Monday, December 3, 2012

Windows 8 dan keperluan asas PC anda untuk mengunakanya


Windows 8, membawakan antaramuka yang serba baru, dan ditawarkan bersama-sama pelbagai peranti baru, bukan sahaja komputer riba dan juga desktop, tetapi turut sama didatangkan dengan tablet dan pelbagai peranti dengan sokongan sentuh padanya.


Sistem operasi Windows baru ini ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu

1. Windows 8,
2. Windows 8 Pro
3. Windows RT.

Windows 8

Windows 8  menawarkan pengalaman penggunaan desktop penuh, membolehkan bukan sahaja aplikasi daripada Windows Store dipasang, tetapi fail-fail individu dalam bentuk .exe dan sebagainya turut digunakan padanya.
Windows 8 juga membolehkan akses desktop yang lebih meluas, dan menyokong pelbagai perkara tambahan padanya.

Windows 8 Pro
Windows 8 Pro pula membawakan beberapa ciri-ciri tambahan seperti sokongan BitLocker, PC Virtualiztaion dan sebagainya, dan lebih memfokuskan pengguna teknikal
Bagi pengguna biasa, mungkin Windows 8 memadai untuk digunakan dalam aktiviti harian, dan juga untuk hiburan (gaming, tonton video, dengar lagu) dan sebagainya.

Windows RT.
Windows RT, ia dikhaskan sepenuhnya untuk tablet dan peranti dengan skrin sentuh.

Windows RT hanya boleh digunakan dengan terhad, dimana ia memfokuskan kepada antaramuka baru (Metro), dan untuk akses desktop, ia sekadar menawarkan akses untuk aplikasi Microsoft Office RT sahaja. Ia tidak membenarkan sebarang aplikasi atau perisian daripada pihak ketiga dipasang seperti sistem operasi Windows sekarang (dengan hanya menggunakan fail .exe atau .msi).

 Keperluan asas PC anda untuk Install Windows 8

1. Desktop PC atau laptop Anda paling kurang  mempunyai  RAM sebanyak 2GB,
2.  Ruang cakera keras paling sekurang kurangnya  20GB.
3.  Cip pemproses paling sekurang kurangnya berkepantasan 1Ghz.
4.  Untuk grafik, Windows 8  memerlukan komputer dengan Direct X 9 dan untuk kesan terbaik mengunakan Direct X 10.
5. Resolusi skrin yang paling asas adalah 1366×768 piksel.
6. Windows 8 memerlukan Anda memasukkan Microsoft ID (alamat email Windows Live) untuk mula menggunakannya.

Bagaimana kalau komputer anda dari jenis yang sudah terlalu lama ???

Pastikan cip pemproses yang digunakan sekurang-kurangnya adalah Intel Pentium 4, Intel Celeron atau Intel Atom ( netbook). RAM pula misti sekurang-kurangnya 2GB , Resolusi skrin pula sekurang-kurangnya 1024×768 piksel. Paparan terbaik untuk menggunakan Windows 8 di komputer lama ada lah 1366×768 piksel.  Untuk penguna Pentium 3 kebawah tidak sesuai untuk Windows 8

No comments:

Post a Comment