878940.09+7
Parti Keadilan Rakyat (PKR)2,254,32820.393013.51–1
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)1,633,38914.77219.46–2
Parti Tindakan Demokratik (DAP)1,736,26715.713817.12+10
Parti bebas (dan lain-lain)192,8941.7500.000
Jumlah keseluruhan11,054,577100.00222100.00–




kredit to http://ms.wikipedia.org/

Sunday, May 4, 2014

Awas penipuan CINTA INTERNET melalui Facebook

Pernah tak anda secara tiba tiba di sapa oleh sesaorang yang anda tidak di kenali dengan gambar profil lelaki kacak atau pompuan cantik di Facebook anda menyatakan ingin berkenalan dengan anda. Jika anda aprove request tersebut anda sangat hampir dengan gejala penipuan Cinta Internet yang mengakibatkan sudah ramai orang tertipu denganya. Saya sendiri pernah menerima request sebegini beberapa kali untuk berkenalan dari beberapa wanita cantik terutamanya dari Eropah menyatakan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Curiga dengan requst yang tiba tiba saya mencari bahan bahan yang berkaitan penipuan mengunakan internet dan FB . Dari rujukan saya di internet saya dapati mereka ini adalah penipu Cinta Internet yang selalunya di dalangi warga asing. Jika ada dapat request seperti itu jangan di layan kerana ianya adalah bala besar bagi anda nanti. Untuk panduan anda di sini saya senaraikan  ciri ciri penipu internet tersebut



Ciri ciri penipu Cinta Internet
1.Ingin berkenalan dengan anda secara tiba tiba
2.Meletakan gambar pompuan cantik dalam profilenya jika mangsanya lelaki dan jika mangsa pompuan pula profile picturenya adalah lelaki kacak
3.Baru sahaja berkenalan mereka akan katakan suka sangat dengan anda malah menyatakan rindu atau jatuh cinta dengan anda malah memuji muji anda secara berlebihan.
4.Selalunya ianya akan mengatakan emak atau bapanya orang Malaysia dan dia ingin kembali ke Malaysia
5.Dalam masa yang singkat beliau ingin menhantar hadiah kepada anda
6.Hadiah akan yang dihantar dinyatakan  tersangkut di Kastam dan anda perlu membayar wang kastam untuk melepaskan barang tersebut
7.Anda boleh mengenali mereka ini kerana jumlah sahabatnya selalunya tidak banyak kerana dia hanya mendaftar dalam FB untuk menipu anda


AWAS!!!!!!!!! 
Jika anda melayan mereka anda akan secara mudah tertipu dengan membayar wang kastam dan selepas itu mereka tiada akan anda boleh hubungi lagi .
Mangsa mangsa mereka selalunya perempuan atau lelaki yang kesunyian mencari cinta jadi saya nasihatkan janganlah anda percaya rakan internet anda kecuali yang sememangnya anda sudah kenali selama iniharap artikel ini dapat membantu anda