Dajjal Akan Muncul Dari Dubai?
Kalau kita tengok pada gambar Tasik Galilee ini terletak
dalam wilayah Israel hari ini. Tasik yang mempunyai air tawar terendah di dunia
ini seluas lebih kurang 53 kilometer dan sedalam lebih daripada 200 meter. Nama
Tiberias diambil daripada nama seorang Kaisar Rom bernama Tiberias. Selain itu
kota Tiberias juga dikenali dengan nama Galilee/ Galileadan banyak nama lain.
Majoriti penduduknya ialah orang-orang Yahudi.
Kota dan tasik ini menjadi destinasi pelancongan di Israel
dan pada setiap hari Sabtu (hari cuti bagi agama Yahudi) ia akan dipenuhi
dengan kaum Yahudi untuk mereka berekreasi. Banyak hotel mewah, kedai dan restoran
di sini.
DAJJAL DAN TASIK GALILEE
Tasik Galilee/Tiberias ada disentuh dalam sebuah hadis
popular yang mengisahkan pengembaraan seorang sahabat bernama Tamim
ad-Dari.Menurut Sahih Muslim, Tamim ad-Dari pernah belayar bersama-sama 30
orang.
Setelah sebulan berada di lautan (kemudiannya digambarkan
oleh Rasulullah sebagai satu kawasan di laut Syam ataupun laut Yaman), mereka
tiba ke sebuah pulau. Di pulau itu mereka bertemu dengan satu makhluk yang
banyak bulunya (bigfoot?) dan boleh berkata-kata hinggakan mereka tidak dapat
menentukan bahagian depan dan belakang makhluk itu.
Selepas berdialog beberapa ketika, makhluk itu membawa
mereka ke sebuah gua. Di sana mereka ketemu seorang manusia (kemudiannya
dimaklumi sebagai Dajjal) yang besar tubuh badannya dalam keadaan dirantai
tangan dan kakinya (pasung). Kemudian manusia itu bersoal jawab dengan
rombongan Tamim ad-Dari tentang beberapa hal. Salah satu daripada persoalannya
ialah:
Manusia itu berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Tasik
Tibriyyah.”
Mereka menjawab, “Apa yang engkau hendak tahu tentangnya?”
Dia berkata, “Apakah tasik itu masih berair?”
Mereka menjawab “Ya.”
Katanya lagi, “Sesungguhnya air tasik itu hampir kering.”…..
[Ringkasan daripada Sahih Muslim] Dari hadis Sahih ini dapat
menjelaskan pada kita bahwa Dajjal itu adalah individu(manusia) bukanlah
sesuatu bangsa, satu ideologi atau mitos agama semata2 dan telah dicomfirmkan
sendiri oleh Nabi kita didalam hadis tersebut.. D
isini terdapat 2 teori yang dijelaskan mengenai fizikal
Dajjal semasa dipasung seperti yang diperkatakan dalam hadis ini, iaitu makhluk
yang berbadan besar. Menurut buku yang saya baca dalam “Membongkar Misteri
Dajjal”
(1) beliau mengatakan Dajjal ini umurnya dipanjangkan oleh
Allah dan ia lahir sewaktu di zaman Nabi Sulaiman lagi yang mana manusia di
zaman itu berbadan(fizikalnya) lebih besar.
(2) Teori seterusnya Dajjal itu hasil dari cantuman
[campuran] manusia dan jin, maka kebolehannya utk merubah rupabentuk Dajjal itu
tidak mustahil dan merupakan fitnah Dajjal kepada semua manusia yg akan
menganggap dia adalah raksasa atau makhluk berbadan besar..Wallahu Alam.
KEMUNCULAN YAKJUJ MAKJUJ
Cerita pengeringan Tasik Tiberias ini disebut juga dalam
hadis tentang Yakjuj Makjuj, namun Yakjuj Makjuj datang selepas kemunculan
Al-Mahdi dan Nabi Isa as. “…Mereka (Yakjuj Makjuj) melalui Tasik Tibriah yang
mana barisan pertamanya menghabiskan kesemua air yang ada di tasik tersebut…
”Dari ringkasan hadis diatas..menerangkan tentang Yakjuj
Makjuj dari barisan pertama [golongan induk] yg akan menghabiskan kesemua air
di tasik itu, kemudian dtg pula barisan Yakjuj Makjuj yg seterusnya mengatakan
dulu disini ada air..
Ini menunjukan fakta Yakjuj Makjuj ini sudah lama bebas dan
tembok yg menghalangnya sudah lama runtuh.. bangsa Yahudi Zionis yang ada kat
Israel skrg adalah barisan pertama yg akan mengeringkan Tasik Galilee nih dgn
asbab2 seperti yg diceritakan di atas..YAHUDI ZIONIS yang memerintah Israel
sekarang ini bukan dari keturunan Bani Isreal [NABI ISHAQ].
Mereka menipu seluruh penduduk dunia dengan mengaku sebagai
Bani Israel padahal mereka ialah bangsa Khazars yang ganas dan bengis dari
selatan Russia,
induk Yakjuj dan Makjuj yang telah dilepaskan dari tembok
Zulkarnain seperti yang dijanjikan di dalam alQuran.. Misteri ini kian
terbongkar..Fakta lain yang menyokong dakwaan tembok Yakjuj & Makjuj telah
lama terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:“…
Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97 Ayat
menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut. Beribu-ribu tahun
Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada satu makhluk pun di seluruh
alam ini mampu “menebuk” tembok kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu
apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih
Muslim bahwa Nabi saw bersabda: “Telah mulai terbuka hari ini dari dinding
Yakjuj dan Makjuj sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan
dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk.
(HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu
‘anha). Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 Surah Al-Kahfi yang
menyatakan Yakjuj & Makjuj “tidak dapat menebuknya”?
Ini membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana
fakta tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk tembok. Tembok
tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!!
Untuk penerangan alternatif lebih munasabah ialah
berdasarkan tafsiran melalui buku An Islamic View of Gog and Magog in the
Modern World dan rujukan dan pemahaman tambahan boleh diperolehi daripada buku
Sūrah al-Kahf and the Modern Age dari tulisan Maulana Imran Hosein
MUNCULNYA DAJJAL DARI KHURASAN
Saya percaya bandar Dubai di tanah Arab di sana merupakan
tempat di mana Al-Masih bakal muncul.., di situlah segala-galanya berkumpul.
Sama seperti kes mengenai Tasik Galilee, iaitu satu tempat diberi banyak nama
oleh banyak kaum dan bahasa, namun tempat itu kekal tempat yang sama,..begitu
juga tempat yang bernama Khurasan,
Teori Dajjal telah muncul dari Khurasan adalah berdasarkan
dari hadith Nabi yang berbunyi; “Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur
yang bernama Khurasan.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim)U
ntuk mengukuhkan lagi fakta berkaitan daerah Khurasan
ini,penulis buku “Membongkar Misteri Dajja menjelaskan dan mengiyakan pandangan
bahawa Dubai juga berada dalam daerah Khurasan..Baca hadis biasa dan masyhur
tentang akhir zaman dalam hadis 40 kitab Imam Nawawi, pada topik hadis Iman,
Islam dan Ehsan..
Berikut adalah petikan akhir hadis tersebut.. Beritahukan
aku tentang hari kiamat (bilakah kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya
tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang
tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan
jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala
domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya…”
Menurut pendapat beliau hadis ini (lokasi Dubai) adalah
menepati hadis ini. Bukankah kaum yang tinggal di jarizah Arab termasuk di
Dubai pada asalnya hanyalah pengembala kambing di gurun-gurun panas. Kini Dubai
bangga dengan al Burj dan bangunan tinggi terus dibina dan kini Riyadh mahu
menandingi al Burj. Semua ini menepati kalam nabi dari hadis di atas.
Nabi Muhammad saw melabelkan Khurasan sebagai tempat di mana
Al-Masih Dajjal sanggup menunjukkan mukanya…Tidakkah kita terfikir,.. mana
mungkin ada tempat yang namanya seakan Khurasan akan mudah dikesan oleh
mana-mana manusia, kalau begitu kanak-kanak juga mampu mengesan di mana Khurasan
yang dimaksudkan…
Terdapat 1 berhala besar sedang dibangunkan dekat2 dengan
Dubai, dan yang membangunkan itu “sedang kena” dengan 1 fakta hadis sahih
tentang tanda sebelum kemunculan Al-Masih.
Salam peringatan dari Nabi S.A.W telah direkodkan sejak 1400
Hijrah dalam banyak hadis2 sahih dan ianya benar2 terjadi pada zaman kita.
Hadis itu berkenaan dengan sekumpulan wanita di akhir zaman akan menari2 di
depan berhala besar dan tinggi, sedangkan Islam pernah sampai ke situ… Kitab :
KITAB BERBAGAI FITNAH (CUBAAN) DAN TANDA TANDA HARI KIAMAT
Bab : Bab Tidak akan berlaku Kiamat Sehingga Bani Daus
Menyembah Berhala Zal Khalasah5173 Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Kiamat
sehinggalah perempuan-perempuan tua Bani Daus memukul gendang sambil
mengelilingi (untuk menyembah) Zal-Khalasah iaitu berhala yang disembah oleh
Bani Daus pada zaman Jahiliyah di
Tabalah.________________________________________________________________________________________
FITNAH
DAJJAL
sumber:http://ohtidak.com/oh-dubai-dan-berhala-tertinggi-di-dunia/
Masa untuk kemunculan
Imam Mahdi akan hadir tidak lama lagi,
Mereka2 yang masih kekal di dalam liputan sistem2nya “tidak
mungkin” dapat membezakan siapakah Al-Masih yang sebenarnya, dan sebelom itu
umat Islam akan diuji dengan bahang kepanasan yang berturut2 selama 3 tahun,
Diriwayatkan oleh Ahmad yang diterima dari Asma binti Yazid
al ansariah:-
“Pada suatu hari, Rasulullah saw datang ke rumahku. Baginda
menceritakan perihal Dajjal lalu berkata; Tiga tahun menjelang kedatangan
Dajjal akan terjadi kemarau dan saat kekeringan. Pada tahun pertama langit
menahan satu pertiga air hujan dan bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada
tahun kedua langit menahan dua pertiga air hujan sedangkan bumi menahan dua
pertiga tumbuhannya. Pada tahun ketiga langit menahan kesemua hujannya, begitu
juga bumi menahan kesemua tumbuhannya.
”Kerana kemarau panjang selama 3 tahun inilah Tasik Galilee
sudah hampir mengering..
Hadis lain berkaitan Tasik Galilee:”Al-Mahdi akan
mengeluarkan tabut dari Tasik Tiberias/ Tibriyah.”(Iqd al-Durar fi Akbar
al-Imam al-Muntazar oleh Syeikh Jamaluddin Yusuf al-Damisyqi)
Apakah Imam Mahdi akan menguasai kawasan itu daripada
tentera Israel lalu mengeringkan Tasik Galilee dan mengeluarkan tabut? Ataupun
mungkinkah tentera Israel ada membina kompleks rahsia di bawahnya dan
menyorokkan tabut di situ?..
Persoalan ini saya tinggalkn di sini..kerana saya bukanlah
orang selayaknya mentafsir hadis ini.. Cuma mahu mengajak sahabat2 lain untuk
sama-sama berfikir dan mengkaji terus mengkaji..
PENUTUP-Hafal 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi atau 10 ayat
terakhir – Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari
surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh
ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari
fitnah Dajjal..
Dalilnya adalah hadis dari Abu Darda radliallahu `anhu dari
Nabi s.a.w berkata:“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah
Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai,
Tirmidzi)“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi
akan terjaga dari fitnah Dajjal.”(HR Imam Ahmad) -Baca doa selepas Tahiyyat
Akhir seperti berikut:- kewajipan untuk berlindung dari fitnah Dajjal merupakan
perkara yang amat penting buat kita. Kerana dalam sebegitu banyak hadis2 kita
telah di diberi beberapa ‘amaran’ oleh Rasulullah s.a.w tentang bahayanya
Dajjal.
Sebab itu dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:“Bila
seseorang selesai membaca Tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan
kepada Allah empat perkara, iaitu: ‘ Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari
siksa neraka jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dan dari
fitnah Dajjal’. [Selanjutnya, hendaklah ia berdoa memohon kebaikan utk dirinya
sesuai kepentingannya]” [Hadith riwayat Muslim, Abu 'Awanah, Nasa'i dan Ibnu
Jarud dalam Al-Muntaqa (27)] Dalam riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad dengan sanad
yang sahih, Nabi selalu membaca doa tersebut dalam Tasyahudnya.
Lihatlah betapa pentingnya untuk kita berlindung dari fitnah
Dajjal tersebut, Nabi s.a.w seorang manusia yang secara mutlaknya mendapat
lindungan dari Allah sendiri selalu memohon perlindungan dari fitnah
dajjal,..sedangkan siapalah kita disisi Allah?.. Bahayanya fitnah dajjal ini
bukan sahaja mengelirukan orang awam yg rendah ilmu dan imannya, tetapi jika di
lihat sejarah, berapa ramai ulama’ terkeliru dengan Dajjal ini, baik Dajjal
kiasan ataupun realiti. Fitnah dajjal amat dasyat, boleh jadi seseorang yg
awalnya Islam akan tersesat di akhir hayatnya..Nauzubillah.. -Sistem kapitalis
akan hancur tidak lama lagi..-Marilah buat persediaan, ...WALLAHUALAM
kredit to
MERONG
Bismillahirahmanirahim,As-salam dan salawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat,as-salam juga kepada para nabi dan rasul serta waliuallah, arifbillah, para syahid, ulama' dan umara', para guru, susur galur keturunan kita, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, yang hidup dan mati baru atau mati lama. Al fatihah. Assalamualaikum Tuan.Terima kasih diatas pengetahuaan dan kajian Tuan.Disini saya mencadangkan Tuan untuk mengkaji sejarah perang napoleon, knight of templer, pope terakhir,ribut matahari.Insyallah tuan akan dapat sedikit jawapan mengenai kajian Tuan seperti diatas.
ReplyDeleteAdakah semua cerita ini benar dari Al quran atau di reka semata - mata?
ReplyDeleteinfo menarik..
ReplyDelete