Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955
Diadakan pada
27 Julai 1955 merupakan
pilihan raya umum yang tunggal di
Persekutuan Tanah Melayu (kemudian
Malaysia) sebelum
kemerdekaannya pada
31 Ogos 1957.
Dalam pilihan raya umum ini,
Parti Perikatan yang terdiri daripada:
dan yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu
memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang
ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari
Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya
Krian,
Perak, dan mendapat nama samaran, "Encik Pembangkang" daripada lain-lain ahli Parlimen.
PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu,
PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam
Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan
politiknya sebagai sebahagian UMNO. Kekuatan PAS berasal daripada daya tariknya untuk menjadikan
agama Islam sebagai dasar masyarakat terhadap orang-orang
Melayu di utara
Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami tahap
pembangunan ekonomi yang terendah di negara.
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC
bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada
tahun yang lalu, iaitu tahun
1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran
Kuala Lumpur pada tahun
1952.
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959
Merupakan
pilihan raya umum yang pertama di
Persekutuan Tanah Melayu (kemudian
Malaysia) selepas
kemerdekaannya pada
31 Ogos 1957. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di
Semenanjung Malaysia.
Dalam pilihan raya umum ini,
Parti Perikatan yang terdiri daripada:
yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam
Dewan Rakyat.
Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun
parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi.
Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang
diperlukan oleh
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada
keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya
memenangi 30 kerusi yang tinggal.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1964
Merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan
Malaysia pada
16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada
31 Ogos 1957. Bagaimanapun,
Sabah dan
Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam
Dewan Rakyat dikekalkan pada bilangan 104.
Dalam pilihan raya umum ini,
Parti Perikatan
memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti
sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya
memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini
merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak
20.3% dalam bilangan kerusi berbanding
pilihan raya umum yang dahulu. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5%
daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal,
berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang dahulu.
Dengan kata yang lain, kekuatan mereka dalam Dewan Rakyat dikurangkan
menjadi hanya separuh.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 yang merupakan
pilihan raya umum yang ke-3 sejak
kemerdekaan Malaysia diadakan di
Semenanjung Malaysia pada
10 Mei 1969 dan kemudian di
Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab
Sabah dan
Sarawak
tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini
merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai
pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi
dalam
Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.
Keputusan pilihan raya
Dalam pilihan raya umum ini,
Parti Perikatan yamg dianggotai oleh
UMNO-
MCA-
MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam
pilihan raya yang lain,
ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah
diperluaskan. Dengan kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang
majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk
kerajaan. Bagaimanapun, ini bukan merupakan satu masalah yang besar
disebabkan parti campuran ini hanya memerlukan lagi seorang sahaja
daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti
dua pertiga yang diperlukan oleh
Perlembagaan
untuk meneruskan pemerintahan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti
Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam
pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.
Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan
Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa
Bumiputera yang ditetapkan oleh
Artikel 153[1],
[2] dalam
Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan
Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala
PAS menang 12 kerusi.
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di
ibu negara,
Kuala Lumpur pada
12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang
Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada
13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi
rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai
Peristiwa 13 Mei.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1974
Merupakan pilihan raya umum
Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos
1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak
Tun Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia.
Sejak tahun
1971, keahlian
Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk
Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan dinamakan
Barisan Nasional.
Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian
terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara
parti-parti komponennya sehingga ramai orang berpendapat bahawa parti
campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.
Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh
Lim Kit Siang, pemimpin
Parti Tindakan Demokratik
(DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang
ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling
berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada
pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.
[1]
Keputusan pilihan raya
Walaupun kemenangan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang sudah
pasti, parti campuran ini mencatat satu pencapaian yang tertinggi sejak
kemerdekaan. Pemerolehan 135 kerusi yang merupakan 87.7% daripada jumlah kerusi dalam
Dewan Rakyat adalah melebihi pencapaian sebanyak 85.6% yang dicapai pada tahun
1964. Jumlah undi sebanyak 60.7% juga merupakan satu perbaikan sebanyak 23.1% berbanding
tahun 1969
yang hanya mencatat 49.3% jumlah undi. Pencapaian ini mungkin
disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas
kejadian
Peristiwa 13 Mei pada tahun
1969.
Majoriti sebanyak 87.7% jelas jauh melebihi dua pertiga Dewan Rakyat
yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional juga
memenangi semua kerajaan negeri, termasuk
Kelantan, disebabkan
Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini merupakan sebahagian parti campuran Barisan Nasional.
Sebaliknya, parti-parti pembangkang pada keseluruhannya mengalami
kekalahan yang amat teruk dan mencatat rekod yang terendah sejak
kemerdekaan dengan jumlah undi hanya sebanyak 39.3%. Bilangan kerusinya
sebanyak 19 hanya merupakan 12.3% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat.
Ini merupakan satu penurunan sebanyak 63.7% dalam bilangan kerusinya.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 yang merupakan
pilihan raya umum ke-5 di
Malaysia diadakan pada
8 Julai 1978. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak
Tun Hussein Onn menjadi
Perdana Menteri Malaysia.
Dalam pilihan raya ini,
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggal parti campuran
Barisan Nasional untuk bertanding sebagai parti pembangkang.
Keputusan pilihan raya
Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam
parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan
Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam
Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam
pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam
Dewan Rakyat,
satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan
untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan
satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini
mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada
penyertaannya dalam Barisan Nasional.
Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri
Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-
Berjasa.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8%
daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal.
Berdasarkan keputusannya,
Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1982
Merupakan pilihan raya umum yang ke-6 di
Malaysia, dan pilihan raya umum yang pertama sejak
Dr Mahathir bin Mohammad menjadi
Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran
Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam
parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Keputusan pilihan raya
Dengan kemenangan 132 kerusi daripada 154 kerusi dalam
Dewan Rakyat,
ini merupakan 85.7% daripada jumlah kerusi, dan merupakan pencapaian
yang kedua tertinggi sejak kemerdekaan ketika itu. Pencapaian tertinggi
adalah pada tahun
1974 semasa
Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri dan ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian
Peristiwa 13 Mei pada tahun
1969.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 39.5%
daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 22 kerusi yang tinggal.
Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing,
Lim Kit Siang daripada
Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1986
Merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di
Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak
Dr Mahathir bin Mohammad menjadi
Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran
Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam
parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Keputusan pilihan raya
Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam
Dewan Rakyat,
ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu
penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir.
Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan
sebanyak 7.8%.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5%
daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal,
iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan
parti pembangkang masing-masing,
Lim Kit Siang daripada
Parti Tindakan Demokratik
(DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen
Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad
Pilihan Raya Umum Malaysia 1990
Merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di
Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak
Dr Mahathir bin Mohammad menjadi
Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "
UMNO Baru" bertanding dalam pilihan raya umum.
Selepas pemilihan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun
1987,
UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai
oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh
Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti
Semangat 46 (sila lihat
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.
Keputusan pilihan raya
Sebagaimana yang dijangka, parti campuran
Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam
parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam
Dewan Rakyat,
ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu
penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan
undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%.
Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan
perpecahan UMNO. Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan di tangan
PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah
(PBS)
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6%
daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal,
iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan
parti pembangkang masing-masing,
Lim Kit Siang daripada
Parti Tindakan Demokratik
(DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan
kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di
Kelantan.
Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah
menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada
35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12
buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal
memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di
Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai
orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1995
Merupakan pilihan raya umum yang ke-9 di
Malaysia, dan pilihan raya umum yang keempat sejak
Dr Mahathir bin Mohammad menjadi
Perdana Menteri.
Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994.
[1]
Keputusan pilihan raya
Sebagaimana yang dijangka, parti campuran
Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam
parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam
Dewan Rakyat,
ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan
sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi
sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu
perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr. Mahathir.
Parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 34.8% daripada
jumlah undi, dengan 30 kerusi yang tinggal, iaitu 15.6% daripada
kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Jumlah undinya merupakan rekod yang terendah
dalam pilihan raya ini sejak kemerdekaan, berbanding rekod yang lama
sebanyak 39.3%. Bagaimanapun, perwakilan parti-parti pembangkang dalam
Dewan Rakyat bukannya rekod yang terendah sejak kemerdekaan, tetapi
rekod yang ketiga terendah. Berdasarkan keputusan parti pembangkang
masing-masing,
Lim Kit Siang daripada
Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999
Merupakan
pilihan raya umum yang ke-10 di
Malaysia diadakan pada
29 November 1999. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran
Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam
parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan
Perdana Menteri serta membentuk kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan skandal mengenai
Anwar Ibrahim,
kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini merupakan salah satu
pencapaian yang paling rendah bagi parti campuran ini sejak
kemerdekaan, kecuali dalam
Pilihan Raya Umum 1969.
Gambaran keseluruhan
Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 merupakan kali pertama di Malaysia
yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk
mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang
keunggulan
Barisan Nasional yang telah memerintah secara berterusan sejak kemerdekaan. Digelarkan
Barisan Alternatif (BA), parti campuran ini terdiri daripada
Parti Islam SeMalaysia (PAS),
Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan
Parti Keadilan.
Parti Keadilan telah ditubuhkan oleh Datin Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail pada
4 April 1999, selepas suaminya, bekas Timbalan Perdana Menteri
Anwar Ibrahim,
telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan-tuduhan yang dianggap
secara meluas sebagai ditimbulkan oleh alasan politik dan pertentangan
pendapat antara
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad dengan timbalannya.
Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu, khususnya di kalangan orang-orang
Melayu,
pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti
pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam
Dewan Rakyat,
jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA
sebagai satu kumpulan pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa
yang lebih sukar diatasi berbanding pilihanraya-pilihanraya yang lalu:
kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN dalam satu pertandingan
satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak boleh
mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang
sering berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia
1999 bukannya satu pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan
sesuatu yang sudah pasti seperti dahulu.
Bagaimanapun, ideologi-ideologi yang bertentangan sama sekali antara
parti-parti komponen BA, khususnya antara PAS dan DAP, telah
mengakibatkan pertikaian-pertikaian dalam Barisan Alternatif yang
mengurangkan keberkesanan parti campuran pembangkang ini. Oleh sebab PAS
merupakan "Abang" dalam parti campuran ini, parti ini telah berjaya
untuk memaksakan manisfesto partinya yang menegaskan pembentukan sebuah
negara Islam untuk dijadikan manisfesto Barisan Alternatif.
Akhirnya, keputusan pilihan raya 1999 hanya merupakan satu lagi
pengulangan keputusan dari segi bahawa Barisan Nasional masih membentuk
kerajaan dan parti-parti pembangkang kekal merupakan parti pembangkang.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2004
Diadakan
pada
21 Mac 2004
setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004 diikuti dengan hari
penamaan calon sembilan hari selepas tarikh tersebut. Hari pembuangan
undi pula berlangsung pada 21 Mac 2004. Penyandang kerajaan (
Barisan Nasional) yang diketuai oleh
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih semula dengan majoriti yang terbesar sejak
1978.
Latar belakang
Pada
2 Mac,
Parlimen Malaysia dan semua dewan undangan negeri (kecuali Sarawak) dibubarkan oleh
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri. Pengecualian Sarawak disebabkan pilihan raya negerinya yang terakhir telah diadakan pada tahun
2001 dan oleh itu, pilihan raya yang berikut tidak cukup tempoh sehingga 2006.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan sembilan bulan lebih awal daripada keperluan yang ditetapkan oleh
Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan Malaysia memerlukan Parlimen untuk memperoleh mandat yang
baru setiap lima tahun, dan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas
parlimen dibubarkan. Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai masa sehingga
akhir November 2004 untuk mengadakan pilihan raya umumnya.
Pencalonan diadakan pada
13 Mac,
dengan Barisan Nasional memenangi 15 kerusi tanpa pertandingan, dengan
lagi dua kerusi tambahan selepas calon-calon pembangkang menarik diri.
Hak untuk menarik diri hanya diperkenalkan sebagai satu peraturan baru
dalam pilihan raya ini. Di bawah peraturan ini, seseorang calon
dibenarkan menarik diri dalam tempoh tiga hari selepas hari pencalonan.
Daripada 17 kerusi parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa
pertandingan, sembilan kerusi adalah dari negeri
Sabah, enam dari
Sarawak, dan dua lagi dari
Johor.
PAS memenangi satu kerusi dewan undangan negeri di
Johor
buat pertama kali, selepas seorang calon Barisan Nasional tidak
melayakkan diri kerana penyokong pencalonannya bukannya seorang pengundi
yang berdaftar di kawasan pilihan rayanya. Keperluan untuk penyokong
berdaftar dalam kawasan pilihan raya yang sama hanya diperkenalkan pada
tahun
2004.
Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.
[1]
Keputusan pilihan raya
Barisan Nasional
(BN) mencapai kenaikan undi popular sebanyak 63.9%, tetapi sepatutnya
mendapat undi yang lebih tinggi sekiranya kesemua kerusi
dipertandingkan. Laporan dalam media Malaysia pada
23 Mac
menunjukkan BN memenangi 198 kerusi parlimen berbanding 20 kerusi
gabungan parti pembangkang, dengan satu calon bebas. Ini merupakan
majoriti terbesar sejak
pilihan raya 1978.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO), parti utama dalam Barisan Nasional, memenangi 109 kerusi, iaitu
satu kenaikan sebanyak 32 kerusi. Parti-parti sekutu UMNO juga
memperoleh kenaikan bilangan kerusi, dengan
Persatuan Cina Malaysia (MCA) memenangi 31 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi, dan
Kongres India Se-Malaysia (MIC) memenangi 9 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi juga.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hanya dapat mengekalkan tujuh daripada 27 kerusinya. PAS bertanding berdasarkan manifesto yang berjanji sebuah negara
Islam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, gagal untuk mengekalkan kerusi parlimennya.
Parti Keadilan,
lagi sebuah parti pembangkang, gagal untuk mengekalkan empat daripada
lima kerusinya. Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti
Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.
Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti pembangkang yang ditewaskan dengan begitu teruk dalam
pilihan raya 1999, memperbaik prestasinya dengan pemilihan semula pengerusinya
Lim Kit Siang serta timbalannya,
Karpal Singh. DAP memenangi 12 kerusi dan memperoleh semula kepimpinan pembangkang yang rasmi dalam
parlimen negara daripada PAS.
Kebanyakan calon yang berkempen atas persoalan-persoalan
Islam
kalah kerusi mereka. Ini adalah satu patah balik yang utama berbanding
pilihan raya yang lalu yang secara amnya, calon-calon yang lebih
bersifat Islam mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang di tanah
air orang
Melayu ini.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2008
Merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu,
8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada
13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada
24 Februari 2008. Akhirnya,
Barisan Nasional masih menang di peringkat
Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) ,
Barisan Nasional tewas di
Kelantan,
Pulau Pinang,
Kedah,
Perak dan
Selangor. Banyak calon
UMNO tewas kepada
PAS. Sementara calon
Gerakan ,
MIC dan
PPP kalah teruk kepada
DAP,
PKR dan
PAS.
Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di
Asia seperti di
Filipina,
Thailand dan
Indonesia.
Keputusan Pilihan Raya
-
Kekalahan Teruk Barisan Nasional
Barisan Nasional
dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya
boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih
daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi).
Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan
kerajaannya di negeri
Kedah,
Pulau Pinang,
Perak dan
Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri
Kelantan.
Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik
veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon,
Samy Vellu,
Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas,
Zainuddin Maidin . Manakala kemenangan kerusi Parlimen
Perdana Menteri,
Abdullah Ahmad Badawi
tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak
berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004. Harus diperhatikan bahawa
Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di
Sabah,
Sarawak dan
Johor
atas sebab rakyat di negeri terbabit masih percaya dan yakin dengan
kemampuan Barisan Nasional. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini
adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.
Empat negeri berubah angin
-
Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri
Kedah,
Pulau Pinang,
Perak dan
Selangor setelah selama ini diperintah oleh kerajaan di bawah
Barisan Nasional.
Angin perubahan ini jelas kelihatan apabila diumumkan bahawa
parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS bersama-sama memperoleh
undian yang banyak lantas bakal menguasai negeri-negeri itu dengan
majoriti yang menunjukkan bahawa angin perubahan telah melanda pihak
pengundi. Bagaimanapun, secara teknikal parti-parti terlibat tidak
memenangi negeri berkenaan kerana, menurut SPR, gagal memperoleh
majoriti mudah.
[11] Maka, perikatan atau gabungan parti diperlukan untuk membolehkan kerajaan campuran diwujudkan.
Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13)
P
ilihan raya Malaysia kali ke-13 pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April.
Pada pilihan Pemerintah
pilihan raya umum 2008 yang lalu,
Barisan Nasional (BN) memenangi dengan 140 kerusi, menjadikannya keputusan terburuk gabungan itu sejak
pilihan raya 1969 (sebagai
Parti Perikatan). Gabungan pembangkang
Pakatan Rakyat (PR) mendapat 82 kerusi, dengan itu menghalang BN mendapat
majoriti dua pertiga
yang diperlukan untuk meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan
Persekutuan. Pakatan Rakyat juga mendapat lima daripada 13 Dewan
Undangan Negeri (DUN) (namun tinggal empat selepas
krisis politik Perak) serta 10 daripada 11 kerusi parlimen di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada pilihan raya umum ini, BN yang diketuai oleh Perdana Menteri ke-6, Dato Seri
Najib Tun Razak akan menentang seteru utama, PKR yang ditunjangi oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri
Anwar Ibrahim
Pada 6 Mei 2013, parti gabungan penyandang Barisan Nasional telah mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Kerusi yang selebihnya jatuh kepada gabungan Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 89 kerusi. Di peringkat negeri pula, BN berjaya menawan kembali Kedah.[7]
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.[7] Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.[8]
HA KITA TUNGU PILIHANRAYA KE 14 SEBAB TUN DR MAHATHIR MASUK GELANGANG SEMULA dengan parti baru di tubuhkanya PBBM
Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (
PRU-14) diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018
DR Mahathir menang dan jadi PM untuk kali kedua pada umur 93 tahun
Kedudukan kerusi Parlimen PRU-14
122
|
79
|
18
|
3
|
PH
|
BN
|
GS
|
Bebas
|
Kredit too
http://ms.wikipedia.org/wiki/