Friday, August 27, 2010

Kesan masalah komputer anda melalui bunyi

Anda boleh mencari punca masalah komputer anda dengan cara mengesan
Bunyi BIOS komputer anda jika anda mahir mengikut jenis BIOS yang di gunakan oleh komputer anda.

Bagi Motherboard yang di lengkapi dengan :

AMI BIOS

Sekiranya BIOS mengeluarkan bunyi BEEP sekali
Kemungkinan RAM mempunyai masalah/Defective atau Pemasangan RAM yang tidak betul.

6 BEEPS
GATE A20 error , Kebiasaannya disebabkan oleh keyboard yang defective atau rosak.

8 BEEPS
Kemungkinan Video Card mempunyai masalah/Defective atau Pemasangan Video yang tidak betul.

11 BEEPS
Checksum Error, melibatkan CMOS bateri didalam Motherboard. Periksa Bateri CMOS kemungkinan sudah lemah atau habis.

--------------------------------------------------------------------------------------

Award BIOS

BIOS mengeluarkan Bunyi BEEP yang panjang
Memory ERROR atau RAM tidak dipasang pada Slotnya dengan betul.

1 BEEP panjang , 2 BEEP pendek
Menandakan Video Card menghadapi masalah dan kemungkinan rosak.
Boleh juga disebabkan oleh pemasangan yang tidak betul.

1 BEEP panjang , 3 BEEP pendek
Terjadi disebabkan oleh keyboard yang tidak dipasang atau kemungkinan Defective. Juga Video Card error yang disebabkan oleh BIOS yang starting dengan BIOS version 4.5

BEEP yang berpanjangan (Continuos BEEP)
Memory/RAM atau Video Card tidak dipasang (Not Detected)

--------------------------------------------------------------------------------------

Pheonix BIOS

1 BEEP, 1 BEEP, 4 BEEPs
Disebabkan oleh BIOS yang tidak berfungsi (Malfunction)

1 BEEP, 2 BEEPs , 1 BEEP
Disebabkan oleh Motherboard yang rosak (Defective)

1 BEEP, 3 BEEPs, 1 BEEP
Masalah yang disebabkan oleh RAM yang bermasalah atau pemasangan RAM yang tidak betul.

3 BEEPs, 1 BEEP, 1 BEEP
Juga disebabkan oleh Motherboard yang rosak (defective)

3 BEEPs, 3 BEEPs, 4 BEEPs
Video Card yang tidak berfungsi atau disebabkan oleh pemasangan Video Card yang tidak betul.

Wednesday, August 25, 2010

Apa yang perlu anda tengok bila nak beli komputer atau Notebook

Apa yang paling mustahak anda kena tengok bila nak beli sesebuah komputer

1. Speed procesor = Jenis dan kelajuannya
2. RAM = Muatan dan Jenisnya
3. Muatan Hard Disk = Berapa besar muatanya
3. Keperluan apa = Untuk kegunaan apa komputer tersebut
4. Jenama = Pastikan yang berjenama
5. Waranty/Gerenty = Berapa lama

Tuesday, August 24, 2010

Apa beza anda Log In sebagai ADMIN, USER dan GUEST

Terdapat 3 jenis User Account: iaitu Administrator,User dan Guest
apakah perbezaan yang anda dapat jika anda log in melalui salah satu user ini

Administrator
User jenis ini memiliki hak akses dan kontrol sepenuhnya terhadap konfigurasi sistem, konfigurasi User, dan konfigurasi instalasi program.
User tidak memiliki batasan apapun dan boleh melakukan apa saja pada komputer, termasuk menambah atau menghapus User lain, install atau uninstall program, juga mengubah seluruh konfigurasi di dalam komputer, dan sebagainya.
Bila UAC diaktifkan, UAC hanya akan meminta konfirmasi “Ya” atau “Tidak”, “Continue” atau “Cancel”, tanpa meminta User untuk memasukkan password Administrator ketika User melakukan aktiviti yang dianggap UAC sebagai restricted activity/operation.

User
User memiliki hak akses dan kontrol komputer yang hampir sama dengan Administrator dengan batasan-batasan hak akses dan kontrol tertentu.
User dapat melakukan hampir semua hal dengan komputer selama dianggap tidak mengangu keseluruhan konfigurasi komputer secara keseluruhan
User bole melakukan install dan uninstall program, membuat dan menghapus file, serta menjalankan program-program.
User boleh menjalankan beberapa aktivit penggunaan komputer dengan hak akses dan kontrol komputer seperti dimiliki User Administrator dengan syarat ia dapat memasukkan Password Administrator yang diminta UAC . Hanya bilamana aktiviti Standard User dianggap akan mempengaruhi konfigurasi sistem, konfigurasi user, konfigurasi UAC, juga konfigurasi Program-program yang telah terinstal pada folder Program files, maka UAC akan meminta User untuk memasukkan password Administrator.

Guest
User jenis ini sebenarnya tidak memiliki User Account.
User ini terbatasan, sehingga beliau tidak boleh untuk mengubah apapun, hanya di benarkan untuk menjalankan aplikasi-aplikasi tertentu
Sesuai dengan namanya, Guest ibarat seorang tamu dari luar yang dipersilakan masuk rumah untuk melihat-lihat isi rumah dan dibenar melihat dan memegang beberapa barangan tetapi tidak di benarkan mengubah susunan barang-barang yang sudah diatur oleh si pemilik rumah tersebut , tuan punya rumah adalah Administrator.

Jadi fikir fikirlah user mana patut di letak password

Monday, August 23, 2010

Beza Hosting dan Domain

Hosting

Hosting kalau nak ibaratkan dengan sesuatu ialah rumah yang anda sewa/beli. Jadi hosting digunakan untuk anda letakkan blog anda, gambar-gambar didalam blog dan sebagainya. Terdapat dua jenis hosting iaitu yang pertama anda boleh gunakan hosting yang percuma yang disediakan oleh pemilik hosting seperti blogspsot.com ataupun wordpress.com
Kedua hosting berbayar kelebihan hosting berbayar anda boleh letak apa sahaja selagi ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Tidak terhad kerana anda membayar untuk hosting tersebut

Domain
Domain dalam bahasa mudah ialah alamat kepada rumah/hosting, jadi apa perbezaan domain berbayar dan domain percuma yang disediakan oleh blogspot.com?
Prbezaanya yang percuma ialah anda hanya menumpang domain/alamat mereka tetapi yang berbayar terus kepada nama/alamat anda sendiri,
alamat domain berbayar lebih khusus,tak perlu berkongsi. hanya terus dot com, dot net ataupun segala jenis dot penampar ke penyepak ke he he he

Friday, August 20, 2010

Macamana nak download video yang ada dalam facebook



Ada ketika kita berkenan sangat video yang di masukan oleh rakan anda ke facebook dan anda nak simpan video tu ke komputer anda atau dengan lain kata anda nak muat turun video tu. macamana ya.


Sebenarnya ada cara nya tetapi ini hanya untuk penguna browser Mozilla firefox sahaja
anda kena ADD ON la dulu freware facebook video kedalam Firefox anda


1. Pastikan browser yang di gunakan adalah firefox
2. Masuk ke browser firefox anda
3. Download Facebook Video 2.1.8
4. ADD ON ke dalam Firefox anda
5. Carilah Video yang anda nak download tu
6. Klik pada video itu dan akan keluar menu tambahan yang sebelum ini tiada di sebelah kanan seperti dalam gambar (Yang bertanda kuning tu Download ,embed dan convert)
7. Buat lah pilihan nak download ke atau embed sahaja video tu

Selesai dan nikmatilah vedio kegenaran anda

Petunjuk arahan

Download = muat turun
Embed = Copy paste alamat untuk letak di laman web lain
Convert = nak tukar format video tersebut

Thursday, August 19, 2010

Google Britain Malay translation











Pengunaan google terjemahan Melayu ke Inggris lebih baik dari google translate kerana cara terjemahanya lebih baik dan lebih tersusun . Baik terjemah artikel dari inggris ke melayu atau sebaliknya. Ianya juga berguna sebagai kamus persendirian dan dapat membantu anda menterjemah maksud ayat yang anda perlukan malah mendengarnya. Ianya juga boleh menterjemah ke pelbagai bahasa utama dunia.

Lihat pada gambar saya terjemahkan salah satu artikel komputer saya dari melayu ke ingeris

cubalah

Google Britain Malay translation

Wednesday, August 18, 2010

Nak gambar profile teman rapat anda sentiasa di atas sekali di facebook anda
















Kawan kawan rapat atau sedara mara tentu nak di berikan tempat yang special di muka depan facebook anda . Bagaimana anda nak pastikan mereka muncul dalam senarai teratas di face book anda macam dalam gambar ni


ikuti langkah ini

Pertama, login dengan akun facebook masing-masing.

Kedua, klik menu Profil.
Ketiga, pada Friends Box, klik gambar pensil (edit).

Keempat, pada combo box Show xx Friends, kita dapat memilih 6,9, atau 12 untuk menampilkan jumlah teman yang akan muncul pada Friends Box.

Kelima, pada “Selalu tampilkan teman-teman ini” ketikkan nama-nama teman kita yang akan selalu ditampilkan pada Friends Box.

siap dan anda akan dapati 12 orang teman rapat anda berada diatas sekali walau anda ada beribu ribu teman yang lain, yang tak termasuk jangan kecik hati kerana dia muat untuk 12 orang je he he he

Beza WIFI , WiMax dan Bluetooth



















WiFi ,WiMax dan bluetooth adalah teknologi tanpa wayar (wireless) yang ada dalam komputer anda
(Biasanya dalam netbook dan laptop lah) Kalau kat desktop anda mungkin kena beli adapter tambahan untuk ujudkannya jika tidak disediakan


WiFi selalu digunakan untuk menyambungkan komputer dalam LAN seperti di rumah, kafe, lapangan terbang dan lain lain.
WiFi berasaskan standard IEEE 802.11, masih perlukan wayar sambung ke MODEM

Manakala WiMax pula untuk menyambungkan komputer di kawasan yang luas seperti satu negeri malah negara. Jarak luas guna MAN
Wimax berasaskan standard IEEE 802.16. Tidak memerlukan wayar langsung macam telefon


Bluetooth adalah teknologi tanpa wayar untuk jarak yang pendek (PAN) contohnya telefon bimbit ke telefon bimbit lain, komputer ke kamera dan lain lain.

Kenapa USB Flash Disk anda rosak

Ada beberapa sebab utama Flash disk anda akan rosak walaupun pada hakikatnya ianya sangat susah untuk rosak jika tanpa sebab sebab yang kuat. Kalau tak masakan penjual berani gerenti sampai 5 tahun kan.

Antara punca USB Flash Disk anda akan rosak

1. Anda terlupa yang Flasdisk anda ada di Deskboad kereta anda ianya
kepanasan menlentur dan tracknya rosak (kes macam ni tak dapat lindungan garenti)

2. Anda membuat kerja mengunakan fail di dalam Flash disk anda sedangkan
fungsi sebenarnya adalah hanya untuk menyimpan data bukan untuk tempat buat kerja (Contoh anda buka fail microsoft word tu yang masih di dalam Flash Disk)

3. Anda merentap atau mencabut Flash disk anda ketika proses save fail belum tamat atau selesai

4. Termasuk kedalam cawan kopi atau teh ketika anda asyik dok tengok
undetaker dok belasah Jon Shena he he he

5. Anda memang ganas mengunakanya..........

Tuesday, August 17, 2010

Main cabutt je Flash Disk tu boleh ke

Ada orang tengok saya cabut USB Flash disk macamtu je. Tak rosak ke Cik Hashim Oiii. Bukankah kita kena ikut step by step untuk cabut Flash disk dari komputer.

Ya sepatutnya memang kena ikut step by step untuk mencabut flash disk dengan selamat supaya anda tidak kehilangan data atau Flash disk anda akan rosak. Itu untuk window XP atau vista kalau anda dah guna windows 7 jangan risau ianya memang sudah di set ke save remove, (Jika belum di set atau ianya sudah berubah buat semula sama seperti arahan dibawah) Namun untuk penguna windows XP atau Vista kena lah set dulu arahan tertentu supaya lepas ni anda boleh je nak cabut bila bila masa pun flash disk tu selepas di gunakan tanpa risau data hilang atau flash disk rosak

caranya begini

Masukan flash disk di port USB seperti biasa.
kemudian klik kanan icon My Computer,
pilih properties, klik kotak hardware,
pilih device manager.
Klik tanda + di sebelah kanan tulisan "Disk Drives". akan muncul nama Flash disk anda, misalnya, "USB 2.0 Flash Disk USB Device".
Pada tulisan itu klik kanan dan pilih properties.
Klik jendela Policies. Pilih "Optimize for Quick Removal".
Bila pilihan itu sudah ditanda klik OK ,
Siap

lepas ni selesai buat keje boleh cabut terus je flash disk tu, Selamat punya
cubalah

Nak buat Komputer tutup sendiri

















Anda ni memang malas atau selalu terlupa nak tutup komputer bila dah mula buat kerja terutama di waktu malam. Anda terefikir kalau dah ada tukang tutup kan best. Tu lah taraf malas tahap gaban anda
Lupa menutup komputer akan mengakibatkan komputer anda panas dan memungkinkan kipasnya rosak atau mother board anda rosak terus. Jadi memang sah anda perlum pembantu untuk menutup komputer tu

Anda boleh mintak mak atau ayah tolong tutup tapi tau saja lah misti kena leter dulu jadi untuk memastikan anda tidak di leter gunakan software ini untuk membantu anda menutup komputer anda
namanya KShutdown 2.0 Beta 10

selepas download setup kekomputer anda dan buat lah pilihan sendiri bila komputer anda perlu tutup sendiri
Cubalah dan bergembiralah kerana ada orang tolong menjadikan anda lebih malas lagi melebihi dari tahap gaban pertama tadi

Monday, August 16, 2010

Beza http dan https

http adalah singkatan untuk Hypertex transfer protokol untuk setiap laman web memerlukan alamat ini selain dari www. (http://www) dan untuk http ada dua jenis iatu http dan https

Tahukah anda perbezaan dua alamat http ini

sebagai contoh

kalau anda perasan lah untuk http E filling LHDN dan lembaga koko Malaysia ada s

https://e.hasil.gov.my/

https://intranet.koko.gov.my/

dan untuk http Utusan malaysia dan berita Harian tiada s
http://www.utusan.com.my/utusan/
http://www.bharian.com.my/

apakah maksud s itu
sebenar maksud s ini menunjukan alamat http ini telah di secure atau telah di kawal untuk sebarang pencerobohan atau tindakan haccker
Jadi dari sini boleh lah anda pastikan untuk keselamatan anda jika ingin buat sebarang urusan atau pekerkerjaan berkaitan internet atau untuk mememasuk data peribadi melalui internet pastikan dulu ianya mempunya http yang mempunyai s di belakannya untuk keselamatan data dan maklumat peribadi anda
kalau tak dak tu berhati hatilah nanti maklumat peribadi no akaun bank atau sebagainya bocor ketangan orang yang tak bertanggungjawab

Monday, August 9, 2010

Tentukan Arah Kiblat dengan Google Qiblat Locator

Sangat mudah bagi menentukan arah kiblat mengunakakan Google Qiblat Locator walau di mana anda berada yang mustahak anda kena kenal jalan atau pun bagunan yang anda duduki tahulah arah kiblatnya

Cubalah Googleqiblalacator