Friday, June 25, 2010

Convert fail video secara online










Anda ada video yang tidak membolehkan anda membaca dengan media player yang ada kerana mempunyai format yang berlainan, Bagaimana nak selesaikan masalah ini

Ada 2 cara iaitu melalui pengunaan sofware video converted atau secara online
Namun begitu kebanyakan software Video converted adalah berlesen dan berbayar
Untuk memudahkan kerja anda saya cadangkan convert sahaja secara online.
Jadi anda perlu gunakan Zamzar online converted

caranya
1. Masuk ke zamzar online Video converted
2. Pilih fail Video yang anda nak convert
3. Pilih nak convert video tersebut ke format apa
4. Masukan emel anda yang aktif
5. Mulakan Convert dan fail yang selesai di convert akan di hantar ke inbox emel anda
6. Buka emel anda dan anda dapatkan fail video yang sudah di tukar ke format pilehan anda
7. Download save dan anda boleh lihat video tersebut


cubalah

Thursday, June 24, 2010

Convert fail PDF ke Word Document secara online








Anda selalu menghadapi masalah jika berdepan dengan fail berformat PDF kerana anda tak boleh edit fail tersebut sedangkan anda mungkin hanya perlu bahagian bahagian tertentu sahaja dalam artikel tersebut. Sebenarnya ada cara bagi membolehkan anda edit dan menukar fail PDF tersebut ke Word Document.
Ada 2 cara iaitu melalui pengunaan sofware PDF converted atau secara online
Untuk memudahkan dan mempercepat kerja anda ialah convert secara online.
Jadi anda perlu gunakan Zamzar online converted

caranya
1. Masuk ke zamzar online PDF converted
2. Pilih fail PDF yang anda nak convert
3. Pilih nak convert ke format apa
4. Masukan emel anda yang aktif
5. Convert dan fail yang selesai di convert akan di hantar ke inbox emel anda
6. Buka emel anda dan anda dapati fail PDF sudah di tukar ke format pilehan anda
7. Download save dan anda boleh edit fail tersebut

Dengan Zamzar juga anda boleh mengubah pelbagai jenis videos fail
cubalah

Tuesday, June 22, 2010

Gunakan Google Translate sebagai kamus anda










Anda malas nak install software kamus dalam komputer anda sedangkan anda selalu berhadapan masalah bahasa ketika menulis atau membaca sesuatu artikel . Bagaimana jika anda nak terjemahkan sesuatu perkataan yang anda rasa muskil maknanya, Gunakan google translate sebagai kamus online anda

Thursday, June 17, 2010

Buang anak panah (Arrow) pada shortcut











Anda tak suka shortcut yang anda buat ada gambar anak panah (macam dalam gambar)
macamana nak buangnya

Tekan run (logo windows dan R)
Taip regedit dan enter
Pileh HKEY_CLASSES_ROOT/Inkfile
atau HKEY_CLASSES_ROOT/piffile
Ubah nama IsShortcut menjadi Shortcuts.

selesai
anak panah akan hilang pada shortcut anda

Tuesday, June 15, 2010

Cara mudah Download You Tube

Susah betul kalau nak download You Tube Video tanpa sofware. Kalau ada pun yang trial version atau berlesen. Tapi ada satu cara tak payah guna semua tu ialah melalui KeepVid.com
cubalah siap boleh arah nak simpan guna format apa lagi. Cuma perlu copy and paste alamat you tube yang anda inginkan pada kotak URL dan enter
download akan dilakukan

Sunday, June 13, 2010

cara nak buang ralat UAC

Anda tak suka kan bila nak Install sesuatu program yang baru akan keluar ralat mintak kebenaran dari User Account (UAC). Macamana nak buang ralat ni
Ikuti langkah berikut
1. Tekan logo start menu.
2. Pada kotak searh program and files taip “UAC”
3. User Account Control settings akan terpapar.
4. Tukar slider kepada “never notify” dan restart windows anda.

Selesai dan ralat itu takan keluar lagi

Monday, June 7, 2010

Buat Icon hanya pada Start Menu













Jika anda hanya ingin semua icon komputer anda hanya berada pada Start Menu dan akan hanya muncul bila butang start menu di klik ikuti langkah di bawah (lihat gambar)


1. Bawa cusor ke icon yang anda nak pindahkan
2. Klik kanan dan pilih Pin to Start Menu
3. Ulangan pada semua icon yang anda rasa perlu
4. Selepas selesai klik kanan pada desktop
5. Pilih View dan buang tanda rait pada show desktop icon

siap

Sunday, June 6, 2010

Jadikan icon hanya pada Task Bar bukan di Desktop











Anda suka desktop komputer anda bersih tanpa ada sebarang icon dan ada lebih suka icon itu berada di bahagian tasbar anda sahaja (seperti gambar)
bagaimana nak buat
1. Bawa cusor ke icon yang anda nak pindahkan
2. Klik kanan dan pilih Pin to Taskbar
3. Ulangan pada semua icon yang anda rasa perlu
4. Selepas selesai klik kanan pada desktop
5. Pilih View dan buang tanda rait pada show desktop icon

selesai

Saturday, June 5, 2010

Tutup komputer dengan cepat















Anda seorang yang sibuk. tengok komputer pun kelamkabut. selalunya yang paling anda tak suka ialah bila anda nak tutup komputer anda ianya terlalu lambat dan lembat dan kadang kadang masa ini jugalah window sibuk nak update anda punya windows. Kalau anda pakai windows asli tiada masalah tapi jika anda pakai windows crack , windows akan dapat kesan windows anda tu crack dan ianya akan menganggu anda dengan keluar ralat "Not Genuien windows' pada desktop anda bila anda on komputer nanti
macaman nak atasi kedua dua masalah ni
Jika saya saya gunakan sofwtware Super Fast Shut Down"

Antara kebaikanya

1. Dapat Shut Down dengan cepat
2. Mengelak windows di update sewaktu Of komputer
3. Elak dari di kesan jika guna Crack software

dowload disini "Super Fast Shut Down"

Thursday, June 3, 2010

Negara Israel MusnahTahun 2022 M

Negara Israel MusnahTahun 2022 M
>
>Oleh : Lokman Aidi Othman
>
> Negara Israel Baru diasaskan pada tahun 1948 Masehi hinggalah sekarang ini
>.
>
> Persoalannya sekarang, adakah negara ini akan berkekalan hingga hari
>akhirat atau sebaliknya. Masalah ini adalah kuasa penuh lagi mutlak yang
>Maha Mengetahui akan perkara-perkara ghaib , Allah S.W.T. Tetapi jika kita
>perhatikan , semua yang bermula pasti akan berakhir. Russia yang sewaktu
>dahulu megah dan masyhur dengan kuasa dan empayar besar akhirnya runtuh dan
>pecah serta negeri-negeri jajahannya sebuk menuntut kemerdekaan.
>
> Firman Allah Taala di dalam surah al-A’raaf ayat 34 :
>
>“ Bagi tiap-tiap umat ada ajalnya. Apabila datang ajal mereka itu , tiada
>dapat mereka minta mengundurkannya dan tiada pula minta mendahulukannya
>sesaat jua pun.”
>
>
> Umumnya telah kita ketahui bahawa perjuangan umat Yahudi sekarang ini
>adalah untuk menuntut dan mencari gali semula binaan ‘Haikal Sulaiman bin
>Daud’. Haikal (rumah ibadat kepada Allah ) binaan Nabi Sulaiman bin Daud
>a.s
>ini telah dibina sejak tiga ratus ribu tahun yang lalu di Palestine di
>Bandar Jerusalem (al-Quds) iaitu di atas tapak Masjid Al-Aqsa sekarang ini.
>
> Mereka beriktiqad bahawa akan datang seorang lelaki yang turun dari langit
>dan akan menghukumi setiap manusia di dunia ini . Lelaki ini akan muncul
>pada akhir zaman, lebih dikenali sebagai Al-Masih Ad—Dajjal , di mana
>Al-Masih akan turun di Haikal Sulaiman ini.
>
> Basam Jarrar di dalam bukunya ‘Zawal Israeli 2022 M , Nubuwah Qura’niah am
>Sodaf Roqomiyah :
>
> “ Setiap agama samawi (Yahudi, Nasrani, Islam) membahaskan tentang zaman
>akan datang. Pembahasan perkara-perkara ghaib ini disampaikan oleh para
>Rasul. Setiap pembahasan itu ada caranya yang tersendiri , di antaranya :-
>
>- Nabi & Rasul mengkhabarkan secara terang
>- Merumuzkan setiap nombor di dalam ayat-ayat Quran tertentu
>- Melalui wahyu
>- Mimpi yang benar dari kalangan Rasul atau selain Rasul
>
>Kejadian –kejadian tentang perkara-perkara ghaib ini ada yang sudah terjadi
>seperti peristiwa Pembukaan Rum dan ada juga yang terjadi selepas dua tahun
>atau selepas beberapa abad / kurun.”
>
> Kita , orang-orang Mukmin wajib mempercayai kitab-kitab terdahulu seperti
>kitab Taurat, Injil dan Zabur tetapi tidak boleh mengambil pengajaran dan
>hukum darinya kerana telah dinasakhkan oleh Allah Taala dengan diturunkan
>Al-Quran .
>
> Berbalik kepada tajuk di atas , cuba kita tafsir dan takwilkan firman
>Allah
>dalam surah al-Isra’ ayat 4 hingga 7 ini yang bermaksud :
>
> “ Telah Kami wahyukan kepada Bani Israel dalam kitab : Sungguh kamu
>berbuat
>bencana dua kali di muka bumi dan berlaku sombong dengan kesombongan yang
>besar(4). Apabila datang janji (seksaan) untuk yang pertama daripada
>keduanya, Kami bangkitkan kepadamu beberapa orang hamba Kami yang gagah
>perkasa, lalu mereka itu mundar-mandir (mencarimu) dalam negeri. Itulah
>janji yang mesti diperbuat (dilakukan)(5). Kemudian Kami kembalikan
>kekuasaan kepadamu dan Kami anugerahi kamu harta benda dan anak-anak dan
>Kami jadikan kamu mempunyai kaum yang banyak(6). Jika kamu berbuat baik;
>nescaya kamu berbuat baik untuk dirimu. Jika kamu berbuat jahat,
>(balasannya) untuk dirimu pula. Maka apabila datang janji (seksaan) yang
>kemudian, (Kami bangkitkan musuhmu) sehingga mereka menghinakan mukamu dan
>memasuki masjid (Baitul Muqaddis), sebagaimana mereka itu telah memasukinya
>pertama kali, lalu mereka membinasakan apa yang mereka kuasai dengan
>kebinasaan (yang hebat)(7).”
>
> Kemudian, kita perhatikan kod 19 yang terkenal sebagai nombor suci dari
>kalangan penganut agama Baha’iyah. Mengenai kod ini, terdapat perselisihan
>pendapat . Antaranya nombor 19 ini adalah asas permulaan tarikh sejarah
>bangsa Yahudi. Ada juga berpendapat bilangan dari ayat suci al-Quran,
>undang-undang Ilmu Falaq dan sebagainya mengikut pandangan mereka
>tersendiri.
>
> Seorang penulis dari Iraq , Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam kertas kerja
>beliau bertajuk ‘Undang-undang Dunia Baru’ :
>
> “ Apabila tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 Masehi , datanglah
>seorang perempuan tua berbangsa Yahudi kepada ibuku ( ibu Muhammad Ahmad
>Ar-Rasyid ) . Beliau menangis di sisi ibuku , lalu ibuku bertanya : Kenapa
>engkau menangis ? Bukankah sekarang ini masa untuk bersuka ria kerana telah
>tertubuhnya negara mu itu ? . Kata perempuan Yahudi itu : Sesungguhnya
>terbinanya , terbentuknya negara ini adalah sebab utama umat Yahudi akan di
>sembelih ( hancur ).”
>
> Kemudian berkata Ar-Rasyid lagi : “ Sesungguhnya aku telah mendengar
>perempuan tua itu mengatakan bahawa negara Israel bertahan selama 76 tahun.
>Pandangan ini merupakan satu ‘ramalan Halli’ di mana ramalan ini sebahagian
>daripada aqidah umat Yahudi.”
>
>
>
>
>
> Sekarang kita cuba buktikan rahsia kod 19 ini dan hubungannya dengan umur
>negara Israel .
>
>1. Umur negara Israel seperti yang kita telah maklum melalui percakapan
>perempuan Yahudi itu selama 76 tahun , iaitu 19 x 14 . Hasilnya kita dapati
>76 tahun mengikut tahun qamariah (tahun bulan) , kerana umat Yahudi
>mengikut
>perkiraan system qamariah yang mana setiap tiga tahun sekali satu bulan
>sebagai tambahan. Jadi kalau pada tahun 1948 Masehi bersamaan 1367 Hijrah ,
>maka kalau ditambah 76 + 1376 bersamaan 1443 Hijrah, berakhirnya umur
>negara
>Israel.
>
>19 x 14 = 76 ( umur negara Israel)
>1948 M ( tahun penubuhan Israel ) = 1367 H
>1367 H + 76 = 1443 H ( akhirnya umur negara Israel )
>
>
>2. Surah al-Isra’ di kenali juga dengan Surah Bani Israel iaitu surah yang
>memperbincangkan tentang akan berlakunya dua bencana atau kemusnahan Bani
>Israel di atas bumi barakah iaitu Baitul Muqaddis.
>
>Firman Allah Taala yang bermaksud :
>
>“ Kami berikan kepada Musa Kitab dan Kami jadikan ia petunjuk bagi Bani
>Israel, supaya janganlah kamu angkat wakil selain dari padaKu(2). Hai
>anak-anak orang yang Kami tumpangkan serta Nuh ! Sesungguhnya dia (Nuh)
>seorang hamba yang berterima kasih(3). Telah Kami wahyukan kepada Bani
>Israel … ” hingga “ …. Maka apabila datang janji (seksaan) yang kemudian
>…”
>(surah al-Isra’ : 3 – 7 ) .
>
>Kesimpulannya , Bangsa Yahudi ini akan melakukan dua kerosakan iaitu:
>
>1. Bencana Pertama : sebelum zaman Islam
>2. Bencana Kedua dan Terakhir : iaitu Negara Israel yang ditubuh
> Pada 1948 M di Palestine.
>
>Di sini cuba kita perhatikan ayat 2 : “ Kami berikan kepada Musa Kitab …”
>hingga ayat 104 : “ … Maka apabila datang janji akhirat, Kami kumpulkan
>kamu
>sekalian.” , kita akan mendapati bilangan kalimat ialah 1443 kalimat iaitu
>angka yang telah kita kira di atas tadi ( no. 1 ) iaitu :
>
> 1376 + 76 = 1443
>
>
>
>
>3. Rasulullah s.a.w berhijrah pada tarikh 20/9/622 M mengikut pendapat Ibn
>Az-Zohiri. Sesungguhnya ulama’ bersepakat bahawa peristiwa Isra’ berlaku
>setahun sebelum hijrah Baginda s.a.w iaitu tahun 621 M.
>
>
>
>4. 935 SM -------------------- 1 M -------------------- 621 M
>-------------------- 2022 M
> { permulaan { Awal { Tahun
>{ 1443 H }
> bencana taqwim Peristiwa
> { Bencana
> pertama } Masehi } Isra’ }
>kedua }
>
>
>935 SM (sebelum masehi) adalah tarikh kewafatan Nabi Sulaiman a.s dan
>kerajaan umat Yahudi berpecah kepada 2 kerajaan dan bermulanya bencana
>pertama bagi umat Yahudi seperti yang terkandung di permulaan surah
>al-Isra’ (ayat 2) pada tahun 935 SM ini juga.
>
>Bencana kali kedua dan terakhir yang menimpa umat Yahudi adalah pada tahun
>2022 M bersamaan 1443 H.
>
>Bilangan tahun dari mulanya bencana pertama hingga peristiwa Isra’ adalah
>1556 tahun shamsiah (tahun matahari – Masehi).
>
>Bilangan tahun dari mulanya peristiwa Isra’ hingga akhir bencana kedua
>adalah 1444 tahun qamariah (tahun bulan –Hijrah).
>
>Kesimpulannya : 1556 adalah bilangan kalimat surah al-Isra’.
>
>Di sini kita akan buktikan dari ayat Al-Quran bahwa tarikh wafat Nabi
>Sulaiman bin Daud pada tahun 935 SM :-
>
># Tiada satu ayat pun di dalam Al-Quran ini membincangkan kewafatan Nabi
>Sulaiman kecuali pada surah as-Saba’ , ayat 14 bermaksud :
>
>“ Setelah Sulaiman Kami wafatkan, maka tiadalah yang menunjukkan atas
>kematiannya, melainkan binatang bumi (anai-anai) yang memakan tongkatnya.
>Setelah ia terlengkup, barulah terang bagi jin-jin, bahawa kalau mereka
>mengetahui barang yang ghaib, tentu mereka tiada tinggal dalm siksaan yang
>menghinakan itu.”
>
>Huruf ‘Fa’ ( sila rujuk Al-Quran untuk keterangan lanjut ) adalah huruf
>‘tertib dan ta’qib’ (tertib dan turutan) iaitu yang mempunyai episod cerita
>tentang Nabi Sulaiman di antara ayat 13 dan ayat 14.
>
>Bilangan huruf dari mula surah as-Saba’ hingga akhir ayat 13 dan sebelum
>ayat membahaskan kewafatan Nabi Sulaiman adalah 934 huruf. Apabila masuk
>huruf ‘Fa’ iaitu huruf tertib dan ta’qib , bilangan bertambah kepada 935
>huruf.
>
>Kesimpulannya : Kewafatan Nabi Sulaiman a.s pada tahun 935 SM sepertimana
>para ahli sejarah merajihkan angka 935 ini di dalam kitab-kitab sejarah
>mereka sendiri . ( Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ) .
>
>
>5. Yahudi mengisytiharkan negara mereka di Palestine pada tarikh 15/5/1948
>M, tetapi kita tidak boleh katakan tarikh 15/5 ini tarikh tertubuhnya
>Israel
>kerana tidak ada majlis perisytiharan sebagaimana majlis isytihar mana-mana
>negara.
>
>Selepas tarikh pengisytiharan itu, tentera Arab telah mengisytiharkan
>peperangan dengan Yahudi kemudian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
>membuat perdamaian genjatan senjata. Maka seluruh negara-negara Arab
>mengikut arahan gencatan senjata pada tarikh 10/6/1948 dikenali ‘Al-Hudnah
>Al-Ula ( Gencatan Senjata 1 ).
>
>Selepas 4 minggu gencatan senjata, berlaku pertempuran lain. Maka sekali
>lagi PBB mendamaikan negara Arab dan tentera Yahudi dengan gencatan senjata
>sekali lagi. Persetujuan dicapai di antara negara Arab pada tarikh
>18/7/1948
>dikenali ‘Al-Hudnah As-Thaniyah” ( Gencatan Senjata 2 ) , demikian itu
>sempurnalah Negara Israel ditubuhkan.
>
>Jadi bilangan hari dari permulaan tubuhnya Israel hingga sempurna
>sepenuhnya
>menjadi Negara selama 38 hari iaitu 19 x 2 .
>
>Kesimpulannya : Jumlah angka tarikh ‘Gencatan Senjata 2’ ialah : 18/7/1948
>iaitu 38 ( 19 x 2 ) .
>
># Permulaan tubuh Negara Israel iaitu pada ‘Gencatan Senjata 1’ pada tarikh
>10/6/1948 . Tarikh 10/6 adalah tarikh akhir ‘Peperangan 6 Hari’ pada tahun
>1967.
>
># Jadi bilangan tahun dari ‘Gencatan Senjata 1’ tahun 1948 hingga Gencatan
>tahun 1967 adalah 19 tahun shamsiah ( Masehi ) dan jika kita tambah 67
>tahun
>qamariah ( Hijrah ) adalah : 67 x 354,376 = 26931,892 hari bersamaan tarikh
>6/3/2022 Masehi .
>
>
>
>
>
>
>
>Surah al-Isra’ dan Berakhirnya Israel kali ke dua .
>
> Bilangan ayat dari surah al-Isra’ ( surah Bani Israel ) adalah 111 ayat .
>Seperti juga surah Yusuf yang mengandungi 111 ayat. Tidak terdapat
>mana-mana
>surah di dalam al-Quran bilangan seperti ini.
>
> Umum kita mengetahui surah Yusuf mengisahkan tentang kehidupan Bani Israel
>, manakala surah al-Isra’ ( surah Bani Israel ) menceritakan tentang
>kehidupan akhir Bani Israel di bumi suci iaitu Baitul Muqaddis.
>
> Kesimpulannya : setelah kita buang beberapa kalimat yang berulang-ulang di
>dalam surah al-Isra’ ini yang menceritakan tentang berakhirnya negara
>Israel
>, kita dapati hanya 67 kalimat sahaja . Setiap ayat di dalam surah al-Isra’
>mewakili satu tahun seperti perkiraan angka 19 ini iaitu 19 x 4 = 67 tahun
>.
>
>
> Demikianlah serba sedikit perbahasan tentang Negara Israel yang mana jika
>kita teliti dan tengok pada hari ini banyak kepincangan ,perbalahan sesama
>mereka baik di kalangan para menteri, ulama’ dan rakyat jelata sendiri.
>Firman Allah Taala dalam surah al-Isra’ ayat 104 , bermaksud :
>
> “ Dan apabila telah datang janji hari akhirat, nescaya Kami datangkan kamu
>dalam keadaan bercampur-baur.”
>
>Segala perbahasan ini adalah merangkumi rumuz nombor atau sistem perkiraan
>nombor . Perkara-perkara ghaib ini hanya pada Allah Taala sahaja kita
>serahkan , cuma sebagai hambaNya kita mampu merencanakan sahaja .
>
> Firman Allah Taala yang bermaksud :
>
>“ Dan bertaqwalah kamu kepada Allah , Allah akan mengajarmu dan Allah Maha
>Mengetahui segala sesuatu.” ( al-Baqarah : 282 )
>
>
>
>sumber rujukan :
>
>1. Al-Quran dan terjemahannya
>2. Umur Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal – Amin
>Muhammad
>Jamaluddin
>3. Nihayah Daulah Israeli 2022 M Hakikah am Sodofah Roqomiyah – Mansur
>Abdul
>Hakim
>4. Zawal Israel 2022 M Nubuwah Qura’niyah am Sodaf Roqomiyah – Basam Nahar
>Jarrar
>5. Qamus Al-Mawrid – Dr. Ruhi Al-Ba’labaki
>

opera 10,60










Kalau orang tanya saya apa browser yang u pakai untuk melayari internet.
Jawapan saya tentu Opera kerana ianya browser paling laju yang saya temui dan kini terdapat Opera 10.60, Opera Software meninggalkan semua pelayar web yang lain dari segi kelajuan, hasil penggunaan enjin JavaScript yang baru, iaitu Carakan, sekaligus menjadikannya sebagai pelayar terlaju di dunia

Melajukan START menu Komputer anda

Komputer anda lembab sebab RAM kecil atau prosesornya lembab menjadikan start menu anda juga lembab
bagaimana nak ubahnya supaya sedikit laju
ikuti langkah ini

1. Tekan window logo bersama R
2. dapatkan kotak Run
3. Taip perkataan Regedit
4. Double klik pada “HKEY_CURRENT_USER”
5. Control Panel
6. Desktop
7. Double klik pada MenuShowDelay
8. Ubah Value Data MenuShowDelay kepada nilai 0 (default 400)

Anda rasai perbezaaanya

Wednesday, June 2, 2010

Komputer anda tiada CODEC

Sesetengah format Video tak boleh di mainkan oleh komputer anda kerana tiada CODEC
Satu arahan Ralat akan di keluarkan supaya anda meng Install CODEC. Masalahnya untuk Instal CODEC ini amat menyusahkan bagi anda yang tak mahir

Codec bererti compressor/decompressor. Codec ini digunakan untuk memampatkan fail video yang bersaiz besar.


Bagaimana untuk atsi masalah ini

Caranya amat mudah cari software yang tidak memelukan CODEC untuk jalankan Videos anda
ini adalah contoh media player yang tidak memerlukan anda memasang CODEC

1.GomPlayer
2.KMplayer
3.VLC Media Player
4.MPlayer

Jangan takut semua sofwawe diatas adalah percuma

4 jenis format Burn CD

Tahukah Anda ?

ada 4 jenis format Burn CD untuk anda ketahui
1. Data CD
2. Audio CD
3. Videos/Pictures CD
4. Image CD
Dalam 4 pecahan format ini pula ada pecahan kecil jenis format file mereka tersendiri.
Untuk merakam atau salin fail ini mesti mengikut format yang dia sediakan
kalau tak ianya takan menjadi

Apa itu Data CD?
Anda ingin burn fail ke dalam CD, yang akan digunakan di komputer sahaja. Contohnya, anda ingin backup fail-fail kerja anda seperti fail Word, Excel dan lain-lain.

Apa itu Audio CD?
Anda ingin burn CD untuk dimainkan pada pemain MP3 atau CD Audio, contohnya pada radio kereta anda. Juga boleh dibaca dengan komputer anda.

Apa itu Videos/Pictures CD?
Anda ingin burn movie atau gambar-gambar untuk dimainkan pada pemain VCD. Juga boleh dimainkan pada komputer anda.


Apa itu Image CD?
Anda ingin burn fail yang berformat .iso ke dalam CD. Fail ISO ini boleh jadi data CD, Audio CD atau Video/Pictures CD. Fail ISO atau Image fail adalah satu proses yang menukarkan keseluruhan isi CD kepada satu fail sahaja.

Kenapa rakaman ke CD ROM tak menjadi

Kenapa CD yang di write tak menjadi atau tidak terakam dan ujud data nya pada CD ROM anda

bagi memastikan ianya menjadi ikuti langkah ini

1. Buka windows Explorer
2. Drag atau copy data yang anda perlu dari fail ke CD\DVD drive
3. proses copy berjalan (tapi belum disahkan)
4. Klik pada drive CD\DVD RW
5. Klik pada comand Burn to disc (untuk pengesahan)
4. Selesai dan fail akan tertulis secara kekal

Tuesday, June 1, 2010

Copy fail dari CD/DVD rosak

Pernah tak anda kena macam ni nak copy satu data mustahak dalam CD tetapi tak boleh sebab CD tu tercalar atau corrupetd, baru copy separuh je terhenti. Sebenarnya ada satu sofware untuk selesaikan masalah ni bukan saja untuk CD data malah Audio vedio atau gambar masih boleh di copy . Cuma prosessnya agak lambat dan kejayaanya tidaklah 100 peratus,

Download sofware Unstoppable Copier

Apa yang windows tak boleh buat

Tahukah anda ,anda tak boleh buat folder benama CON
malah anda juga tak bleh buat folder mengunakan nama
PRN, AUX, NUL, COM1, COM2, COM3, COM4, COM5, COM6, COM7, COM8, COM9, LPT1, LPT2, LPT3, LPT4, LPT5, LPT6, LPT7, LPT8, dan LPT9.

tak percaya cubalah