Tuesday, April 23, 2013

SEJARAH PILIHAN RAYA DARI 1955- 2013



Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

Diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:
dan yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 81% daripada jumlah undi, dengan 51 daripada 52 kerusi yang ditanding. Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein dari Parti Islam Se-Malaysia mememangi satu kerusi di kawasan pilihan raya Krian, Perak, dan mendapat nama samaran, "Encik Pembangkang" daripada lain-lain ahli Parlimen.
PAS telah ditubuhkan semata-mata untuk pilihan raya ini. Sebelum itu, PAS merupakan sebuah persatuan yang bernama "Persatuan Islam Se-Malaysia" dan telah memainkan peranan politiknya sebagai sebahagian UMNO. Kekuatan PAS berasal daripada daya tariknya untuk menjadikan agama Islam sebagai dasar masyarakat terhadap orang-orang Melayu di utara Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami tahap pembangunan ekonomi yang terendah di negara.
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun yang lalu, iaitu tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.



Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959

Merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:
yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1964

Merupakan pilihan raya umum yang pertama selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, serta pilihan raya umum yang kedua selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum ini dan oleh itu, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat dikekalkan pada bilangan 104.
Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan memenangi 89 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 85.6% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 58.5% daripada jumlah undi. Bagaimanapun, prestasi ini merupakan satu perbaikan yang amat besar, iaitu satu kenaikan sebanyak 20.3% dalam bilangan kerusi berbanding pilihan raya umum yang dahulu. Pencapaian 85.6% ini juga adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 15 kerusi yang tinggal, berbanding 30 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum yang dahulu. Dengan kata yang lain, kekuatan mereka dalam Dewan Rakyat dikurangkan menjadi hanya separuh.


Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 yang merupakan pilihan raya umum yang ke-3 sejak kemerdekaan Malaysia diadakan di Semenanjung Malaysia pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%.

Keputusan pilihan raya

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yamg dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC telah mengalami kekalahan yang amat teruk. Walaupun parti campuran ini memperoleh 95 kerusi berbanding 89 kerusi dalam pilihan raya yang lain, ini hanya merupakan 66% daripada Dewan Rakyat yang kini telah diperluaskan. Dengan kata yang lain, Parti Perikatan telah hilang majoritinya buat pertama kali dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Bagaimanapun, ini bukan merupakan satu masalah yang besar disebabkan parti campuran ini hanya memerlukan lagi seorang sahaja daripada parti pembangkang ataupun calon bebas untuk mencapai majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan untuk meneruskan pemerintahan. Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.
Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153[1], [2] dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukan-julukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1974
Merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai orang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.
Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.[1]

Keputusan pilihan raya

Walaupun kemenangan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang sudah pasti, parti campuran ini mencatat satu pencapaian yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pemerolehan 135 kerusi yang merupakan 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat adalah melebihi pencapaian sebanyak 85.6% yang dicapai pada tahun 1964. Jumlah undi sebanyak 60.7% juga merupakan satu perbaikan sebanyak 23.1% berbanding tahun 1969 yang hanya mencatat 49.3% jumlah undi. Pencapaian ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.
Majoriti sebanyak 87.7% jelas jauh melebihi dua pertiga Dewan Rakyat yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional juga memenangi semua kerajaan negeri, termasuk Kelantan, disebabkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini merupakan sebahagian parti campuran Barisan Nasional.
Sebaliknya, parti-parti pembangkang pada keseluruhannya mengalami kekalahan yang amat teruk dan mencatat rekod yang terendah sejak kemerdekaan dengan jumlah undi hanya sebanyak 39.3%. Bilangan kerusinya sebanyak 19 hanya merupakan 12.3% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Ini merupakan satu penurunan sebanyak 63.7% dalam bilangan kerusinya.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 yang merupakan pilihan raya umum ke-5 di Malaysia diadakan pada 8 Julai 1978. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Dalam pilihan raya ini, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah meninggal parti campuran Barisan Nasional untuk bertanding sebagai parti pembangkang.

Keputusan pilihan raya

Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional.
Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-Berjasa. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusannya, Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982
Merupakan pilihan raya umum yang ke-6 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang pertama sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Keputusan pilihan raya

Dengan kemenangan 132 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 85.7% daripada jumlah kerusi, dan merupakan pencapaian yang kedua tertinggi sejak kemerdekaan ketika itu. Pencapaian tertinggi adalah pada tahun 1974 semasa Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri dan ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 39.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 22 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986
Merupakan pilihan raya umum yang ke-7 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang kedua sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Keputusan pilihan raya

Dengan kemenangan 148 kerusi daripada 177 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 83.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir. Bagaimanapun, bilangan undi sebanyak 55.8% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%.
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 41.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 29 kerusi yang tinggal, iaitu 16.4% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Sementara PAS hanya memenangi satu kerusi iaitu kerusi Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan melalui Allahyarham Haji Nik Abdullah Arsyad


Pilihan Raya Umum Malaysia 1990
Merupakan pilihan raya umum yang ke-8 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang ketiga sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Pilihan raya ini juga merupakan kali buat pertama "UMNO Baru" bertanding dalam pilihan raya umum.
Selepas pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah di bawah parti Semangat 46 (sila lihat Krisis Perlembagaan Malaysia 1988). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.

Keputusan pilihan raya

Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO. Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan di tangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah (PBS)
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan.
Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada 35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12 buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995
Merupakan pilihan raya umum yang ke-9 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang keempat sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri.
Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994.[1]

Keputusan pilihan raya

Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu kenaikan sebanyak 19.6% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 65.2% merupakan satu kenaikan sebanyak 22.0%. Ini adalah satu perbaikan yang amat besar bagi kerajaan Dr. Mahathir.
Parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 34.8% daripada jumlah undi, dengan 30 kerusi yang tinggal, iaitu 15.6% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Jumlah undinya merupakan rekod yang terendah dalam pilihan raya ini sejak kemerdekaan, berbanding rekod yang lama sebanyak 39.3%. Bagaimanapun, perwakilan parti-parti pembangkang dalam Dewan Rakyat bukannya rekod yang terendah sejak kemerdekaan, tetapi rekod yang ketiga terendah. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999
Merupakan pilihan raya umum yang ke-10 di Malaysia diadakan pada 29 November 1999. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan Malaysia. Bagaimanapun, disebabkan skandal mengenai Anwar Ibrahim, kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya ini merupakan salah satu pencapaian yang paling rendah bagi parti campuran ini sejak kemerdekaan, kecuali dalam Pilihan Raya Umum 1969.

Gambaran keseluruhan

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 merupakan kali pertama di Malaysia yang mana sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan untuk mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi tujuan menentang keunggulan Barisan Nasional yang telah memerintah secara berterusan sejak kemerdekaan. Digelarkan Barisan Alternatif (BA), parti campuran ini terdiri daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Parti Keadilan.
Parti Keadilan telah ditubuhkan oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 4 April 1999, selepas suaminya, bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, telah ditahan oleh pihak polis atas tuduhan-tuduhan yang dianggap secara meluas sebagai ditimbulkan oleh alasan politik dan pertentangan pendapat antara Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad dengan timbalannya.
Dengan sentimen-sentimen anti-Mahathir yang amat kuat ketika itu, khususnya di kalangan orang-orang Melayu, pilihan raya ini memberikan peluang yang terbaik untuk parti-parti pembangkang menafikan Barisan Nasional satu majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, jika bukan untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Selain itu, BA sebagai satu kumpulan pembangkang yang padu jelas merupakan satu kuasa yang lebih sukar diatasi berbanding pilihanraya-pilihanraya yang lalu: kepaduan BA membolehkannya untuk menentang BN dalam satu pertandingan satu lawan satu antara dua parti. Ini bermakna bahawa BN tidak boleh mengharapkan undi perpecahan antara pesaing-pesaing pembangkang yang sering berlaku pada masa dahulu. Oleh itu, Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 bukannya satu pilihan raya biasa yang mana keputusannya merupakan sesuatu yang sudah pasti seperti dahulu.
Bagaimanapun, ideologi-ideologi yang bertentangan sama sekali antara parti-parti komponen BA, khususnya antara PAS dan DAP, telah mengakibatkan pertikaian-pertikaian dalam Barisan Alternatif yang mengurangkan keberkesanan parti campuran pembangkang ini. Oleh sebab PAS merupakan "Abang" dalam parti campuran ini, parti ini telah berjaya untuk memaksakan manisfesto partinya yang menegaskan pembentukan sebuah negara Islam untuk dijadikan manisfesto Barisan Alternatif.
Akhirnya, keputusan pilihan raya 1999 hanya merupakan satu lagi pengulangan keputusan dari segi bahawa Barisan Nasional masih membentuk kerajaan dan parti-parti pembangkang kekal merupakan parti pembangkang.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2004
Diadakan  pada 21 Mac 2004 setelah Parlimen dibubarkan pada 4 Mac 2004 diikuti dengan hari penamaan calon sembilan hari selepas tarikh tersebut. Hari pembuangan undi pula berlangsung pada 21 Mac 2004. Penyandang kerajaan (Barisan Nasional) yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dipilih semula dengan majoriti yang terbesar sejak 1978.

Latar belakang

Pada 2 Mac, Parlimen Malaysia dan semua dewan undangan negeri (kecuali Sarawak) dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Pengecualian Sarawak disebabkan pilihan raya negerinya yang terakhir telah diadakan pada tahun 2001 dan oleh itu, pilihan raya yang berikut tidak cukup tempoh sehingga 2006.
Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 diadakan sembilan bulan lebih awal daripada keperluan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia memerlukan Parlimen untuk memperoleh mandat yang baru setiap lima tahun, dan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas parlimen dibubarkan. Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai masa sehingga akhir November 2004 untuk mengadakan pilihan raya umumnya.
Pencalonan diadakan pada 13 Mac, dengan Barisan Nasional memenangi 15 kerusi tanpa pertandingan, dengan lagi dua kerusi tambahan selepas calon-calon pembangkang menarik diri. Hak untuk menarik diri hanya diperkenalkan sebagai satu peraturan baru dalam pilihan raya ini. Di bawah peraturan ini, seseorang calon dibenarkan menarik diri dalam tempoh tiga hari selepas hari pencalonan. Daripada 17 kerusi parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional tanpa pertandingan, sembilan kerusi adalah dari negeri Sabah, enam dari Sarawak, dan dua lagi dari Johor.
PAS memenangi satu kerusi dewan undangan negeri di Johor buat pertama kali, selepas seorang calon Barisan Nasional tidak melayakkan diri kerana penyokong pencalonannya bukannya seorang pengundi yang berdaftar di kawasan pilihan rayanya. Keperluan untuk penyokong berdaftar dalam kawasan pilihan raya yang sama hanya diperkenalkan pada tahun 2004.
Pilihan raya ini merupakan pilihan raya pertama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003.[1]

Keputusan pilihan raya

Barisan Nasional (BN) mencapai kenaikan undi popular sebanyak 63.9%, tetapi sepatutnya mendapat undi yang lebih tinggi sekiranya kesemua kerusi dipertandingkan. Laporan dalam media Malaysia pada 23 Mac menunjukkan BN memenangi 198 kerusi parlimen berbanding 20 kerusi gabungan parti pembangkang, dengan satu calon bebas. Ini merupakan majoriti terbesar sejak pilihan raya 1978.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam Barisan Nasional, memenangi 109 kerusi, iaitu satu kenaikan sebanyak 32 kerusi. Parti-parti sekutu UMNO juga memperoleh kenaikan bilangan kerusi, dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA) memenangi 31 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi, dan Kongres India Se-Malaysia (MIC) memenangi 9 kerusi, iaitu kenaikan 2 kerusi juga.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hanya dapat mengekalkan tujuh daripada 27 kerusinya. PAS bertanding berdasarkan manifesto yang berjanji sebuah negara Islam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketua pembangkang PAS, gagal untuk mengekalkan kerusi parlimennya.
Parti Keadilan, lagi sebuah parti pembangkang, gagal untuk mengekalkan empat daripada lima kerusinya. Selepas pengiraan semula sebanyak lima kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.
Parti Tindakan Demokratik (DAP), parti pembangkang yang ditewaskan dengan begitu teruk dalam pilihan raya 1999, memperbaik prestasinya dengan pemilihan semula pengerusinya Lim Kit Siang serta timbalannya, Karpal Singh. DAP memenangi 12 kerusi dan memperoleh semula kepimpinan pembangkang yang rasmi dalam parlimen negara daripada PAS.
Kebanyakan calon yang berkempen atas persoalan-persoalan Islam kalah kerusi mereka. Ini adalah satu patah balik yang utama berbanding pilihan raya yang lalu yang secara amnya, calon-calon yang lebih bersifat Islam mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang di tanah air orang Melayu ini.

 Pilihan Raya Umum Malaysia 2008
Merupakan pilihan raya umum yang ke-12 diadakan di Malaysia pada hari Sabtu, 8 Mac 2008 setelah parlimen Malaysia dibubarkan pada 13 Februari 2008 diikuti dengan hari penamaan calon pada 24 Februari 2008. Akhirnya, Barisan Nasional masih menang di peringkat Parlimen tetapi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) , Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Banyak calon UMNO tewas kepada PAS. Sementara calon Gerakan , MIC dan PPP kalah teruk kepada DAP, PKR dan PAS. Gelombang baru ini merupakan permulaan kepada rentetan fenomena politik di Asia seperti di Filipina, Thailand dan Indonesia.

Keputusan Pilihan Raya

Kekalahan Teruk Barisan Nasional

Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-12 telah dinafikan majoriti 2/3 dan hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas (iaitu lebih daripada 1/2 jumlah kerusi, tetapi kurang daripada 2/3 jumlah kerusi). Bagi Dewan Undangan Negeri pula, Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor serta gagal mencapai hasratnya untuk membentuk kerajaan di negeri Kelantan. Pilihan raya kali ini juga melihatkan kegagalan banyak ahli politik veteran mempertahankan kerusi mereka, antaranya termasuk Koh Tsu Koon, Samy Vellu, Shahrizat Abdul Jalil, M. Kayveas, Zainuddin Maidin . Manakala kemenangan kerusi Parlimen Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu membanggakan apabila undi majoritinya berkurangan banyak berbanding dengan Pilihanraya Umum tahun 2004. Harus diperhatikan bahawa Barisan Nasional hanya berjaya meraih kemenangan besar di Sabah, Sarawak dan Johor atas sebab rakyat di negeri terbabit masih percaya dan yakin dengan kemampuan Barisan Nasional. Rekod kekalahan Barisan Nasional kali ini adalah yang paling buruk diikuti Pilihan Raya 1969 dan 1999.

Empat negeri berubah angin

Barisan Nasional gagal mempertahankan kerajaannya di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor setelah selama ini diperintah oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional. Angin perubahan ini jelas kelihatan apabila diumumkan bahawa parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS bersama-sama memperoleh undian yang banyak lantas bakal menguasai negeri-negeri itu dengan majoriti yang menunjukkan bahawa angin perubahan telah melanda pihak pengundi. Bagaimanapun, secara teknikal parti-parti terlibat tidak memenangi negeri berkenaan kerana, menurut SPR, gagal memperoleh majoriti mudah.[11] Maka, perikatan atau gabungan parti diperlukan untuk membolehkan kerajaan campuran diwujudkan.

Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13)
Pilihan raya Malaysia kali ke-13 pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April.
Pada pilihan Pemerintah pilihan raya umum 2008 yang lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi dengan 140 kerusi, menjadikannya keputusan terburuk gabungan itu sejak pilihan raya 1969 (sebagai Parti Perikatan). Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendapat 82 kerusi, dengan itu menghalang BN mendapatmajoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Pakatan Rakyat juga mendapat lima daripada 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) (namun tinggal empat selepas krisis politik Perak) serta 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada pilihan raya umum ini, BN yang diketuai oleh Perdana Menteri ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak akan menentang seteru utama, PKR yang ditunjangi oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim


Pada 6 Mei 2013, parti gabungan penyandang Barisan Nasional telah mendapat 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Kerusi yang selebihnya jatuh kepada gabungan Pakatan Rakyat iaitu sebanyak 89 kerusi. Di peringkat negeri pula, BN berjaya menawan kembali Kedah.[7]
Pada awal pagi 6 Mei, Barisan Nasional secara muktamad diumumkan kekal berkuasa, dengan majoriti yang berkurang. Bagaimanapun, ia berjaya merampas kembali negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat.[7] Walau bagaimanapun, PR memenangi undian popular buat pertama kali.[8]


HA KITA TUNGU PILIHANRAYA KE 14 SEBAB TUN DR MAHATHIR MASUK GELANGANG SEMULA dengan parti baru di tubuhkanya PBBM

Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU-14) diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018

 DR Mahathir menang dan jadi PM untuk kali kedua pada umur 93 tahun

Kedudukan kerusi Parlimen PRU-14

122 79 18 3
PH BN GS Bebas

Kredit too
http://ms.wikipedia.org/wiki/

2 comments:

  1. Assalamulaikum,, maaf, boleh saya tahu segala statistik dan butir ini dari mana tuan boleh perolehi. kalau tak keberatan , bolehkah tuan email pada saya untuk bantu saya dalam kajian saya hairiltahrim@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Rujuk di sini
    http://ms.wikipedia.org/wiki/

    ReplyDelete