Monday, June 17, 2013

Jangan tertipu dengan tawaran harga murah Lapptop ,Netbook & Desktop



Hari ini saya nak jelaskan dan bagi pencerahan kenapa harga Laptop dan Netbook berbeza beza walaupun pada hakikatnya mempunyai spesifikasi dan prosesor yang sama di jual di kedai kedai  atau di PC fair.

Ada orang mengatakan ianya hanya dapat membeli Laptop prosesor I3 pada harga RM 1300 sedangkan ada pula kedai kedai tertentu  meletakan harga antara RM 1600 ke RM 1700 malah ada menjangkau ke RM 2000 untuk jenis yang laptop yang sama sama. Kenapa terjadi begitu.

Dari pengalaman saya menjual dan membeli komputer sebenarnya ada bebarapa faktor lain mengakibatkan komputer yang mempunyai prosesor yang sama tetapi berlainan harganya. di sini saya akan berikan sebabnya untuk anda teliti perbezaanya.

 Harga di tentukan oleh.

 1. Mengikut brandedatau jenama komputer tersebut
 2. Mengikut generasi prosesornya (G1,G2, G3)
 3. Ada atau tiada graphic dan jenis graphic kadnya
 4. Pree DOS atau Original OS (genuine OS)
 5. Crack OS (Cetak rompak)
 6. Jenis OS yang digunakan (windos 8, win7 Ultimate, Profesional atau Starter)
 7. Jumlah program yang terinstall di dalamnya.
 8. Sudah Out of date komputer tersebut atau keluaran yang terbaru
 9.  kebesaran RAM di dalamnya
10. Muatan HDyang di bawanya
11. Prosesor yang di gunakanya, (Pentium, Celeron atau AMD)
12. Kekuatan atau kelajuan speed prosesornya

Anda kena perhatikan kesemua faktor diatas dan anda bandingkan harganya misti berlainan walau pada prosesor yang sama di gunakan. Jika anda tidak mahir minta lah bantuan yang mahir untuk membelinya.

Jangan anda tertipu dengan tawaran harga murah yang di berikan apa lagi jika anda terkena beli dengan harga yang mahal walaupun hakikat sebenarnya komputer tu murah sahaja

Sebagai contoh untuk dapatkan original OS Windows Ultimate anda kena menambah RM 480 lagi dalam bil laptop yang anda dapat dengan harga RM 1300 tadi. Tetapi jika anda dapatkan Windows original dengan harga tersebut anda memang pandailah. tapi cuba pula kaji apa apa 12 perkara yang telah di lebihkurangkan dalam pembelian tersebut . Pada saya murah tu tentu bersebab

hati hati dengan mainan peniaga.

No comments:

Post a Comment