Wednesday, June 12, 2013

Kipas Punca komputer selalu Shutdown



Jika anda mengalami masalah komputer anda kerap shutdown atau suka shutdown dengan sendirinya masalah utamanya selain dari kegagalan Software anda ialah berpunca dari kepanasan melampau pada komputer anda . Tentu sahaja jika di kaji mengapa kepanasan ini terjadi adalah di sebabkan kegagalan sistem penyejukanya iaitu antara HitShink atau kipas prosesornya. Antara kedua ini tentu sahaja kipas menjadi masalah kerana Hitsink hanyalah besi mati penyerap haba bagi mengurangkan kepanasan motherboard manakala kipas pula sentiasa hidup setiap kali anda ON komputer.

Mari kita lihat kenapa Kipas menjadi puncanya komputer anda sering Shutdown
1. Kipas yang tidak berputar seperti asal jumlah rpm nya telah berkurang
2. Kipas yang di penuhi habuk dan kotoran
3. Ada penghalang kepada pengaliran haba antara kipas dan prosesor
4. Besi penyerap haba di bawah kipas yang sangat kotor dan berabuk
5. Kipasnya memang mati atau tak berfungsi

Jadi apabila komputer anda mula shutdown sendiri cuba periksa keaadaan kipas ada tak ciri ciri diatas yang menjadi penyebabnya. kalau ada cepatlah servis atau tukar kipasnya kalau anda tidak mahir mintalah orang yang mahir melakukanya.

No comments:

Post a Comment