Friday, January 25, 2013

Tanda tanda motherboard Laptop anda rosak dan cara atasinya

Boleh di katakan saya tidak menghadapi masalah untuk membaiki laptop yang rosak, jika tuan empunyanya tidak berkesah dengan harga repair yang di berikan. tetapi ianya akan menjadi masalah besar jika mengambilkira kos repair dan nilai untuk membeli baru sebuah laptop. Sebut saja apa kerosakan ianya boleh di baiki tetapi jika motherboard lap top anda rosak kosnya sangat tinggi dan tak berbaloi bagi membaikinya. Jadi sebelum ini terjadi ambillah langkah awal mengatasinya.


Jangan buat perkara ini:

1. Jangan biarkan komputer anda panas melampau atau overheat terutama bagi laptop yang berprosesor   AMD.
2. Jangan biarkan komputer anda ON berterusan tanpa menutupnya 24 jam kerana kegagalan kipas prosesor berfungsi akan membuat motherboard laptop anda terbakar.
3. Jangan tumpahkan sebarang air di atas laptop anda terutama air yang berbancuh seperti kopi milo atau teh. kerana ia akan mengakibatkan kegagalan motherboard anda
4. jangan letak laptop anda di atas tilam atau bantal kerana ia akan menambah kepanasan komputer anda
5. Jangan onkan Laptop anda di tempat berabuk kerana proses penyejukan laptop anda akan menyedut udara dari luar kedalam dan pasti membawa habuk melekat pada kipas dan hitsink laptop anda.

Bagaimana nak tahu Moteherboard komputer anda sudah rosak.
1. Tak boleh on terus
2. Boleh on tetapi tiada apa apa keluar pada skrin walaupun pada skrin luaran
3. Ada tanda berkelip pada kekunci capslock komputer anda tapi tiada sebarang paparan skrin keluar

Asas pada tujuan untuk mengelakan kepanasan melampau pada laptop anda ialah
GUNAKAN KIPAS LUARAN YANG DI LETAK DI BAWAH LAPTOP ANDA.


7 comments:

  1. Assalamualaikum,macam mna nak hilangkan intel UNDI,PXE 2.1(build 083) bila kita pada screen masa mula on laptop

    ReplyDelete
  2. Saya ada msalah lptop..boleh on dn keluar open windows tpi slpas 2 jdi putih..masalah pa ya?

    ReplyDelete
  3. Kalau laptop kita x de untivirus..camna ya kita nak tau laptop kita ada virus or x?

    ReplyDelete
  4. Kalau laptop yang xde untivirus..camna ya kita nak tau laptop tu ada virus or x?

    ReplyDelete
  5. Laptop xboleh on..bila guna batery,lampu kecik time kta cas batry laptop tu menyala malap..rosak apa ye?huhu

    ReplyDelete
  6. Saya pya laptop tk boleh on dgn tk bleh charge apa masaalah dya

    ReplyDelete