Thursday, October 11, 2012

Kenali bunyi beep untuk atasi masalah pemasangan

Dalam proses pemasangan desktop sesebuah komputer samada yang baru hendak dipasang  atau  pemasangan semula desktop yang lama , ketelitian kerja pemasangan atau pemasangan semula akan menentukan  desktop anda tiada masalah ketika proses booting  bila anda mula ON komputer anda. Walaubagaimana pun proses booting komputer anda akan membantu anda mengesan kesalahan yang anda lakukan dengan cara mengenali bunyi Beep yang di keluarkannya.


Antara tanda tanda Bunyi Beep yang anda perlu tahu:

1. Bunyi beep 1 kali sahaja menandakan komputer terpasang dengan betul baik
2. Bunyi beep 1 kali, panjang kesalahan memasang RAM memory
3. Bunyi beep 1 kali panjang dan 3 kali pendek kesalahan memasang atau kerosakan di VGA card
4. Bunyi beep 1 kali panjang dan 2 kali pendek kerosakan di DRAM parity
5. Bunyi beep terus menerus Kerosakan dimodul memory atau memory video
6. Tanpa sebaranya bunyi beep atau screen komputer terus gelap ..kesalahan pemasangan yang serius motherboard atau prosesor anda rosak

No comments:

Post a Comment