Wednesday, June 19, 2013

Cara nak selamatkan data dari CD/DVD yang Rosak dan tercalar


Pernah tak anda kena macam ni nak copy satu data mustahak dalam CD/DVD  tetapi tak boleh sebab CD/DVD tu tercalar atau corrupetd, baru copy separuh je terhenti. Sebenarnya ada dua cara mengatasinya iaitu melalui rawatan fizikal dan melalui pengunaan software. Rawatan fizikal pada CD/DVD tersebut lebih kepada petua petua sahaja yang patut anda coba bagi sekurang kurannya menyelamatkan data kesayangan anda.



Petua;
Pilih salah satu dari petua ini atau anda boleh mencuba ke tiga tiganya sekaligus

1. Cuci bahagian berkilat CD/DVD anda mengunakan Pisang. (gunakan pisang masak tau) Nampak lawak kan tapi ianya berkesan walaupun hanya sekadar untuk sementara anda menyelamatkan data data yang anda perlukan, Yang mustahak data anda dapat di pindahkan.
2. Cuci bahagian berkilat mengunakan ubat gigi, masuk dan selamatkan data lepas tu buang la CD/DVD  tu
3. Cuci bahagian berkilat dengan wax pencuci kereta dan keringkan kemudian cuba gunakan boleh tak.

Guna Software
2. Ada satu sofware untuk selesaikan masalah ni bukan saja untuk CD/DVD data malah Audio vedio atau gambar masih boleh di copy . Cuma prosessnya agak lambat dan kejayaanya tidaklah 100 peratus,

Download dan gunakan  sofware Unstoppable Copier 

Kalau kesemua cara diatas tidak mampu menyelamatkan data anda , (Tak dapek teman menolonyeeee..he he he he..... kata orang Perak)

Tuesday, June 18, 2013

Injin pencari Babylon dan pelbagai Search Injin yang tak berguna menyibuk di Firefox anda


Saya pernah menulis mengenai injin Babylon menyibuk di Google Crome anda dan cara mengatasinya pada entri terdahulu dan saya telah berjanji akan menulis  bagaimana menyelesaikan masalah yang sama jika terjadi pada injin Mozila Firefox anda pula.Anda kena tahu walaupuan masalah yang sama tapi cara atasinya sangat berbeza bergantung kepada jenis injin pencari yang anda gunakan.


untuk atasinya ikuti langkah berikut
1. Buka Firefox anda
2. Pada kotak search cari dan klik tanda anak panah (lihar gambar di sebelah satrup)
3. Akan keluar kotak senarai program yang terinstal pada firefox anda
4. Pilih manage search engine
5. Akan keluar suatu kota dialog menyenarai program yang terinstal pada firefox anda
6. Pileh dan remove program yang menyibuk di enjin firefox anda dan tekan ok
7. Tinggalkan apa yang anda mahu sahaja dan tekan ok dan Selesai

Selepas ini jika anda membuka firefox anda tiada ganguan lagi 
selamat mencuba

Monday, June 17, 2013

Jangan tertipu dengan tawaran harga murah Lapptop ,Netbook & Desktop



Hari ini saya nak jelaskan dan bagi pencerahan kenapa harga Laptop dan Netbook berbeza beza walaupun pada hakikatnya mempunyai spesifikasi dan prosesor yang sama di jual di kedai kedai  atau di PC fair.

Ada orang mengatakan ianya hanya dapat membeli Laptop prosesor I3 pada harga RM 1300 sedangkan ada pula kedai kedai tertentu  meletakan harga antara RM 1600 ke RM 1700 malah ada menjangkau ke RM 2000 untuk jenis yang laptop yang sama sama. Kenapa terjadi begitu.

Dari pengalaman saya menjual dan membeli komputer sebenarnya ada bebarapa faktor lain mengakibatkan komputer yang mempunyai prosesor yang sama tetapi berlainan harganya. di sini saya akan berikan sebabnya untuk anda teliti perbezaanya.

 Harga di tentukan oleh.

 1. Mengikut brandedatau jenama komputer tersebut
 2. Mengikut generasi prosesornya (G1,G2, G3)
 3. Ada atau tiada graphic dan jenis graphic kadnya
 4. Pree DOS atau Original OS (genuine OS)
 5. Crack OS (Cetak rompak)
 6. Jenis OS yang digunakan (windos 8, win7 Ultimate, Profesional atau Starter)
 7. Jumlah program yang terinstall di dalamnya.
 8. Sudah Out of date komputer tersebut atau keluaran yang terbaru
 9.  kebesaran RAM di dalamnya
10. Muatan HDyang di bawanya
11. Prosesor yang di gunakanya, (Pentium, Celeron atau AMD)
12. Kekuatan atau kelajuan speed prosesornya

Anda kena perhatikan kesemua faktor diatas dan anda bandingkan harganya misti berlainan walau pada prosesor yang sama di gunakan. Jika anda tidak mahir minta lah bantuan yang mahir untuk membelinya.

Jangan anda tertipu dengan tawaran harga murah yang di berikan apa lagi jika anda terkena beli dengan harga yang mahal walaupun hakikat sebenarnya komputer tu murah sahaja

Sebagai contoh untuk dapatkan original OS Windows Ultimate anda kena menambah RM 480 lagi dalam bil laptop yang anda dapat dengan harga RM 1300 tadi. Tetapi jika anda dapatkan Windows original dengan harga tersebut anda memang pandailah. tapi cuba pula kaji apa apa 12 perkara yang telah di lebihkurangkan dalam pembelian tersebut . Pada saya murah tu tentu bersebab

hati hati dengan mainan peniaga.

Friday, June 14, 2013

SYRIA (SYAM) Perang yang di sebut Hadith NABI S.A.W




Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

kredit to http://petunjukzaman.blogspot.com

Wednesday, June 12, 2013

Kipas Punca komputer selalu Shutdown



Jika anda mengalami masalah komputer anda kerap shutdown atau suka shutdown dengan sendirinya masalah utamanya selain dari kegagalan Software anda ialah berpunca dari kepanasan melampau pada komputer anda . Tentu sahaja jika di kaji mengapa kepanasan ini terjadi adalah di sebabkan kegagalan sistem penyejukanya iaitu antara HitShink atau kipas prosesornya. Antara kedua ini tentu sahaja kipas menjadi masalah kerana Hitsink hanyalah besi mati penyerap haba bagi mengurangkan kepanasan motherboard manakala kipas pula sentiasa hidup setiap kali anda ON komputer.

Mari kita lihat kenapa Kipas menjadi puncanya komputer anda sering Shutdown
1. Kipas yang tidak berputar seperti asal jumlah rpm nya telah berkurang
2. Kipas yang di penuhi habuk dan kotoran
3. Ada penghalang kepada pengaliran haba antara kipas dan prosesor
4. Besi penyerap haba di bawah kipas yang sangat kotor dan berabuk
5. Kipasnya memang mati atau tak berfungsi

Jadi apabila komputer anda mula shutdown sendiri cuba periksa keaadaan kipas ada tak ciri ciri diatas yang menjadi penyebabnya. kalau ada cepatlah servis atau tukar kipasnya kalau anda tidak mahir mintalah orang yang mahir melakukanya.

Monday, June 10, 2013

Pilihan raya umum Malaysia ke-13 paling mencabar




Inilah pilihan raya kali pertama Rakyat Malaysia berpeluang memilih PM samada Datuk Najib atau Anwar Ibrahim

Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad.[1] Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei.[2] Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.[3]

Pada 3 April 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.[4] Beliau juga memberi jaminan sebarang perubahan kuasa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri akan berjalan dengan aman.[5]
Pada 10 April 2013, SPR mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon ialah 20 April dan pilihan raya pada 5 Mei, hari Ahad.[6]
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.[7] Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.[8]

Kredit to  http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia

Sunday, June 2, 2013

Mebenarkan orang tententu sahaja yang boleh Chat dengan anda setiap kali anda online



Kawan anda terlalu ramai dan anda hanya ingin orang tertentu saha yang boleh berchating dengan anda di FB tanpa ganguan dari orang lain. Malah orang lain juga tak akan nampak anda sedang online. ikuti cara di bawah
1. Masuk ke FB anda
2. Pilih Options
3. Pilih turn Of Chat
4.Pilih

Turn off chat for all friends except...



5. Ad kan orang yang anda ingin chat samada 1 orang atau berapa bilangan yang anda suka la
6. Selesai . lepas ini hanya orang pilihan anda akan boleh berchat dengan anda dan nampak anda online

Oh ya jika anda menyampah dengan friends tertentu  anda boleh hilangkan dia dari rakan chat anda dengan pilihan


Turn off chat for only some friends...

10 negara paling banyak penduduknya beragama ISLAM





1. Indonesia : 182,570,000 orang
 
2. Pakistan : 134,480,000 orang
 
3. India : 121,000,000 orang

4. Bangladesh : 114,080,000 orang

5. Turki : 65,510,000 orang

 6. Iran : 62,430,000 orang
 
7. Mesir : 58,630,000 orang
 
8. Nigeria : 53,000,000 orang
 
9. Algeria (Al-Jazair) : 30,530,000 orang
 
10. Morocco : 28,780,000 orang