Saturday, May 18, 2013

Samsung Galaxy 4 yang hebat


Hari ini aku saja saja pi lihat Samsung Galaxt 4 yang di katakan hebat kerana telah berjaya di jual sebanyak 10 juta unit dalam masa yang singkat. Sebenarnya aku tak kesah sangat tetang apa apa kehebatan semua telepon terbaru yang keluar di pasaran kerana bagiku hanya memikirkan apakah kehebatan kamera yang di pasang pada sesuatu hanset yang bakal ku miliki , kerana bagiku selain dari ianya sekadar telephon aku sangat pengtingkan kualiti  kamera yang di sediakan di dalamnya. Aku selalu mengikut Nokia siri N kerana minat ku pada kamera yang di bekalkan, Namun ternyata  setelah mencuba Samsung Galaxy 4 yang baru di rilis ini  ianya mempunyai kamera yang berkeupayaan sebesar 13-Megapixel. yang menjadikan antara kamera tertingi diantara pesainnya .

Aku cuba mengambil gambar mengunakan kamera depan yang di sediakan tenyata gambarnya sangat jelas apatah lagi jika di lihat pada skrin super amoled miliknya pada skrin 5-inci HD Penuh. Dengan OS Android dan bentuk yang nipis ianya menjadi kegilaan pengemar hanset pelbagai guna yang sangat ringan untuk di bawa kemana mana.
Dalam hati Aku  rasa ingin  memilikinya tapi hanset Nokia siri N  aku  masih elok lagi berfungsi walau setelah bertahun aku gunakan.  cuma OS Syambiannya membuatkan aku rasa ketingalan sangat dengan rakan rakan yang lain yang kebanyakanya sudah mengunakan android

Mari kita lihat kehebatan Samsung Galaxy S 4 secara ringkas untuk panduan anda

Cip Exynos 5 Octa 5410
Kamera Utama 13-Megapixel
Kamera Hadapan 2-megapixel
Storan Terbina 16/32/64 GB (+ mikro-SD)
Memori 2 GB RAM
Skrin 5-inci HD Penuh
Bateri 2600 mAh

No comments:

Post a Comment