Friday, October 26, 2012

"Surface" komputer tablet dari Microsoft

Microsoft akhirnya memasuki pasaran komputer tablet dengan pelancaran surface yang tenyata mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaan malah mungkin mengatasi kompoter tablet yang sudah ada di pasaran sekarang.

Surface mempunyai skrin bersaiz 10.6-inci , dilengkapi dengan sokongan port USB, selain turut menyertakan kamera hadapan dan belakang. Surface juga mempunyai bahagian belakang yang boleh dibuka, untuk mendirikannya , supaya memudahkan para pengguna menggunakannya bersama-sama papan kekunci. dengan ujian jatuhan melebihi 72 sudut inya merupakan komputer tablet terkukuh yang sekelas denganya

Surface juga dilengkapi dengan sokongan mikro-SD, membolehkan para pengguna dengan mudah menambah ruangan storan tambahan, port USB pula membolehkan Surface dihubungkan dengan sebarang peranti berasaskan dengannya, termasuk pencetak dan juga kamera digital.

Surface RT, juga di datangkan dengan Office 2013 RT bagi membolehkan pengunanya menggunakan perisian pejabat dengan mudah pada tablet mereka .

Harganya pula sekitar RM 1500 sahaja
untuk lebih pasti lihat video ini


Thursday, October 11, 2012

Kenali bunyi beep untuk atasi masalah pemasangan

Dalam proses pemasangan desktop sesebuah komputer samada yang baru hendak dipasang  atau  pemasangan semula desktop yang lama , ketelitian kerja pemasangan atau pemasangan semula akan menentukan  desktop anda tiada masalah ketika proses booting  bila anda mula ON komputer anda. Walaubagaimana pun proses booting komputer anda akan membantu anda mengesan kesalahan yang anda lakukan dengan cara mengenali bunyi Beep yang di keluarkannya.


Antara tanda tanda Bunyi Beep yang anda perlu tahu:

1. Bunyi beep 1 kali sahaja menandakan komputer terpasang dengan betul baik
2. Bunyi beep 1 kali, panjang kesalahan memasang RAM memory
3. Bunyi beep 1 kali panjang dan 3 kali pendek kesalahan memasang atau kerosakan di VGA card
4. Bunyi beep 1 kali panjang dan 2 kali pendek kerosakan di DRAM parity
5. Bunyi beep terus menerus Kerosakan dimodul memory atau memory video
6. Tanpa sebaranya bunyi beep atau screen komputer terus gelap ..kesalahan pemasangan yang serius motherboard atau prosesor anda rosak

Wednesday, October 10, 2012

Apakah itu ISO dan Disk Image

Apabila anda download OS windows biasanya ia di tulis dalam format ISO atau  ‘Disk Image’   Anda tidak akan boleh terus mebaca atau gunakan fail ISO begitu sahaja selepas di download melainkan anda kena membuka fail ISO itu terlebih dahulu mengunakan CD Emulator, dengan kata lain anda kena tukar ianya ke fail biasa windows.begitu juga bagi fail fail yang lain yang mengunakan format ISO atau ‘Disk Image’sebelum itu mari kita kenali apa itu fail ISO dan Disk image

Apakah itu ISO dan Disk Image?
‘Disk Image’, ia adalah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam bentuk .ISO. Format – format yang lain termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG. Oleh kerana ISO ini  merupakan satu fail tunggal, untuk menggunakannya anda haruslah burn fail ISO  yang telah di buka  ke dalam CD atau DVD. Untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu  burn ke dalam CD/DVD
anda hendaklah menggunakan CD Emulator seperti Alcohol 120% atau Daemon



Bagaimana mengunakan fail ISO 
Banyak cara untuk anda membuka fail ISO iaitu

1. Anda boleh, Mengedit dan Mengekstrak File-file iso dengan MagicISO
2. File ISO juga boleh di extract menggunakan software winrar dan di estract dengan mudah 
3. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti LCISO Creator bagi mengeluarkan fail ISO dari CD/DVD yang asli. 
Untuk burn fail ISO ke dalam CD/DVD pula, gunakan aplikasi percuma ImgBurn atau yang paling popular gunakan Nero.

Friday, October 5, 2012

AWAS Jangan buang wang anda di jalanraya AES menanti

Apa itu AES
AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti
 
Bagaimana AES berfungsi?
                     
i) AES akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.
ii) Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.
iii) Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi had laju yang ditetapkan, maka  gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.
iv) Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.

 
  Kesalahan yang dirakam melalui kamera 

(I) Memandu di lorong bas
(ii) Memandu melebihi hadlaju
(iii) Tidak mematuhi lampu isyarat

PENGESAHAN LOKASI PROJEK AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES)
BAGI FASA PERCUBAAN (PILOT STAGE) ZON A (PERAK)

1.KM 7 Jalan Maharajalela Teluk Intan
2.KM 376, L/Raya PLUS - Slim River
3.KM 91 Jalan Ipoh -Butterworth
4.KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur
5.KM 205.6 Taiping Utara
6.KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar
7.Jalan Pasir Putih (Berhampiran TNB)

(Untuk senarai penuh kawasan lain klik pada lokasi terkini)

Pelaksanaan AES akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspot yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Berikut adalah senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut. icon Lokasi AES-Terkini



baru square

Berikut adalah senarai 831 lokasi pemasangan kamera AES. Lokasi-lokasi tersebut akan dikemaskini dari masa ke semasa dan masih tertakluk kepada kriteria pemilihan sebagai kawasan blackspot.icon Rumusan Lokasi AESicon Lokasi AES - Had Lajuicon Lokasi AES - Lampu Isyarat baru square

Keratan Akhbar Mengenai AES --> icon 10 Perkara AES
Keratan akhbar mengenai AES bagi tahun 2012 --> Januari | April | Jun
keratan Harakah berkaitan AES 

Sultan Muhammad ke-V (KELANTAN)


Sultan Muhammad ke-V & Khalifah umat Islam Nusantara.

Baginda merupakan keturunan yang ke-30 dari salasilah ahlul-bait Rasulullah SAW. Mengikut catatan lisan seorang Raja di Palembang (12**), Zaman kegemilangan Islam di Nusantara akan ber
mula di Palembang (Acheh) pada abad ke-3 hingga abad ke-7, di Pattani dari abad ke-7 hingga abad ke-13 dan akhir sekali di Kelantan abad ke-13 hingga abad ke-21. Adakah semuanya kebetulan?


Dari Palembang muncul Wali Songo (ahlul bait), berpecah hingga mewujudkan sebuah Kesultanan Islam di Pattani dan Kelantan (Sheikh Jamaluddin al-Kubra). lihatlah di rantau manakah yang banyak melahirkan ulama dan ilmuan, lihatlah rantau manakah yang mendaulatkan Islam sebagai asas pemerintahan, lihat rantau manakah yang bersungguh melahirkan semula Dinar & Dirham. Sudah tentu Kelantan. Dimanakah pusat Suvarnabumi, (Golden Khersonene) ? Adakah semuanya kebetulan?

Kenapakah baginda memilih semula penggunaan nama 'Muhammad' sebagai nama rasmi setelah 4 sultan terakhir mengabaikannya, kenapakah baginda begitu berani menukar 'Daulat Tuanku' kepada 'Allahu Akhbar' yang mana tidak disukai raja dan sultan-sultan lain. Kenapkah baginda menganggap Jubah sebagai pakaian rasmi baginda dengan rakyat? Adakah semuanya kebetulan?



Thursday, October 4, 2012

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap sekarang


Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.


Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

Tuesday, October 2, 2012

Pelbagai jenis komputer tablet

Ada orang hanya mengenali iPAD atau samsung Galaxy Tab sebagai komputer tablet sebenarnya banyak lagi jenis komputer tablet yang berada dipasaran dari pelbagai syarikat pengeluaran.  di bawah saya senaraikan beberapa jenis komputer tablet yang berada di pasaran sekarang yang telah menjadi trend masakini


1. Apple ipad 
2. Samsung Galaxy Tab



3. Blackberry Playbook


4. Motorola Xoom



5. HTC Flyer


6. Huawei Ideos


7. CSL Droidpad


8. Toshiba AS100


9. Acer Iconia Tab


10. Sony tablet


11. HP tablet

 12 , Compaq tablet


13. Lenovo tablet
14. MSI tablet