KhasiatMadu Lebah
Khabar dari Al Quran
Dan
dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit,
di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..
“Dari
perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di
dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi
orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.
Dari Hadith Nabi
Antaranya, sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa
minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka
Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.
“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
“Allah
SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat
dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.
Buah Delima
Khasiat Buah delima untuk kesihatan
Dari Al Quran
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan
Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang
menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang
bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya
(Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan
(Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang
bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.
Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika
masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang
menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
Dari Hadis Nabi
Dalam sebuah hadis mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa buah delima termasuk dalam buah syurga.
“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”.
Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
“Makanlah buah delima berserta minyak dan lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan”. (HR Imam Ahmad)
Buah delima mengandungi antioksidan
Buah delima dapat Melindungi jantung
kita
Buah delima dapat Menurunkan kadar kolesterol
dalam darah
Buah delima dapat Mencegah dan mengubati kanser
Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.
Buah delima untuk kecantikan kulit
merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan
kecantikan kulit semula jadi.
Buah delima untuk ibu mengandung
Buah
delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran
Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima
hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses
pembawaan makanan kepada salur pencernaan. Ini akan memberikan badan
anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan
metabolisma badan meningkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar
bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam
delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung
yang tersimpan.
Delima Memberi dan Merangsang Tenaga Batin
Jus
delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah
pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima
sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat
lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik
tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda
minuman jus delima,” kata penyelidik.
Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus
delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko
masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang
meminum jus delima selama tiga bulan dapat merendahkan kebarangkalian
atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam jus delima, gula
bercantum kepada antioksida yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”
Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum
jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa
kelahiran. Jus delima juga mengandungi ‘ptassium’ di mana ia dapat
mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung
pada waktu malam. Jus delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang
sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan ketidakcukupan asid
folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan
pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.
Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian
Penyelidik mendapati jus delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan
dan mengurangkan sel kanser payudara, kanser kulit dan kanser prostat
serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.
Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus
delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan
membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi; flavanoids’
dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksidan yang mampu melawan penyakit
jantung dan kanser.
Delima Mengurangkan Batuk dan Asma
Kandungan
asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen
anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada
penghidap asma dan lelah.
Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolesterol
Jus
delima akan membantu meningkatkan tahap kolesterol yang baik di
samping menurunkan kolesterol yang buruk. Tahap kolesterol buruk yang
tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.
Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus
delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima
serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan
antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel
darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor
kepada pencegahan serangan jantung dan strok.