Ada orang bertanya kepada saya susah tak nak repair laptop atau netbook , jawapan saya mudah sahaja kerana konsep logiknya sama dengan komputer desktop . cuma yang membezakanya kesemua barangan di dalamnya telah di kecilkan bagi memuatkanya dengan saiz laptop atau netbook tersebut. Pada saya mudah membaiki laptop tapi sukar untuk membukanya ( untuk sampai ke bahagian yang rosak) kerana anda terpaksa membuka keseluruhan laptop tersebut . Barangan di dalam nya terkait antara satu dengan lain dan kesalahan mencabut kabel kabel atau wayar yang berselirat akan menjadikan anda gagal memasangnya semula dengan betul. Patutlah selalunya bila repair laptop atau netbook upahnya lebih mahal dari desktop.
Saya mula memahaminya setelah saya terjun dalam bidang ni
Jika anda ingin membuka laptop atau netbook untuk pengantian barang saya perturunkan beberapa tip untuk di ikuti
Saya mula memahaminya setelah saya terjun dalam bidang ni
Jika anda ingin membuka laptop atau netbook untuk pengantian barang saya perturunkan beberapa tip untuk di ikuti
- Gunakan pemutar skru yang betul dan khas untuk sesetengan laptop
- Jika laptop tanpa skru gunakan apa apa kad yang tak berguna (cth ,Kad telephon) untuk menuil celah celahnya agar klip mudah terbuka
- Jangan menuil mengunakan peralatan besi ia akan merosakan laptop anda
- Tanda kan wayar atau cable yang anda cabut supaya anda dapat memasangnya semula dengan betul
- Bila mula membuka belakang laptop anda jangan terus mencabut tanpa melihat dulu wayar wayang yang berkait kait antara bahagian bahagian yang anda buka
- Kenal pasti dulu kompenen didalamnya sebelum di tukar atau di beli baru (misti 100% dari model yang sama)
saya punya netbook takleh on sbb terhempap . Agak agak apa yg rosak eh ?
ReplyDelete