Tahukah anda dengan mebiarkan autorun aktif anda sebenarnya menjadikan komputer anda berada dalam bahaya jadi untuk mengelakan dari komputer anda di masuki virus matikan fungsi Autorun anda
Cara Mematikan Autorun
Dalam kebanyakan kes, anda boleh lakukan begini,
Cara Pertama
1. mula-mula buka My Computer
2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options...
3. kemudian klik pada tab View dan
Pilih Show hidden files and folders
Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
Klik Ok
4. Kemudian, Klik-Kanan pada Pendrive anda dan klik Open
5. Klik-kanan pada fail autorun.inf dan pilih Delete
Itu saja. Tanggalkan pendrive anda dan pasang kembali InsyaAllah dah okey.
Cara Kedua
Kadang-kadang fungsi Open pada langkah ke-4 Cara Pertama juga tidak boleh digunakan, kerana telah diambil alih oleh trojan/virus terbabit. Jadi sila lakukan begini,
1. Jalankan arahan command line pada Windows anda dengan menaip CMD pada Run...
1. Klik START , Run...
2. Isikan CMD dan tekan ENTER
2. Bila keluar kekotak CMD tersebut, lakukan begini,
1. Taipkan J: dan ENTER (jika huruf pemacu (drive letter) pendrive adalah J:. Gantikan dengan J dengan huruf pemacu anda.
2. kemudian taip attrib autorun.inf -h -s -r dan ENTER
3. kemudian taip del autorun.inf dan ENTER
4. Taip exit dan ENTER
3. Tanggalkan pendrive anda seketika kemudian pasangkan kembali.
Kedua-dua cara di atas boleh juga digunakan kepada hard drive anda, cuma anda kena restart komputer anda untuk menghilangkan kesan autorun tersebut, tak sama seperti pendrive kerana pendrive adalah removable storage.
Tetapi kadang-kadang prosedur di atas tidak boleh dilakukan, jika PC tersebut juga telah dijangkiti oleh virus, trojan atau lain-lain yang menyahakses kepada
• Folder options
• Task Manager
• Regedit
• Command Line (CMD, Command.com)
Anda perlulah menyelesaikan masalah ini dulu.
Related to: Windows 95/98/ME/XP
No comments:
Post a Comment