Wednesday, October 10, 2012

Apakah itu ISO dan Disk Image

Apabila anda download OS windows biasanya ia di tulis dalam format ISO atau  ‘Disk Image’   Anda tidak akan boleh terus mebaca atau gunakan fail ISO begitu sahaja selepas di download melainkan anda kena membuka fail ISO itu terlebih dahulu mengunakan CD Emulator, dengan kata lain anda kena tukar ianya ke fail biasa windows.begitu juga bagi fail fail yang lain yang mengunakan format ISO atau ‘Disk Image’sebelum itu mari kita kenali apa itu fail ISO dan Disk image

Apakah itu ISO dan Disk Image?
‘Disk Image’, ia adalah satu salinan CD atau DVD dalam bentuk fail. Disk image ini biasanya terdapat dalam bentuk .ISO. Format – format yang lain termasuklah juga .IMG, .DMG, dan .NRG. Oleh kerana ISO ini  merupakan satu fail tunggal, untuk menggunakannya anda haruslah burn fail ISO  yang telah di buka  ke dalam CD atau DVD. Untuk menggunakan fail ISO tanpa perlu  burn ke dalam CD/DVD
anda hendaklah menggunakan CD Emulator seperti Alcohol 120% atau Daemon



Bagaimana mengunakan fail ISO 
Banyak cara untuk anda membuka fail ISO iaitu

1. Anda boleh, Mengedit dan Mengekstrak File-file iso dengan MagicISO
2. File ISO juga boleh di extract menggunakan software winrar dan di estract dengan mudah 
3. Anda boleh menggunakan aplikasi seperti LCISO Creator bagi mengeluarkan fail ISO dari CD/DVD yang asli. 
Untuk burn fail ISO ke dalam CD/DVD pula, gunakan aplikasi percuma ImgBurn atau yang paling popular gunakan Nero.

No comments:

Post a Comment