Thursday, November 29, 2012

Himpunan Fakta dari Alquran yang selari dengan Sains sekarang

Fakta ilmiah ini telah diungkapkan Al-Quran sejak abad ke-7 M. 1400 tahun dahulu lagi, Ini menunjukkan Al Quran itu sebenar benarnya kalam Allah

Penciptaan yang Berpasang-Pasangan

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (Al Qur'an, 36:36) 


Api di dalam lautan

Sesungguhnya, Al-Quran telah menyebutkan fakta itu sejak 1400 tahun. Firman Allah SWT berikut ini: "Demi bukit. Dan apa yang ditulis. Pada lembaran yang terbuka. Dan Demi Baitul Makmur (Kaabah). Dan demi syurga langit yang tinggi. Dan Demi laut, yang di dalam tanahnya ada api." (QS: At-Thur: 1-6). 


Misteri sungai bawah laut menurut Al-quran

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalang." (Surah Al Furqan: 53)


Pertumbuhan otak yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika mencapai usia 40 

"... Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a:" Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan ... "(Surah Al-Ahqaaf: 15)


Jasad Firaun di pelihara

surah Yunus [10] ayat 92: "Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu * agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami.''

 ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan

Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.

 Lautan yang Tidak Bercampur Satu Sama Lain

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20. 


 Tanda Mengenal Manusia pada Cap Jari

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? . Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Al-Qiaamah 75:3-4) 


 Kegelapan bawah lautan

Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)


 Proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)

Segumpal Darah Yang Melekat di Rahim

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) . Ia menciptakan manusia dari alaq (sebuku darah beku);. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - (Al-'Alaq 96:1-

Pembungkusan Tulang oleh Otot

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Al-Mu'minuun 23:14)


Tiga Tahap Bayi Dalam Rahim

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahapan dalam rahim ibunya.

 Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (Az-Zumar 39:6) 

Matahari dan bulan  ditegaskan bahwa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.
"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al Qur'an, 21:33)
Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." (Al Qur'an, 36:38)


Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan garis edar seperti ini, dinyatakan dalam Al Qur'an sebagai berikut:

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan." (Al Qur'an, 51:7)
  
Langit terdiri atas tujuh lapis. 
"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al Qur'an, 2:29) 


Jika kita hitung jumlah lapisan yang dinyatakan dalam sumber ilmiah tersebut, kita ketahui bahwa atmosfera tepat terdiri atas tujuh lapis, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut.

1. Troposfera
2. Stratosfera
3. Ozonosfera
4. Mesosfera
5. Termosfera
6. Ionosfera
7. Eksosfera






 
 

Tuesday, November 27, 2012

Adakah Hiltler itu Islam?


  Selama ini kita selalu dimomokkan yang mana Yahudi diperlakukan dengan kejam oleh tentera Nazi, pimpinan Adolf Hitler. Tetapi sebenarnya Holocoust itu adalah antara agenda zionis semata-mata untuk menarik simpati dunia bagi membenarkan mereka kembali ke bumi palestin dan tertubuhnya negara haram israeliat.

 

Hitler adalah seorang yang bergitu mengagumi ISLAM, dalam satu petikan ucapannya, beliau berkata:

“You see, it’s been our misfortune to have the wrong religion. Why didn’t we have the religion of the Japanese, who regard sacrifice for the Fatherland as the highest good? The Mohammedan religion too would have been much more compatible to us than Christianity. Why did it have to be Christianity with its meekness and flabbiness….” 

Hubungan Hitler dengan Mufti daripada Palestin, Sheikh Hj. Amin al-Husaini adalah tersangat akrab. Beliau juga menubuhkan satu divisen khas bagi umat Islam iaitu Batalion Hadzar yang berkhidmat di rantau Balkan.

Monday, November 26, 2012

Menjengah Kehidupan dan kematian setiap detik di seluruh dunia

Tahukan anda setiap saat dan detik ada kematian dan kelahiran dan penduduk dunia sekarang mencecah 7 bilion orang. Dalam pencarian saya saya terjumpa satu woldclock yang mengira kesemua detik kematian dan kelahiran di seluruh dunia ini dan saya yakin data ini di ambil dari kelahiran dan kematian yang di daftar sahaja.Untuk melihatnya sila masuk kelaman web ini poodwaddle.com
Kalau nak buat angaran berapa umur anda dab berapa  lama lagi anda boleh hidup isi semua data ini dengan jujur pada live clock, tapi jangan percaya pula kerana ajal maut di tangan tuhan

Sunday, November 25, 2012

Al Quran, Palastine dan kehancuran bangsa Israil

Ada orang bertanya kepada saya bilakah Palastine akan beroleh kemenangan atau sampai bila mereka akan di tindas oleh Israil , Kerana dunia seaakan akan membiarkan sahaja semua ini berlaku tampa ada pembelaan, Jawapan saya sangat mudah lihat Al Quran kerana semua ini telah di catat dalam Al Quran sejak 1400 tahun dulu lagi tentang konflik bangsa Israil dan bumi Palastine dan tentang pembalasan yang mereka akan terima dari Allah nanti.




Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi- Wallahu'alam, kerana terdapat bermcm2 version)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


Sifat keji Bani Israel ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 78 :
Maksudnya: ” Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Islam pasti beroleh kemenangan nanti.

Wednesday, November 7, 2012

Benda asing dalam mata

Benda asing dalam mata

SAYA sering merasakan ada benda bergerak di depan mata saya tetapi orang lain tidak nampak objek itu. “Ia kelihatan seperti rambut dan titik hitam. Kenapa hanya saya yang alami masalah ini dan apa sebenarnya berlaku pada mata saya?”
Masalah ini biasa dialami individu pertengahan umur. Walaupun mata tidak terasa sakit, kehadiran ‘benda asing’ dalam ruang pandangan mereka dianggap sebagai gangguan.
Keadaan ini dipanggil apungan atau ‘floaters’. Ia disebabkan perubahan pada gelemaca (vitreous) iaitu struktur di dalam biji mata.
Struktur
Gelemaca adalah bahan lut sinar yang menyerupai putih telur (jernih) atau jeli yang memenuhi tiga suku daripada isipadu biji mata dan antara fungsinya ialah menstabilkan bentuk mata.
Apungan mata berlaku apabila ada gangguan pada kejernihan gelemaca. Perlu diingat, apungan ini (bintik atau jaluran hitam) hanya dilihat oleh mereka yang mengalaminya.
Apungan berlaku disebabkan proses kematangan yang normal. Apabila umur seseorang meningkat, gelemaca mengecut dan menjadi cair.
Sebahagian gelemaca menjadi lebih pekat, hilang kejernihannya dan berkumpul di beberapa kawasan di dalam mata.
Apabila gelemaca yang tidak jernih dan pekat ini bergerak di depan retina, individu berkenaan melihat bintik hitam dalam pandangan mereka.
Masalah ini biasanya berlaku kepada golongan berumur 55 tahun ke atas.
Selalunya mereka mengeluh apabila melihat seolah-olah ada nyamuk atau objek kecil bergerak di depan mata.
Tindakan
Apa akan berlaku jika seseorang mengalami apungan yang sedikit dan tidak mengambil sebarang langkah susulan?
Selalunya masalah apungan hilang selepas beberapa minggu. Bagaimanapun, kadang kala jika gelemaca yang melekat kuat kepada beberapa bahagian di retina menjadi lekang (tertanggal), ia boleh menyebabkan koyakan pada retina.
Keadaan ini boleh menyebabkan perdarahan dan pesakit mengalami banyak apungan secara tiba-tiba.
Koyakan retina boleh menyebabkan retina melekang dan ia dikategorikan keadaan kecemasan.
Pesakit perlu segera berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk mencegah kebutaan.
Perlu dinyatakan, gelemaca melekang berlaku disebabkan proses kematangan tetapi ia juga boleh terjadi jika pesakit mengalami trauma atau radang dalam mata.
Bahaya
Individu yang mempunyai masalah rabun jauh mungkin mengalami apungan lebih awal (sekitar usia 35 tahun).
Ini disebabkan mata yang rabun jauh mengalami kemerosotan gelemaca lebih awal sebelum mencapai umur 55 tahun.
Pencairan gelemaca berlaku lebih awal dan apungan berlaku.
Apungan mungkin menunjukkan kewujudan penyakit berbahaya apabila ia berlaku secara tiba-tiba, ada banyak apungan dan pesakit seolah-olah melihat pancaran cahaya yang kelihatan seperti kilat. Ia boleh menjadi tanda kepada retina melekang.
Pakar mata boleh menjalankan pemeriksaan sepenuhnya dan menentukan sama ada keadaan ini berbahaya atau tidak.
Simptom apungan termasuk:
* Penglihatan objek bergerak yang mempunyai pelbagai bentuk.
* Apungan akan bergerak dengan pergerakan mata anda.
* Ia hanya dilihat pada hari terang.
Mencegah
Mereka yang mengalami masalah apungan harus berjumpa pakar jika apungan berlaku secara tiba-tiba dan ada terlalu banyak apungan, atau jika ia mengganggu penglihatan.
Jika berlaku komplikasi atau simptom di atas, segera jumpa pakar mata bagi memastikan rawatan yang perlu diberi.
Rawatan yang diberikan pakar akan bergantung kepada punca apungan berlaku.
Apungan juga dianggap boleh membahayakan penglihatan jika berlakunya:
* Pendarahan di dalam gelemaca pada pesakit kencing manis yang mengalami retinopati diabetis yang teruk.
* Retina melekang yang mungkin berlaku kepada individu rabun jauh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm#ixzz2Bc7bXfHB
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, November 6, 2012

28 Nov. 2013 bintang berekor dan kemunculan Al Mahdi

Perihal  bintang berekor yang termaktub dalam kitab al-Jufr
Dalam beberapa riwayat, antara tanda kedatangan al-Mahdi adalah munculnya bintang berekor (komet) yang sangat terang;

Ka'ab r.a. berkata, "Dari Timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi. Bintang itu berekor". Dalam tafsirnya ia juga mengatakan, "la sebuah bintang yang muncul dari arah timur, menyinari penduduk bumi sebagaimana bulan bersinar pada malam purnama".

Sebenarnya pembahasan lengkap tentang bintang berekor sudah termaktub dalam kitab al-Jufr yang ditulis oleh Saidina Ali k.a.w. dan di dalam beberapa manuskrip yang lain.

Saidina Ali k.a.w. mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al-Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun), dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad, dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyongsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa, memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang-orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang-orang yang jahat".

Kesimpulan dari ungkapan Saidina Ali k.a.w. dapat diambil kesimpulan seperti berikut;

  1. Komet-komet itu mempunyai orbit yang tersendiri dan ia beredar di atasnya. Kita tidak tahu apakah ia akan meninggalkan orbitnya lalu kembali lagi ke orbit itu disebabkan daya tarikannya yang sangat kuat walaupun dari jarak jauh, atau adakah ia akan pergi ke mana sahaja tanpa arah? Saidina Ali k.a.w. menerangkan satu perkara iaitu setiap komet mempunyai orbit tersendiri. Bagaimanapun komet Shoemaker yang meledak di permukaan Musytari membuktikan bahawa komet-komet itu boleh meninggalkan orbitnya.

  2. Komet-komet itu beredar dalam ruang orbit yang terbatas. Oleh sebab itu kemunculannya akan berulang pada masa peredaran yang tertentu. Saidina Ali k.a.w. telah membicarakan salah satu daripada komet yang muncul di bumi pada setiap dua pertiga dekad. Satu dekad adalah sepuluh tahun, bererti kemunculannya antara tahun keenam dan ketujuh. Lalu komet itu menghilang kemudian muncul semula apabila tiba waktunya. Beliau juga menyatakan salah satu daripadanya yang muncul setiap dua pertiga abad. Dalam kitab lbnu Hamad (al-Fitan) telah menyatakan secara jelas bahawa kedatangan Al-Mahdi akan didahului oleh bintang yang hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa abad.
Apakah bintang berekor seperti inikah yang dimaksud dalam hadis-hadis tersebut sebagai menandakan kemunculan imam Mahdi yang ditunggu-tunggu? Wallahua'lam.


 Bintang berekor yang akan muncul pada  28 November 2013.
Sebuah komet di namakan sebagai C/2012 S1 baru di jumpai pada 21 September lepas oleh ahli astronomi Russia bernama Vitali Nevski dan Artyom Novichonok. Ia dijangka berada pada jarak yang paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.

Ia sedang hangat diperkatakan di kalangan ahli astronomi kerana ia sangat terang lebih 15 kali ganda dari cahaya bulan purnama ketika menghampiri bumi. Ia sangat menakjubkan hingga cahayanya yang terang itu boleh dilihat dengan mata kasar disiang hari. Ini menunjukkan juga walaupun dengan berbagai teknologi yang dimiliki oleh NASA mereka masih lagi tidak dapat mengesan sepenuhnya objek-objek dilangit yang menghampiri sistem suria.

Ketika ia mula dikesan, komet tersebut berada sejauh 625 juta batu dari bumi dan 584 juta batu dari matahari, berada dalam kedudukan buruj Cancer. Tetapi apabila ia berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 November tahun depan, ia berada pada jarak 800,000 batu dari matahari menyebabkan ia berubah menjadi objek menakjubkan, yang sangat terang hingga boleh kelihatan di siang hari.

Apabila ia mula beredar dari matahari, ia meninggalkan ekornya yang memanjang yang menjangkau hingga kaki langit barat ketika matahari terbenam seperti lampu suluh dengan sudut cahaya lengkung 70 darjah.

Detik kemunculannya beberapa hari sebelum berada dalam kedudukan paling hampir dengan matahari pada 28 Nov. 2013 adalah paling menakjubkan. Ia akan berpusar dengan kencang dan menjadi objek paling terang ketika itu.
kredit to http://petunjukzaman.blogspot.com/