Sunday, December 16, 2012

Fungsi butang Bookmark/Favorite pada pelayar internet anda

Saya sungguh terkejut kerana masih ada orang kita tak tahu apa fungsi butang Bookmark/Favorite pada setiap pelayar internet yang mereka gunakan tak kira pada samada Firefox GoogleCrome Opera atau IE (IE dinamakan Favorite) dan bagaimana cara nak mengunakanya.  Hari ini saya akan tunjukan bagaimana menyimpan dan memangil kembali laman web kegemaran anda ke pelayar internet anda dengan mengunakan butang bookmark/Favorite ini. Pada yang dah tahu tak apalah angap sahaja tips ini bagi mereka yang tak tahu mengunakanya kerana pada saya tak semua orang tahu segalanya.

Ada 2 fungsi utama butang  bookmark/Favorite ini.

1. Menyimpan address sesuatu laman web yang anda sukai dan selalu lawati secara kekal
2. Memangil semula laman web itu bila bila masa tanpa anda perlu menaip addresnya kembali
( disini saya mengunakan Firefox dan saya tunjukkan contoh bagaimana cara menyimpan dan memangil kembali Blog Komputer dan Anda mengunakan butang Bookmark/Favorite)

Cara menyimpan ke Bookmark/Favorite
1. Masuk ke laman web pilihan anda dengan menaip addrees
2. Pilih Add bookmark atau Favaroute (lihat gambar)
3. Klik ADD dan selesai . alamat web tersebut akan tersimpan pada bookmark/Favaroute



Cara mengambil kembali laman web yang telah di Add dalam Bookmark/Favorite.
1. Masuk ke pelayar internet anda
2. Klik pada butang bookmark atau favorite
3. Akan keluar semula alamat yang anda telah simpan tadi (lihat gambar)
4. Klik pada alamat tersebut dan anda dapat semula laman web kegemaran anda (mudahkan)

Selamat mencuba, bagi yang tahu dah tu senyum je lah

No comments:

Post a Comment