Thursday, August 25, 2011

Penguna Opera paling bijak

 80% orang yang menghantar komputer untuk saya repair adalah penguna IE tegar kerana mereka seperti hilang punca apabila IE mereka Corupted. Dulu saya agak heran kenapa ya mereka ini hanya mengenali atau hanya mahu mengunakan IE sedangkan saya dah masukan Firefox, Google Chrome atau opera dalam sistemnya. mereka masih menghantar komputer kepada saya kononmya browser mereka tak berfungsi dan tidak boleh berinternet . Jenuh saya menerangkan bukan IE sahaja yang mampu menjadi browser internet namun mereka tetap mahu saya pulihkan IE mereka , eeeeeee  kenapa ya fikir saya,
Tapi  malam ini jumaat 26 Ogos 2011 (26 Romadhan) saya terbaca satu artikel tentang kajian tahap kecerdikan para penguna pelbagai browser barulah saya memahaminya... Jangan marahhhh

 New York, Amerika Syarikat (AS) - Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
 
 
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.

Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).

  
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.

Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.

 Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya- 


Agensi
thank 
http://www.malaysiadaily.net/2011/08/kajian-dapati-pengguna-ie-miliki-iq.html 


No comments:

Post a Comment