Monday, April 25, 2011

Letak deretan gambar kesukaan anda pada profile utama facebook anda



Sudah agak lama saya tak menulis dalam blog saya kerana terlalu sibuk dengan kerja harian, Hari ini saya ada sedikit kelapangan untuk update blog saya ini dan saya akan bagi satu tip mengenai Facebook yang mungkin sesetengah orang sudah mengetahuinya, Jika dah tahu baguslah jika belum tahu hari ini saya akan bagi tip bagaimana nak meletakan 5 gambar profile kita ikut kehendak kita ( lihat gambar profile FB saya)

Sebenarnya ada 2 cara bagaimana gambar itu boleh muncul pada profile kita
1. Melalui tag foto ke Facebook anda
2. Melalui penukaran secara berulang gambar profile utama kita.

Saya lebih menyukai cara kedua kerana ianya sangat mudah di buat tetapi gambar profile yang nak di ambil mistilah melalui album yang anda buat terlebih dahulu, Berminat ikuti langkah berikut

1. Create satu album khas yang mempunyai gambar kegemaran anda
2. Buka gambar kegemaran anda dari album tersebut atau album anda yang mungkin dah ada
3. Pilih Change profile picture
4. Crop ikut saiz yang ada rasa sesuai
5. Pileh done
6. Gambar itu masuk ke profile  pic utama  anda dan juga pada  sederet gambar pada 5 kotak di kanan anda
7. Ulangi perlakuan ini sebanyak 5 kali bagi memenuhi semua kotak yang disediakan
8. Pileh lah 5 gambar yang berlainan supaya nampak variasi ke lima lima gambar tersebut
9, Siap

Ingat setiap kali orang tag gambar ke FB anda ianya akan menyembunyikan gambar utama anda ,anda hanya perlu hide gambar tersebut supaya gambar kegemaran anda kekal begitu dalam profile utama anda
Selamat mencuba



No comments:

Post a Comment