Sunday, October 31, 2010

Petua menghidupkan kembali HD yang dah Mati atau Kong

Ada sesetengah komputer "Hang" kerana Hard Disk (HD) nya jem atau tersangkut. selalu nya dalam kes kes sebegini anda langsung tak boleh masuk ke windows anda dan anda hanya boleh berintraksi melalui command blue screen pada komputer anda . Jika anda hantar kekedai repair tentu sahaja pengantian HD baru adalah altenatifnya. Ianya agak mahal terutama bagi HD Lap Top atau Netbook. Walaubagaimana pun ada beberapa petua yang anda boleh cuba untuk menhidupkan kembali HD tersebut  walaupun petua ini agak pelik dan gila bunyinya antaranya.

1. Jatuhkan ke lantai berkapet sederhana tinggi dengan sengaja, (jangan terlalu tinggi nanti rosak terus)
2. Masukan ke dalam tempat pembeku peti ais sehari semalam dengan di balut surat khabar dan plastik di luar sekali agar tidak basah, besoknya keringkan dan cuba pasang semula ke komputer anda.
4.Ketuk ketuk kedinding dengan kadar sederhana

Saya dah cuba cara pertama dan ianya berjaya menghidupkan kembali HD tu kebetulan masa saya buat tu depan student saya ,menjadi pulak tu bangga juga semua student saya terbeliak biji mata dan tak percaya tapi akur bila HD tu memang boleh di gunakan kembali

cubalah sebagai jalan terakhir kalau tak boleh sediakanlah saja duit banyak banyak

Wednesday, October 13, 2010

Bagaimana menukar fail Powerpoint ke fail PDF

Ada ketikanya kita mahu mengecilkan fail powerpoint untuk tujuan menyimpan atau menghantar fail tersebut secara maya. Seperti yang di ketahui fail power point amat besar dan ianya amat menyusahkan jika hendak di hantar melalui emel. Kecuali kita mengunakan software atau fail penghataran online yang ada .  Tetapi tidak ramai orang mahu menafaat converterd software dan cara online tersebut.dalam entri kali ini saya akan tunjukan bagaimana cara nak mengecilkan fail powerpoint  secara online ke fail PDF yang lebih kecil. Anda tidak mengunakan online converterd tetapi hanya menguna Gmail Document yang di sediakan oleh google

Ikuti langkah berikut

1. Daftar emel Gmail (kalau dah ada guna sahaja yang tu)
2. setelah mendaftar, masuk ke akaun gmail anda
3. Dalam gmail anda masuk ke document
4. Upload fail powerpoit ke gmail document anda
5. Selepas selesai upload fail tersebut langkah seterusnya anda kena
    Download semula fail tersebut melalui gmail document
6. Semasa proses download inilah anda boleh menukar format fail powerpoint ini ke PDF.
7. Pilih format fail pilihan anda dan pastikan anda save fail tersebut ketempat yang anda boleh cari
8. Selepas selesai anda bolehlah melihat fail powerpoint tadi dalam bentuk PDF
9. dan fail PDF ini juga boleh di convert ke bentuk lain mengunakan cara yang sama

Selamat mencuba

Monday, October 11, 2010

Menukar message message dari facebook ke emel lain





Anda tentu terkejut bila anda buka emel penuh dengan emel masage dari facebook. Apalagi anda memang jarang buka emel tersebut kadang kadang sampai beratus banyaknya  sampai penuh emel anda .dalam entri terdahulu saya tuliskan bagaimana nak selesaikan masalah masage facebook ini. Tapi ada yang tak berjaya nak buatnya samada dia memang tak tahu atau cara buatnya tak betul. Kalau begitu apakata anda pindahkan sahaja message facebook ini ke emel lain yang anda buat khas untuknya supaya tidak mengangu emel emel anda yang lain.
Ikuti langkah berikut,
1. Buat satu emel baru
2. Selepas selesai masuk ke facebook anda
3. Pilih accaunt  dan accaunt setting
4. Dalam command emel pilih change emel notification
5. ADD kan emel terbaru tu ke facebook anda disini
6. Selepas selesai tandakan emel terbaru iti sebagai contact emel
7. selesai

Dan selepas ini segala emel dari facebook akan pergi ke emel terbaru  tersebut
ada boleh guna kedua dua emel ini untuk masuk ke facebook anda
macam saya ada 4 emel saya buat (lihat gambar) kalau terlupa pun  ada salah satu lagi jadi penyelamat

Friday, October 1, 2010

Screen Lap Top atau Netbook tiba tiba gelap, Kenapa dan cara nak atasinya

Pernah tak anda alami lap top atau netbook anda tiba tiba gelap walau anda tekan semua kekunci ianya terus terdiam. Kenapa jadi begitu dan bagaimana nak atasinya



Perkara ini terjadi kerana

1. Anda tertekan sleep secara tak sengaja dan anda tak tahu kunci untuk wake upnya semuala
2. Komputer anda memang Hang dan ianya menjadi black screen
3. Terkena seragan virus
4. Memang LCD nya rosak

Bagaimana nak atasinya
mudah sahaja samaada
1. Tekan butang power selama 10 saat komputer anda akan reset dan restart semula
2. Jika tak berhasil tanggalkan bateri dan pasang semula komputer anda boleh di on seperti biasa

Jika semua proses ini tak berhasil komputer anda telah di serang virus yang mana ianya telah mengelapkan semua program pada screen komputer anda. Jika ini berlaku caranya ianlah anda kena format komputer anda,

Jika langkah ini juga tak berhasil ini bermakna screen LCD komputer anda memang dah rosak  hantar je ke kedai. kerana screen LCD  nya perlu di tukar . harganya murah sahaja sekitar RM 300-380