Misteri Hajar Aswad Dan Rahsia Besar Ketika Menciumnya
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah
Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan
jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril.
Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan
lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup,
dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s,
iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan
Umrah.
Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa
Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari
kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap
orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.
Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa
ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau
pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya
Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.
Asal Usul Hajar Aswad
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah
banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung
dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan
meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah
bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa
kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau
mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu
bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang
mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan
sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik
itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya,
"Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak
memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi
Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang
pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium
Hajar Aswad.
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam
Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan
dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang
sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat
dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam
seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak
berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak
manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di
Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari,
alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat
(dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga
akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu
yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia
hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam
Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji
tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa
kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW
menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah
menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi
Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah
berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa
nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)
Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain
Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul,
sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.
Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi
Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian,
hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.
kredit to zharifjenn
No comments:
Post a Comment