Wednesday, February 10, 2010

Sepatutnya anda tahu pasal komputer

WINDOWS 7

 

Microsoft akan mengeluarkan sistem operasi baru mereka selepas Vista iaitu Windows 7..Microsoft bercadang untuk melancarkannya pada awal 2010, kira-kira 3 tahun selepas Vista… Jika Windows 7 muncul, Adakah Vista akan mengikut jejak langkah Windows-Windows terdahulu seperti dalam artikel sy “Selamat Tinggal Windows XP“..

 

Tak sampai beberapa tahun Vista dipasaran, dah muncul yang baru…Nama asal bagi Windows 7 ni diambil dari nama kod iaitu “Blackcomb” kemudian pada awal 2006 dinamakan semula dengan “Windows Vienna” dan kemudian ditukar kepada “Windows Seven” atau “Windows 7” dimana Windows ini dijangkakan akan menggantikan Windows Vista.

 

Kenapa Windows 7, kenapa tak Windows 9, Windows 10 ke??…

Secara ringkasnya, Windows 7 nie diambil dari versinya yang ke-7, dimana Vista adalah versi yang ke-6..Versi Vista sekarang ialah 6.0.6001, sekiranya anda menggunakan Windows XP SP3, versinya 5.1.2600..Anda boleh check menggunakan Command Prompt, kemudia taipkan VER …klu diikutkan turutan Windows

- Windows 7

- Windows 6 – Windows Vista

- Windows 5 – Windows XP

- Windows 4 –NT 4.0

 

Apa itu Linux?

 

 Linux adalah salah satu sistem operasi untuk komputer. Apa yang menyebabkan ia makin popular adalah kerana ia percuma dan terbuka kepada semua orang. Sesiapa saja boleh mengubah kod asalnya kerana ia adalah perisian sumber terbuka atau open source.

 

Disebabkan kod asal Linux bebas diubahsuai oleh sesiapa pun, banyaklah variasi yang telah dihasilkan, atau istilah komputer nya, Linux distribution atau distros. Apa yang Garfield pernah sebut sebelum ini, iaitu Puppy Linux, Xubuntu, Ubuntu, ianya semua adalah Linux distros, yang berbeza2 penggunaannya. Contohnya Puppy Linux, ia sesuai untuk komputer berkuasa rendah.

Ubuntu

Apa yang saya lihat, yang popular sekarang ini adalah Ubuntu  Masa saya belajar di Universiti dulu, Redhat Linux yang glamour masa itu hehe. Apa2 pun, Linux dah makin mendapat tempat di hati pengguna2 komputer peribadi. Dulu saya pernah gunakan Redhat Linux, saya kagum dengan paparan grafiknya, ala2 Vista sesetengah ikonnya.





 

Empat format burn yang perlu difahami

Anda  burn CD tapi tak berapa faham   masuk cd  dan klik perkataan burn. akhirnya tak boleh pula dibaca pada CD ROM kenapa

Jadi, saya ingin kongsikan dengan anda, yang sebenarnya ada 4 kategori utama format ‘burn’, iaitu

  1. Data CD
  2. Audio CD
  3. Videos/Pictures CD
  4. Image CD
Buat pilihan format CD yang sebenarnya semasa proses BURN

 

Apa itu Data CD?

Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?

Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?

Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.

Apa itu Image CD?

Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.


Apakah itu ISO dan Disk Image?

Jika anda tidak biasa dengan istilah ‘Disk Image’, ia adalah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam bentuk .ISO. Format – format yang lain termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG. Oleh kerana ISO ini hanyalah merupakan satu fail, untuk menggunakannya anda haruslah burn fail ISO tersebut, iaitu memasukkannya ke dalam CD atau DVD. Anda juga boleh menggunakan CD Emulator seperti Alcohol 120% atau Daemon untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu burn ke dalam CD/DVD

Anda boleh menggunakan aplikasi seperti LCISO Creator bagi mengeluarkan fail ISO dari CD/DVD yang asli. Untuk burn fail ISO ke dalam CD/DVD pula, gunakan aplikasi percuma ImgBurn (aplikasi komersial untuk burn CD adalah seperti Nero).

Apakah kelebihan menggunakan CD Emulator? Dengan CD Emulator, anda boleh ‘menipu’ komputer dengan memasang fail ISO anda pada satu drive maya. Dengan cara ini, anda tidak perlu burn fail ISO tersebut dan boleh terus menggunakannya.


Perbezaan Antara DVD-R dengan DVD+R

belilah DVD yang mana-mana pun yang bersesuaian dengan player anda. Ada yang berpendapat DVD-R sesuai untuk rekod movie dan lagu, manakala DVD+R sesuai untuk diburn data-data kerana ia tidak mudah rosak.


Apakah itu Codec?

Anda ingin memainkan satu video klip, tetapi apabila anda membukanya, hanya bunyi yang kedengaran tanpa video. Pernahkah anda mengalami situasi begini? Jika ya, itu bermakna anda tidak mempunyai codec yang sesuai untuk memainkan fail video tersebut. Biasanya Windows Media Player (atau apa – apa pemain video yang lain) akan mengeluarkan mesej seperti “Error downloading codec”.

Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.

Jika anda menghadapi masalah seperti yang di atas, anda hanya perlu mendapatkan codec yang sesuai untuk fail video tersebut. Untuk lebih mudah, download sahaja codec semua dalam satu, contohnya K-Lite Codec Pack.

 

PC anda tidak mempunyai codec

Rasanya anda tentu pernah kecewa apabila beria-ia mendownload / copy movie tetapi tidak dapat ditonton di PC anda.Ini disebabkan PC anda tidak mempunyai codec yg diperlukan untuk menonton video tersebut.
Bagi pengguna² baru komputer, kebanyakannya masih tidak mengetahui kepentingan video codec di dalam komputer.

Antara² simptom pc tanpa codec :

1.Video tidak dapat dimainkan di PC anda tetapi di PC kawan² yang lain boleh.
2.Hanya suara kedengaran tetapi tiada gambar.
3.Subtitle tidak keluar pada movie.

Bagi mengatasi masalah ini, saya mengsyorkan beberapa perisian pemain multimedia yg sgt bagus.Perisian ini berupaya memainkan pelbagai format video tanpa perlunya menginstall codec :

1.GomPlayer (antaramuka yg ringkas dan senang digunakan)
2.KMplayer (disyorkan kepada pengguna advance)
3.VLC Media Player
4.MPlayer (Windows Gui)



Apa Itu Taskbar?

Dalam Windows, taskbar adalah bar yang memaparkan program dan Windows yang sedang dibuka. Di bahagian kanan taskbar biasanya terdapat jam serta tray icon.


Download dan Upload

Download atau muat turun berlaku apabila anda mengambil sesuatu fail dari Internet dan memasukkannya ke dalam komputer anda.

Upload atau muat naik berlaku apabila anda meletakkan sesuatu fail dari komputer anda untuk diletakkan ke atas sesebuah laman web.

 

Apa itu WiFi dan WiMax?

WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar (wireless) untuk akses ke Internet.

Apa beza WiFi dan WiMax?

Konsep asas WiFi dan WiMax adalah lebih kurang sama, namun apa yang berbeza adalah WiMax jauh lebih laju, lebih luas liputannya dan boleh digunakan oleh ramai orang.


Aplikasi WiFi dan WiMax berbeza

Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain2.

WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer2 dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain2.

Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer2 di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara.

Oleh itu, walaupun WiFi dan WiMax adalah teknologi tanpa wayar, kedua2nya adalah berbeza dari segi aplikasinya. Malah tak boleh dibandingkan secara terus sebab kegunaan kedua2nya berbeza.

Apa itu LAN dan WiFi?

LAN adalah Local Area Network atau Rangkaian Kawasan Setempat. WiFi pula adalah Wireless Fidelity, satu teknologi akses Internet tanpa wayar. 

 

BSOD  [ Blue Screen of Death ]

BSOD  [ Blue Screen of Death ] atau dikenali sebagai  Windows stop error atau BugCheck Code.. Ia adalah paparan mesej error pada skrin bagi sesetengah sistem operasi terutamanya Microsoft Windows…Ia memaparkan skrin berwarna biru dimana apabila berlakunya sistem error ia boleh menyebabkan sistem shut down bagi menghalang dari belakunya kerosakkan teruk pada sistem.

Anda pasti pernah mengalaminya, sekurang2nya sekali dalam hidup… Error ini selalunya terjadi apabila Windows mengesan terdapat masalah atau  kesalahan Perisian, Perkakasan atau Pemacu Perisian [ driver ] dimana Windows tidak dapat meneruskan operasi sistem  dengan betul

Apa itu PDF

Tahu tak kenapa fail PDF adalah paling popular digunakan di laman-laman web? Biasanya bila satu-satu laman web menyediakan dokumen yang boleh kita download, ia akan diberi dalam format PDF. Kawan saya pernah tanya, kenapa tak guna format DOC oleh Microsoft Word? Ok, bagi menjawab soalan ini, mari kita tengok apa itu PDF.

PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar, sama macam fail Microsoft Word. Namun fail PDF ini telah menjadi format utama yang digunakan di Internet, kerana saiznya yang kecil. Bayangkan fail Microsoft Word yang sebesar berpuluh-puluh MB boleh dipadatkan sehingga tidak lebih dari 10 MB sahaja dalam fail PDF. Saiz yang kecil ini akan memudahkan anda download dokumen dari Internet, serta menjimatkan ruang dalam Hard Disk.

Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas.

Kalau nak buat fail PDF pula, Microsoft Word pun boleh digunakan. Dah habis tulis dokumen anda, tukarkan fail Word tersebut kepada PDF menggunakan CutePDF Writer. Nak lebih mudah, gunakan OpenOffice yang membolehkan anda save terus dokumen anda dalam bentuk PDF.

Apa itu Domain dan Hosting

anda inginkan laman web dengan nama pilihan anda sendiri, contohnya http://www.laman-web-www.laman-web-aku.com, apa yang perlu anda dapatkan ialah domain dan hosting. 

Apa itu domain?

Domain adalah alamat untuk laman web anda. Contohnya, domain bagi laman web yang anda sedang layari ini adalah http://sembangkomputer.com. Fikir dahulu masak-masak nama apakah yang anda letak sebagai domain anda, kerana alamat inilah yang orang ramai akan taip di web browser untuk pergi ke laman web anda. Oleh itu, ia haruslah ringkas dan mudah diingati.

Apa itu hosting?

Hosting pula berfungsi untuk menyimpan segala data-data mengenai laman web anda. Ia akan menyimpan fail, teks, gambar, dan segala kandungan dalam laman web anda supaya boleh dilawati oleh orang ramai.


Tahukan anda ?

Tahukan anda,sebenarnya anda tidak dapat membuat folder bernama CON.
Bukan itu sahaja semua nama berikut juga tidak dapat digunakan untuk menamakan sesuatu folder  PRN, AUX, NUL, COM1, COM2, COM3, COM4, COM5, COM6, COM7, COM8, COM9, LPT1, LPT2, LPT3, LPT4, LPT5, LPT6, LPT7, LPT8, dan LPT9.


 Berikut merupakan permulaan kepada senibina teknologi komputer dunia:

1. Komputer pertama dicipta adalah ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer).

2. Cakera keras (hard disk) pertama adalah daripada IBM diberi nama IBM 350 Disk Storage Unit dan dikatakan sebesar seorang lelaki!

3. Intel 4004 Computer Microprocessor adalah pemprosesan pertama dicipta pada tahun 1971.

4. Apple Lisa Computer adalah komputer pertama yang mempunyai persekitaran pengguna yang bergrafik atau GUI (Graphical User Interface).

5. WordStar adalah perisian pertama untuk menulis.

6. Permainan komputer pertama adalah Spacewar pada tahun 1962.

7. Nama tetikus komputer diberi kerana wayar sambungan di belakangnya adalah seperti seekor tikus.

8. Bill Gates adalah orang yang bertanggungjawab mencipta Microsoft dan Windows.


 
Today, there have been 2706 visits (6199 hits) on this page

No comments:

Post a Comment