TIPS
Petua komputer
Petua 1
Sempurnakan komputer
Untuk memastikan komputer anda sentiasa laju dan pantas buatlah DEFRAG
setiap 6 bulan sekali atau lebih kerap dari itu dan untuk memastikan aplikasi OS komputer anda sentiasa sempurna buatlah SET UP setahun sekali atau bila anda rasa komputer anda dah mula meragam
Petua Komputer
Petua 2
Kurangkan kerosakan HD
Jika komputer anda tiba tiba hang atau jem jangan terus tutup komputer anda dengan menekan butang power of kerana ini akan mengakibatkan sector HD anda kemungkinan akan rosak cara terbaik ialah dengan reboot komputer anda dengan menekan butang
CTRL ALT DELETE secara serentak dan lepaskan jika masih gagal anda cuba tekan butang reset dan jika kesemuanya gagal barulah anda boleh mengunakan butang power of sebagai jalan terakhirnya.Ingat setiap kali anda mengunakan butang power of keberangkalian HD anda rosak akan lebih tinggi
Petua Komputer
Petua 3
Maintenance Wizard
Komputer yang baik adalah komputer yang mempunyai masa boot yang paling pantas dan boleh berfungsi dengan lancar tanpa hang (tergantung) walaupun
di ON kan berjam jam lamanya. Kebanyakan orang hanya tahu mengunakan komputer tanpa tahu menjaganya supaya ia sentiasa lancar. Bagi memastikan komputer anda berjalan lancar kerja kerja penyelengaraan komputer paling mustahak di lakukan terutama yang melibatkan penyelengaraan HD dan Aplikasinya, dari pengalaman saya membaiki komputer dalam setiap 10 komputer hanya satu sahaja yang mengalami kerosakan hadwarwe yang lainya adalah kerosakan berkaitan HD. ini menunjukan penjagaan HD adalah paling utama.
Kebanyakan oang tak ada masa untuk semua ini kerana terlalu sibuk,tapi sebenarnya ada satu cara paling mudah untuk kita maintenace komputer kita tanpa kita perlu membuatnya satu persatu malah tanpa mengangu jadual kerja seharian kita. Sebenarnya semua komputer menyediakan prosedia penyelengaran ini dalam
MAINTENANCE WIZARD
Kita boleh setkan auto atau secara manual supaya komputer kita sentiasa dijaga oleh program ini
caranya
mula mula pilih Start- Program - Accssories pilih System Tool dan setkan maintenace wirzad anda secara auto atau manual (tanya orang yang tahu nak setkan ini)
saya lebih suka manual kerana saya boleh menjalankan maintenace Wirzad ini ketika saya keladang atau di waktu rehat
Selepas di setkan semuanya
Komputer anda akan lakukan sendiri semua langkah penyelengaraan komputer setelah anda klik kan maintenace wirzad
antara kerja yang dilakukan adalah seperti kerja membersihkan fail yang tidak berguna memeriksa keaadaan HD anda (scandisk) dan menyusun atur fail anda (defrag)
selamat mencuba
Petua Komputer
Petua 4
Shorcut Copy and Paste
Apabila kita melayari laman web di Internet kekadang kita berkenan dengan sesuatu artikel untuk kita simpan dan edit di dalam winword atau
program tex yang lain. Kita boleh terus copy dengan mengunakan mouse atau kita boleh simpan dengan mengunakan format save as.
Sebenarnya ada satu cara lagi lebih memudahkan kita menyalin dan menyimpan text tersebut iaitu dengan mengunakan format pintas ringkas dan cepat di key board anda
begini caranya:
gunakan Ctrl A untuk pilih semua artikel(text)
Gunakan Ctrl C untuk menyalin/Copy
dan akhir sekali gunakan Ctrl P untuk di salin didalam format tex kegemaran anda
kemudian ada boleh save dan edit artikel tersebut
arahan ini juga berguna sekiranya anda tidak boleh menyalin artikel tersebut dengan jalan biasa
kerana artikel tersebut telah di protect jika masih gagal juga ada satu cara lagi tapi agak rumit yang tu kenalah tanya saya secara personal
ok selamat mencuba
Petua Komputer
Petua 5
Disket maya
Anda menghadapi masalah untuk menghantar data yang terlalu besar melalui emel atau anda tidak mahu membawa disket atau CD write kesana kemari kerana di bimbangi hilang atau tercalar. Bagaimana caranya anda nak mengatasi semua masalah ini di mana data yang anda simpan dapat di panggil semula dimana sahaja di dunia selagi anda boleh berintenet. Sebenarnya ada cara yang paling mudah untuk semua ini iaitu dengan mengunakan disket Maya atau virtual disket
Begini caranya
masuk ke alamat ini dan daftar lah sendiri disket maya anda
web.archive.org/web/20000510061605/www.imacfloppy.com/
selamat mencuba
Petua Komputer
Petua 6
Update Virus komputer
Virus komputer adalah ancaman terbesar kepada sistem aplikasi komputer anda. Setiap hari ada sahaja virus komputer baru di tulis dan di sebarkan. Mendapatkan program antivirus terbaru adalah cara terbaik untuk anda menjaga komputer anda dari serangan virus komputer.
Dari pemerhatian saya kebanyakan penguna mengunakan program anti virus terbaru tetapi malangnya ianya masih tidak dapat mengawal (protect) komputer mereka dari serangan virus komputer kerana mereka tidak UPDATE program antivirus mereka. Perlakuan seperti ini samalah seperti kita mengunakan program antivirus yang ketingalan zaman.
Cara terbaik adalah seringlah UPDATE program antivirus anda dengan mengklik LiveUpdate pada setiap program antivirus anda sekerap mungkin.
disyorkan setiap minggu atau pada setiap 2 minggu sekali atau sekurang kurangnya sebulan sekali.
selepas selesai update tutup komputer anda dan on kan semula dan buatlah scan virus. InsyaAllah mana mana virus komputer terbaru akan dapat di hapuskan oleh program antivirus anda.
Petua Komputer
Petua 7
Mencari Fail
Ada ketikanya anda terlupa di manakah fail yang anda buat di simpan anda tak pasti di dalam folder manakah ianya berada sedangkan boss anda pula meminta anda mencari fail tersebut dengan segera. Adalah mustahil untuk anda mencari fail tersebut di dalam setiap folder dalam masa yang singkat dan panik tersebut. Sebenarnya komputer anda boleh tolong mencarikanya dengan cepat.
Begini caranya
Pilih Start
Pilih Find
Pilih Files or folder dan klik
akan keluar find: All Files
taip lah nama fail yang anda perlukan pada kotak dialog Named
dan klik Find Now
Komputer anda akan mencari fail tersebut dan fail fail yang berkaitan atau senama dengannya,
setelah dapat anda cuma perlu klik pada nama fail yang anda perlukan tersebut komputer anda akan membuka mengikut program fail asal yang anda taip
senangkan....
Selamat mencuba
PETUA 8
Tetingkap Internet Explorer anda terbuka secara sendiri tanpa henti dan kemudian Hangs (sangkut)
Pernah tak ketika tengah syok melayari internet tetiba je keluar dengan secara automatik laman laman web yang tak berfaedah mengangu kosentrasi anda melayari laman web pilihan anda dan sampai satu peringkat komputer anda jem terus. Dan anda tak boleh lagi nak mengerakkan mouse anda untuk menutup tetingkap windows internet explore yang terus terbuka. Bagaimana mengatasi masalah ini,
Senang sahaja
begini caranya
Anda tekan CTR ALT DELETE sebanyak 3 kali secara berturut turut dan tekan End Task pada kekotak dialog yang keluar sebanyak yang dia akan keuar le
Komputer anda akan menutup terus Internet Explorer anda dan anda boleh le buka yang baru kemudia nya
Selamat mencuba
PETUA 9
Bagaimana menjimatkan bil Internet di Rumah anda
Kebanyakan kita berkemungkinan ada talian internet sendiri dirumah samada mengunakan TmNet atau Jaring atau lain lain talian tetap. Masalah pengunaan internet di rumah adalah bil internet yang tingi kerana kita mengambil masa yang terlalu lama untuk membaca sesuatu artikel yang kita minati. Bagi pengunaan internet talian tetap di rumah mengambil masa yang banyak untuk membaca artiker tersebut adalah merugikan jadi sebenarnya ada satu cara lain bagaimana untuk menjimatkan bil internet kita. Begini caranya;
Masuk ke semua artikel atau apa yang anda ingin baca satu persatu (jangan baca dahulu) Anda kena pastikan semua artikel itu siap di loading dengan melihat tanda logo di bucu kanan windows Explorer atau Netscape anda berenti bergerak kemudian pilih file pada penjuru kiri tetingkap windows anda dan pilih Save As untuk anda menyimpan artikel tersebut kedalam HD anda.
Buatkan satu Directory khas untuk tujuan ini. Mungkin anda memerlukan masa 15 minit sahaja untuk loading dan save as setiap document yang anda ingin baca ,selepas telah siap dibuat ada boleh le memutuskan talian anda dengan menekan disconet atau mencabut sahaja talian internet ke komputer anda. Selepas itu anda bolehlah membaca semula apa yang telah di simpan tadi selama mana yang anda mahu tanpa melibatkan pengunaan masa talian internet anda.
JIMATKAN
Selamat Mencuba.
PETUA 10
Lupa Password BIOS
Ada sesetengah komputer telah di masukkan Password untuk kawalan CMOS komputer anda supaya anak anak anda tidak boleh mengubah CMOS komputer anda yang akan membuatkan konfigurasi asas komputer anda berubah. Ini adalah baik untuk mengawal konfigurasi komputer anda masalahnya adalah bila komputer anda rosak atau menghadapi masalah konfigurasi anda sendiri tak dapat masuk ke BIOS sekiranya anda lupa Password nya atau memang telah di masukan oleh orang lain semasa pembelian awal dulu. Bagaimana cara mengatasi masalah ni
ada 2 cara
1. Buka komputer anda dan cabutkan bateri pada
mother board komputer anda
2. Cabut Jumper BIOS dan set semula kepada set
Clear BIOS kemudian pasang semula ketempat asal
selepas di BOOT (Pastikan karen dimatikan
ketika setting jummper)
Selepas selesai set semula Jumper dan CMOS anda
seperti kedudukan asal.
Bagi saya pilihan pertama adalah lebih mudah kerana tidak mengangu keseluruhan konfiguras CMOS anda INGAT Jika anda tidak memahami setting CMOS dan arahan DOS anda dinasihatkan jangan mencuba sendiri Rujuklah pada yang Pakar.
Selamat mencuba
KUMPUTER LEMBAB WALAUPUN MEMPUNYAI PROCESOR YANG BERKELAJUAN TINGGI
Ada sesetengah pemilik komputer mempunyai komputer yang berkelajuan tinggi tetapi hakikatnya komputer nya hanya bergerak seperti komputer biasa lain. Sebenarnya ada beberapa masalah yang mengakibatkan perkara ini terjadi
samada komputernya jarang di selengara atau penuh dengan bahan bahan yang tidak di perlukan didalam TMP fail atau didalam chache.
Jika semua penyelengaran ini telah di buat tapi tidak mendatangkan hasil walaupun setelah di setup semula ada kemungkinan lain yang telah mengakibatkan ianya berfungsi begitu
iaitu proses boot komputer tidak menyamai kehendak procesor itu sendiri ini di sebabkan pemasangan jumper yang tidak selaras dengan speed procecor yang anda gunakan. anda boleh pastikan dengan melihat speed procesor anda pada masa anda boot komputer dan adakah ianya menyamai speed yang di tulis diatas setiap procesor jika tidak menyamainya anda hendaklah mengubah jumper pada main board anda atau minta yang mahir melaksanakanya atau rujuk semula di kedai di mana ianya di beli. Jika tindakan tidak di buat kemungkinan prosesor anda terbakar adalah munasabah.
PETUA 12
GANGUAN DALAM INTERNET EXPLORER
Saya banyak di minta membantu membuang ganguan dalam internet explorer terutama bagi penguna yang telah ter install secara tidak sengaja sesuatu laman web yang tak berguna yang terus akan terbuka secara automatik pada setiap kali ianya membuka internet explorernya yang kekadang akan menganggu mereka dalam melayari internet
Sebenarnya tidak lah susah sangat untuk membuang arahan automatik tersebut dari internet explorer bagi mereka yang mahir komputer tapi bagi yang tidak mahir ianya akan menjadi masalah besar kepada pengunanya lebih lebih lagi apa yang tersangkut pada internet explorernya itu laman web yang memalukan. Untuk tujuan tersebut mmencegahnya lebih baik dari mencari untuk membuangkanya.
Petuanya mencegahnya begini
Jika ada laman web yang tidak anda perlukan hidup secara automatik pada mukadepan internet explorer anda beberapa langkah kawalan perlu anda ikuti bagi memastikan ianya tidak akan kekal begitu.
1.Jangan dilayan laman web tersebut dengan menutupnya dengan meklik pada
tanda pangkah di hujung kanan internet Explorer anda.
2. Jangan menekan OK pada kotak dialog yang keluar pada setiap laman web
tersebut
3.Jangan terima arahan Install atau Download pada setiap laman web yang tak
anda perlukan
4.Jika sewaktu anda memangkah terdapat banyak lagi yang keluar secara
automatik anda hendaklah tekan butang CTRL ALT DEL secara serentak
sebanyak 3 kali berturutan dan klik pada END TASK untuk tamatkan terus
internet Explorer anda.
Dengan langkah langkah diatas Insyaalah anda dapat mengelakkan dari laman web tersebut tersangkut dan terbuka sendiri ketika anda melayari linternet.
Jika ianya masih terjadi juga jumpalah mereka yang berkebolehan untuk membuangnya.
Terimakasih
PETUA 13
ARAHAN PINTASAN
Untuk arahan pintasan cubalah arahan ini
Pilih semua teks Ctrl + A
Buka fail Bookmark Ctrl + B
Salin pilihan (utk dipindah ke tempat lain ) Ctrl + C
Tambah Bookmark bar ke fail Bookmark Ctrl + D
Ulang tindakan yang baru dibatalkan ( dalam mel Netscape ) Ctrl + E
Buka kotak dialog pertama utk mencari laman Web, e-mail, perkataan atau frasa Ctrl + F
Buka tetingkap History Ctrl + H
Aktifkan semula paparan berserta imej ( yang telah dibatalkan ) Ctrl + I
Mampatkan folder ( dlm mel Netscape ) Ctrl + K
Buka kotak Location atau dlm mel Netscape, kirim salinan ( forward ) pesanan Ctrl + L
Buka tetingkap mesej composition yang baru Ctrl + M
Buka tetingkap browser yang baru Ctrl + N
Buka kotak dialog open dan cari di dalam direktori fail tertentu utk dibuka Ctrl + O
Mulakan arahan cetak Ctrl + P
Persegar laman semasa atau dalam mel Netscape, balas mesej semasa Ctrl + R
Buka kotak dialog Save As Ctrl + S
Ambil mel baru Ctrl + T
Buka kotak dialog Location Ctrl + U
Tampal pilihan disalin ( misalnya melalui Ctrl + C ) Ctrl + V
Tutup tetingkap yang aktif Ctrl + W
Potong bahan yang dipilih Ctrl + X
Undur, batalkan tindakan terakhir Ctrl + Z
Yahoo! Briefcase.
Ada orang komen kepada saya cadangan saya mengunakan Imacfloppy disk untuk menyimpan data yang boleh di panggil di mana sahaja mempunyai muatan yang terlalu sedikit iatu 3 meg sahaja. Jadi bagaimana untuk mendapatkan suatu tempat simpanan yang lebih besar dan mudah. Saya cadangkan anda gunakan Yahoo! Briefcase yang menyediakan ruang 10 kali ganda Imac iaitu sebanyak 30 meg
masuk ke alamat ini dan daftarlah sendiri Percuma tau.
uk.briefcase.yahoo.com/
Selamat mencuba
CD tertinggal dalam CD ROM selepas suis of
Pernah tak anda mengalami masalah ini. apabila anda dah shut down komputer anda (dah suis off)anda teringat CD tertingal didalam CD ROM anda.
Untuk mengambil balik CD tu selalunya anda kena on dan boot komputer anda kembali sehingga selesai barulah anda boleh mengambil CD nya. Ini memakan masa lebih lebih lagi anda perlu cepat beredar dan anda juga perlukan CD tersebut. Untuk mempercepatkan mengambil CD itu semula senang sahaja gunakan petua ini tanpa anda perlu on komputer anda
Begini caranya
Lihat pada CD ROM anda perhatikan betul betul ada satu lubang kecil pada CD ROM anda. apa yang anda perlu buat ialah ambil jarum peniti dan jolok pada lubang tersebut. CD akan terbuka sendiri dan anda boleh mengambil CD yang tertingal tanpa perlu membuka atau boot komputer anda
Selamat Mencuba
Masalah rangkaian adalah salah satu masalah yang serius kepada pengguna internet.
Beberapa langkah yang boleh diambil untuk menentukan masalah sambungan rangkaian:-
1. Periksa konfigurasi network interface
a. Tengok network interface betul ke tak konfigurasi dia #ifconfig –a. ( kalau WINDOWS, ipconfig /all)
b. Pastikan routed daemon berjalan : #ps –ef | grep routed.
c. Tengok default router @ gateway dengan menggunakan command netstat –rn.
2. Cuba connect ke network dengan menggunakan arahan ping dan telnet. Ping menggunakan protocol ICMP manakala telnet menggunakan protocol TCP.
a. Ping host ex. Ping 10.10.10.1
b. telnet host port ex. telnet 10.10.10.1 80
3. Periksa network cable.
a. Pastikan network cable bersambung.
b. Tengok RJ-45 tu elok atau tak.
c. Pastikan susunan wayar tu betul mengikut standard ISO dan tengok samada ia straight atau cross.
4. Jika gagal lagi, tengok hub dan network card. Perhatikan lampu pada network card tu samada hidup atau tak, kalau tak, cuba tukar network card yang lain, tapi sebelum tu pastikan lampu pada hub hidup, jika lampu pada hub tak idup cuba alihkan ke port lain, mungkin port yang tlh digunakan itu sudah tidak boleh digunakan lagi (bad port).
5. Masih gagal lagi? Pergi tengok router dan restart kalau power supply tak terbakar. Kalau terbakar, beli baru………….
6. Periksa Router
Takdapat juga tanyalah yang lebih pakar
© 2006 Hakcipta milik Hashim Hj Derashid
Create a free website at Webs.com
Subscribe to:
Posts (Atom)